CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 3

Wajar Ke Mansuh SPM, STPM Untuk Penuhi Keinginan Ibu Bapa Yang Penting Diri Sendiri?

[Copy link]
Post time 29-6-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Prof Madya Dr Norazlina Mohd Kiram dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menzahirkan pandangannya yang dikongsi di Facebook tentang pemansuhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksan Malaysia (STPM).


Tegasnya, secara peribadi, dia tidak bersetuju kerana SPM dan STPM masih relevan dikekalkan, bagaimanapun penilaian perlu dilaksanakan secara menyeluruh iaitu tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.


Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran (KPM) perlu melakukan penambahbaikan segera terhadap sistem penilaian, pentafsiran, kurikulum dan silibus secara sistematik selari dengan perkembangan teknologi digital.




Gambar hiasan/FB UNIMAS




"Benar, keputusan SPM dan STPM bukanlah penentu kejayaan individu tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa perlu ada satu kaedah untuk mengukur penguasaan pelajar dalam bidang akademik," ujarnya.


Dr Norazlina turut mempertikaikan keinginan ibu bapa yang mementingkan diri sendiri tidak mahu pening kepala untuk memastikan anak-anak mendapat gred A dan tidak perlu membuat perbandingan pencapaian dengan anak-anak lain.


"Adakah perlu dibandingkan pencapaian anak sendiri dengan anak orang? Apakah pula perasaan ibu bapa jika anak-anak mereka membuat perbandingan dengan ibu bapa yang lain? Adilkah?


"Ibu bapa perlu menyedarkan anak-anak tentang tugas mereka sebagai pelajar dan kepentingan menimba ilmu. Ada amanah yang perlu digalas dengan sebaik mungkin. Sebagai pelajar, mereka perlu belajar bersungguh-sungguh, berusaha dengan gigih dan fokus semasa  menjawab peperiksaan," tambahnya.








Di hujung perkongsiannya, Dr Norazlina menekankan adalah penting bagi ibu bapa memberi motivasi dan inspirasi berterusan untuk menjadi modal insan cemerlang di dunia dan di akhirat.


"SPM dan STPM...kekalkan!", tegasnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 12:41 PM | Show all posts
ntah nye. aku pon x setuju upsr n pmr dimansuhkan.. teruskan jelaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:56 PM | Show all posts
parents mane yang nak exam ni dimansuhkan..btol ke ada
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde exam ibarat kau anta ank g rumah pengasuh jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.310210 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list