CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 3

[Tempatan] Tukang cuci kereta dipenjara 6 tahun, satu sebatan rogol budak

[Copy link]
Post time 29-6-2022 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-6-2022 01:54 AM

Tukang cuci kereta dipenjara 6 tahun, satu sebatan rogol budak[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Jun 29, 2022 @ 8:51am[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/
KUALA TERENGGANU: Tukang cuci kereta dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol kanak-kanak perempuan yang dikenalinya menerusi media sosial.

Hukuman dijatuhkan Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan di sebuah rumah di daerah ini jam 7 malam pada 11 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan merogol remaja perempuan yang dikenalinya menerusi media sosial. - Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/06/971182/tukang-cuci-kereta-dipenjara-6-tahun-satu-sebatan-rogol-budak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2022 05:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
6 tahun dgn 1 sebatan je???? Whattttt
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 29-6-2022 07:24 PM
6 tahun dgn 1 sebatan je???? Whattttt

Mungkin sebab dia mengaku bersalah dan juga mungkin ada elemen that it was a mutual sex tapi dipanggil rogol sebab underage.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065294 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list