View: 8612|Reply: 133
|
[Tempatan]
Biadab pun biadablah, saya cakap perkara benar - Tun M
[Copy link]
|
|
Dr Mahathir bercakap kepada media selepas pertemuan bersama pengusaha-pengusaha feri Langkawi di sebuah hotel di Kuah, Langkawi, 29 Jun 2022. - Foto Astro AWANI
LANGKAWI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah dilabelkan sebagai biadab berhubung kenyataannya melibatkan institusi diraja di Malaysia yang didakwa bebas serta mengatasi undang-undang.
Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau hanya bercakap mengenai apa yang sememangnya berlaku, termasuk soal kedaulatan negara.
"(Mereka nak panggil saya) biadab (pun), biadablah. Tetapi apa yang saya katakan ini berlaku. Seketul batu yang tidak sampai setengah meja besarnya, buat macam-macam, kononnya (atas nama) kedaulatan.
"Tetapi (mereka) pergi jual 1,700 ekar tanah Johor kepada orang China, bukan 'Malaysian Chinese', itu lebih dahsyat lagi, tetapi itu (mereka melihatnya sebagai) tiada masalah," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas pertemuan bersama pengusaha-pengusaha feri Langkawi di sebuah hotel di Kuah, di sini, semalam.
Pada Selasa, beliau menganggap kenyataan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh adalah semata-mata pendapat baginda.
Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, ia juga bukan kenyataan yang dibuat oleh mana-mana hakim dalam menentukan sebarang keputusan.
Sebelum ini, beliau mendakwa kenyataannya yang mendesak Johor menuntut semula Riau dan Singapura kerana kedua-dua wilayah itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu, telah dilaporkan di luar konteks.
Jelasnya, kenyataan beliau hanya merujuk kepada Pulau Batu Puteh yang pemilikannya menjadi kebimbangan rakyat Malaysia berbanding wilayah lain yang sebelum ini diambil dari Malaysia.
Dakwa Dr Mahathir, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor sendiri.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Cuba imagine Sultan Johor jadi Agong . Tun masih perdana menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon lanjut usia Mahathir. Dia je yang berani bersuara pasal raja2. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah sultan johor yg akan resign jd Agong mcm abegong |
|
|
|
|
|
|
|
skrg tgah prosiding kat mahkamah isu pulau batu puteh dekkkkk..... atok menjawab statement sultan johor pasal atok.... baik kau tanya why now Sultan Johor nak bersuara pasal Batu Puteh setelah bertahun2 lamanya ?? Kenapa tak bersuara tentang Singapura ? Riau ? yg dlunya jd sebahagian milik johor ??? knp acah2 peduli pasal pulau batu puteh yg tak ada function melainkan territoty perairan laut, tapi aman2 jah jual tanah seluas2 alam dekat johor tu pada China PRC ????
on the other hand baik kau tanya sekali, SIAPA LAGI yg BERANI BERSUARA selain atok ????
|
|
|
|
|
|
|
|
Di seluruh dunia sistem monarki sudah dihapuskan...Malaysia bila lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
soalan last tu iols bole tolong jawabkan. jawapannya abang sanusi kitalah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Adekah sbb ni Sultan Johor bg alasan bayo ke Persekutuan tp di anak tirikan.. jdkan alasan lain tuk keluar dr Malaysia..bl keluar dr Malaysia akan terlepas dr kes batu putih ni . Ke otak aku yg fkr jauh sgt ni .pe pun aku setuju je atok bising bab ni .biar pada2 skt..ni x abis jual ke PRC.. sudahnye rakyat sendiri msh marhain..tp yg marhain tu la yg beria support sampai memaki hamun..pdhal tgk rumah kesian |
|
|
|
|
|
|
|
betul2..dia ni nampak berani bersuara..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Orix at 30-6-2022 12:42 PM
dia ni dgan tmj je kan? dengan sultan ada pernah ke dia try ? dia takat gaduh2 mcm org kampung boleh la.... nak bergaduh tentang fakta dan intelligence tgok muka pun tahu tak boleh pakai punya orang... air muka dia sama la dengan faizal azumu tu.... buat malu org melayu jah ada MB mcm ni.... tp somehow iols suka dia bahan2 kan tmj...
|
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan situ yang tak lengkapkan dokumen kan masa isu pemilikan pulau batu puteh tu wlpun dh tmat tmpoh pembuktian. jadi mahkamah antarabangsa dh sahkan hak milik spore. Tapi asenya msia dlm rayuan tk silap la..cuma kene cari dokumen yang berkaitan utk buktikan pulau tu hak malaysia..
eh kalau silap sila betolkan ek
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada bukti pun kerajaan johor sendiri yg deny pulau batu puteh tu bukan sbhgian dr johor... Singapore dah conquer kawasan tu berpuluh tahun lamanya, ms singapore mula2 conquer dalam tempoh setahun dua tu xnak cepat2 claim, dah lama2 bru nak claim mmg lg susah la nk menang sbb bila singapore dh lama conquer kawasan tu tanpa pertikaian pada mulanya, ibarat kita pun xde la kisah sgat pun.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-6-2022 09:38 PM
ifanonline replied at 29-6-2022 08:21 PM
Di seluruh dunia sistem monarki sudah dihapuskan...Malaysia bila lagi?
Mana boleh dihapuskan kerana raja adalah ketua agama. Jika tiada raja apa akan terjadi kepada bangsa melayu?
Itu lobai yang kata!
Nampak tak betapa ******** tetapi ada hati nak suruh/ajak orang jadi seperti mereka! |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas Tun. You have the "balls". Other PMs..... They are "ball"less. |
|
|
|
|
|
|
|
Tun M pon biadap.... biadap sakau harta negara nak kayakan anak2... hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Janji kami ade piala 8x
Stadium taraf donia
Masuk ACL
Dapat beras dan mcm2 lg
Korang ade ke dpt camtu???? |
|
|
|
|
|
|
|
screenshot.. report... haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 30-6-2022 02:55 PM
Kan...iols harap dia kekal sbg MB Kedah. Konpem iols kena kecam sbb sokong abang sanusi
HIDUP ABANG SANUSI!
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..suka dgr dia bile ceramah..nampak telus la disitu dan berani sound org2 yg salah masa ceramah. yela hrp2 dia kekal la sbgai MB
|
|
|
|
|
|
|
| |
|