CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 3

[Dunia] Sekat perkhidmatan internet bagi mengelak tercetusnya keganasan agama

[Copy link]
Post time 29-6-2022 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-6-2022 01:57 AM

Sekat perkhidmatan internet bagi mengelak tercetusnya keganasan agama[size=14.399999618530273px][size=0.8]Jun 29, 2022 @ 10:45am

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Anggota polis melakukan perarakan bendera melalui jalan di Ajmer hari ini berikutan dakwaan pembunuhan seorang tukang jahit Hindu oleh dua lelaki Islam di Udaipur. - Foto AFP



MUMBAI: Polis di negeri Rajasthan, India melarang perhimpunan awam dan menyekat perkhidmatan internet selama sehari bagi mengelakkan tercetusnya keganasan agama.
Tindakan itu dibuat polis selepas dua individu beragama Islam menyiarkan video yang mendakwa bertanggungjawab membunuh seorang lelaki Hindu.
Seorang pegawai kanan polis di negeri barat laut itu, Hawa Singh Ghumaria, berkata perbuatan jenayah itu menyebabkan gelombang yang mengejutkan ke seluruh negara.
"Kami berada di bawah arahan tegas untuk menghalang sebarang bentuk protes atau demonstrasi yang dirancang untuk mengutuk pembunuhan itu," katanya kepada Reuters.

Melalui video yang disiarkan itu, dua lelaki yang memegang pisau pemotong daging, menyatakan mereka membalas dendam terhadap mangsa atas penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mereka juga merujuk kepada Nupur Sharma, bekas jurucakap parti pemerintah nasionalis Hindu Bharatiya Janata Party (BJP), yang kenyataannya mengenai Nabi Muhammad awal bulan ini sehingga mencetuskan kemarahan dalam dan luar negara.

Ghumaria menyifatkan serangan berdarah ke atas Kanhaiya Lal di kedai jahit di bandar Udaipur sebagai tindakan keganasan, dan dua suspek kini sedang disoal siasat oleh penyiasat persekutuan.

Menurut seorang pentadbir bandar di Udaipur, Bhawarral Thoda, dua penyerang mengelar kepala dan tekak Lal dalam serangan semasa mangsa mengambil ukuran.

Thoda berkata, tukang jahit itu sudah ditahan atas muat naik di media sosial atas sokongan kepada jurucakap BJP yang dikesan melalui telefon bimbitnya.

Selepas dibebaskan, Lal memberitahu polis pada 15 Jun lalu bahawa dia diancam oleh beberapa kumpulan.

Pihak berkuasa berkata, mereka sudah menyekat perkhidmatan internet di beberapa bahagian Rajasthan untuk menghalang penyebaran video yang dikongsi suspek.

"Suasananya tegang dan hampir semua kedai tutup hari ini," kata Thoda.

Bandar dengan kira-kira setengah juta penduduk ini adalah salah satu tarikan pelancong utama di negeri padang pasir itu dan terkenal dengan hotel mewahnya, termasuk Taj Lake Palace yang terkenal. - REUTERS






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat India ada berapa bilion? Jika seratus, dua ratus mati sekaligus pun tak rasa katanya sebab terlalu ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 29-6-2022 10:08 AM

Akak ingat lagi ayat @ firman Yesus yang ini.


moody emojis

Translation Ndon:
https://alkitab.sabda.org/passag ... :34-36&tab=text

Beginilah agama. Iya, agama memang memecahbelahkan manusia tapi idok sedahsyat vaccine mandate yang punya la efektif dan laju effectnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 07:54 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-6-2022 10:00 AM
Rakyat India ada berapa bilion? Jika seratus, dua ratus mati sekaligus pun tak rasa katanya sebab te ...

kalau combine pakistan bangla india muslim x boleh lawan 900 juta hindu india
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043522 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list