CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4652|Reply: 81

"Baik Beli McDonald,"-Wanita Bengang Beli Dua Burger Tepi Jalan RM23

[Copy link]
Post time 29-6-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Burger sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia.


Apabila bercakap mengenai menu ini, boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang tersendiri selain kaya dengan bahan-bahan, malah harganya lebih rendah berbanding yang dijual di restoran makanan segera.


Dek kerana menjadi salah satu menu makan malam atau lewat malam (supper) yang paling popular, kita dapat menyaksikan gerai-gerai burger diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan sekali gus menyediakan pilihan yang pelbagai buat penggemarnya.


Bagaimanapun perkongsian kisah seorang wanita mengenai pengalamannya membeli burger dari gerai jalanan baru-baru ini, menarik perhatian ramai.




Foto: mStar Online




Bukan disebabkan keenakannya, sebaliknya harga burger yang dibeli dari gerai tepi jalan berkenaan membuatkan rata-ratanya tercengang.


Menurut wanita berkenaan dalam satu posting di Facebook, dia mengunjungi sebuah gerai burger berdekatan sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur untuk membeli dua burger ayam special.


Namun dia benar-benar terkejut sewaktu mahu membuat pembayaran apabila diberitahu penjaja berkenaan bahawa harga burger pesanannya adalah RM23.


"Saya bertanya kepada penjaja itu tiga kali untuk mendapatkan kepastian, dan dia beritahu ia adalah harga untuk burger ayam special," kata wanita berkenaan.


Ini bermakna harga untuk sebiji burger ayam special adalah RM11.50 di mana ia lebih mahal daripada burger yang dijual di restoran makanan segera.


Wanita tersebut kemudian membuat perkongsian mengenai pengalamannya itu di Facebook.


Dia turut memuat naik gambar burger ayam special yang dipesannya itu untuk dinilai oleh warga maya.


Perkongsian tersebut meraih sehingga 1,200 shares selain dibanjiri hampir 1,000 komen netizen.


Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikenakan gerai burger berkenaan.


"Burger McDonald lebih murah daripada burger yang dijual mereka.


"Harga tersebut terlalu tinggi dan tak berbaloi beli. Lebih baik beli burger dari tempat lain yang tak terlalu mahal.


"Gerai burger tepi jalan di Taman Sri Muda, Shah Alam... Double ayam special RM4.50," demikian antara perkongsian netizen.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 12:38 PM | Show all posts
serius ar??? apa yg special sangat melampau laa seller skrg ni. blm july dh ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
org beli burger tepi jalan sbb nk murah
tpi skrg burger pun dh ada brands
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:47 PM | Show all posts
burger kambing pun ada tepi jalan tp harga mcm belas2 la
tp dia ni beli ayam je
napa mahal naw
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah beli beger syukor harga kayangan gak
Roti lembut sgt sampai penyek soggy
Patty xsedap xtau buh apa dlm patty tu
Tp sbb syukor tu mcm sorg influencer ramai la penyokongnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:24 PM | Show all posts
Bila tengok bungkusan tu mcm burger otai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape mahal? Patty homemade ke ramly? Kalu beli mcd boleh dapat air dgn fries lg....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:44 PM | Show all posts
yup ni burger otai. dulu selalu juga beli burger otai ni. mmg mahal. burger yg patty gemuk balut telur tu pon rm9 mcm tu. so tak pelik kalau burger special dia RM11.50

dulu2 sedap burger otai ni. tp sekarang rasa kelaut. so dah tak beli dah skrg. tp rasa dia takla lagi sedap dr burger mcd / fuel shack semua tu. dia sedap la untuk standard2 burger tepi jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 01:53 PM | Show all posts
Baru ja beli burger otai ni semalam. kalau burger ayam/daging biasa RM5, kalau tambah cheese + telur RM8. Dalam artikel tu burger special sampai RM11.50 tu taktau lah dia tambah apa lagi. mungkin extra cheese kot.
Tapi burger otai ni mmg melampau sangat harganya. kalau google images, harga kat gambar lama dorang takde la semahal sekarang ni. rasa burger otai ni biasa je, pakai patty dorang sendiri. sedap lagi pakai ramly.


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain harga yah. Burger tepi jln skrg harga dlm RM4 sebiji kan. Special ape sampai jadi 11.50?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pelik
Korang2 pembeli yg bodoooo ke
Dah tau mahal jgn beli
Check harga sebelum beli
Burger tu mahal pi carik burger murah

Dah pemalas masak
Kalau boleh murah nak murah lg nak banyak lagi nak sedap lagi


Laki aku beli burger biasa tepi mamak
Murah tapi kering x sedap
Semalam balas lg beli kat otai
Harga x check
Yg penting kena selera
Pas makan happy lemak bertambah

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 29-6-2022 12:48 PM
Penah beli beger syukor harga kayangan gak
Roti lembut sgt sampai penyek soggy
Patty xsedap xtau buh ...

Cukup sekali tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:00 PM | Show all posts
Bukan ke kedai beger biasanya dah tepek harga kat stall dia tu kan? Nape tak tgok siap2 dek?? Cash lah dpt rege sebegitu!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:03 PM | Show all posts
burger otai memang mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:06 PM | Show all posts
Biar betik harga burger macam tu sampai RM11.50, betul cakap akak tu baik beli MCD
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:48 PM | Show all posts
tri-max replied at 29-6-2022 12:47 PM
burger kambing pun ada tepi jalan tp harga mcm belas2 la
tp dia ni beli ayam je
napa mahal naw

ayam mahal skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 03:51 PM | Show all posts
burger mahal sbb tu owner boleh beli kete mustang
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:53 PM | Show all posts
tp ai lebih rela beli burger ramly tepi jalan drpd burger mkdi...lg berpierisa,sayur byk,sos melimpah,patty juicier..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Otai neh memang mahai sikit
Hari tu saja tanya burger wagyu.
Harga rm30..hoho...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg support otai burger ni kalau mahal? Hidup lagi diorang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.097564 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list