CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 750|Reply: 0

[Dunia] Singapura: Budak setahun setengah maut akibat COVID-19

[Copy link]
Post time 29-6-2022 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-6-2022 02:01 AM

Budak setahun setengah maut akibat COVID-19[size=14.399999618530273px][size=0.8]Jun 28, 2022 @ 9:09am

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Gambar hiasan. - Foto NSTP



SINGAPURA: Seorang budak lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID-19 disahkan maut di republik ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam satu kenyataan semalam, MOH berkata kanak-kanak itu meninggal dunia kerana radang otak atau encefalitis akibat jangkitan COVID-19 dan dua lagi virus.

Dua virus itu adalah virus pernafasan 'synctial' dan enterovirus (virus dalam gastrousus).
Ini adalah kematian pertama berpunca daripada COVID-19 yang menyerang pesakit di bawah usia 12 tahun, kata MOH.

Tambah MOH, budak ini tidak ada sejarah masalah kesihatan sebelum ini dan sebelum ini berada dalam keadaan baik.

Dia dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada malam 21 Jun dengan demam panas dan sawan berulang, di mana dia tidak sedarkan diri.

Budak itu kemudian dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak dalam keadaan kritikal pada 22 Jun dan dikenal pasti menghidap radang otak dan meninges (lapisan yang menyelaputi otak dan saraf tunjang) yang kronik.

Ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) mangsa menunjukkan dia positif COVID-19 berserta dua lagi virus lain.

MOH, dalam satu kenyataan, berkata COVID-19 boleh membawa pada penyakit teruk, termasuk bagi kanak-kanak dan mereka yang tidak berpenyakit buat masa ini.
"Vaksinasi banyak mengurangkan kemungkinan penyakit bertambah teruk selepas seseorang dijangkiti.

"Justeru, MOH mengusulkan semua kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, khususnya bagi mereka dengan penyakit kronik yang tidak dikesan sebelum ini," katanya.

MOH berkata ia bersama Penguasa Sains Kesihatan dan Jawatankuasa Pakar berkenaan Vaksinasi COVID-19, akan mengkaji keberkesanan serta keselamatan vaksin yang dirumuskan buat kanak-kanak kecil bawah usia lima tahun, sejurus pengeluar vaksin mengemukakan dokumen berkaitan.

Kematian terkini itu membawa pada jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada COVID-19 mencecah 1,409 kes di Singapura.

Semalam, Singapura melaporkan 5,309 kes coronavirus baru, meningkat daripada 5,116 kes sehari sebelumnya.

MOH juga melaporkan terdapat 420 pesakit COVID-19 yang kini dirawat di hospital dengan 26 kes memerlukan sokongan oksigen manakala sembilan lagi dalam unit jagaan rapi.

Singapura setakat ini melaporkan sejumlah 1,413,667 kes COVID-19 sejak pandemik bermula lebih dua tahun lalu. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/06/970857/budak-setahun-setengah-maut-akibat-covid-19



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.078615 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list