CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 916|Reply: 14

[Tempatan] Speaker DUN Johor, Puad Zarkashi, sedia saman Dr Mahathir RM3 bilion

[Copy link]
Post time 30-6-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Puad sedia saman Mahathir RM3 bilion

https://www.malaysiakini.com/news/626614

Diterbitkan:  Jun 30, 2022 12:40 PM⋅
Dikemaskini: 12:40 PM



Speaker DUN Johor, Puad Zarkashi hari ini menawarkan diri untuk menyaman Dr Mahathir Mohamad berhubung kehilangan Pulau Batu Puteh.

Tawaran itu dibuat sebagai menyahut cabaran Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi agar tindakan undang-undang diambil ke atas “pengkhianatan” yang menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh dan terlepas ke tangan Singapura.

Kata Puad, walaupun Onn Hafiz tidak menamakan pengkhianat yang dimaksudkannya, namun jelas semua tahu bekas perdana menteri ketujuh, Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab di atas kehilangan tersebut.

Menurut Puad, memandangkan rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak lagi boleh difailkan, ADUN Rengit itu berkata Ahli Parlimen Langkawi itu perlu diberi pengajaran.

"Sebagai pengajaran kekal, Tun Mahathir mesti disaman dan bayar ganti rugi. RM3 bilion paling sesuai. Baru padan.

"Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun M. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara," katanya.

Kerajaan persekutuan memfailkan permohonan pada 2017 untuk semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008, yang memutuskan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pentadbiran Mahathir menarik balik rayuan itu sejurus selepas mengambil alih kuasa pada 2018.

Seorang individu bernama Hatta Sanuri turut memfailkan saman pada 28 Mei tahun lalu, dengan menamakan Mahathir dan kerajaan sebagai defendan.

Hatta mempertikaikan tindakan kerajaan menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ICJ bahawa Singapura mempunyai kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh.

Kerajaan berkata ia mengikut nasihat pakar undang-undang asing untuk menarik balik rayuan ke atas tuntutan pulau berkenaan. Perkara ini dinyatakan sebelum ini oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Keputusan terhadap permohonan kerajaan bagi membatalkan saman itu akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pigi la Pod.
Kenapa Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura dalam round pertama (zaman BN ni)
Kendian konon2 nak terbalikkan keputusan ICJ dengan membuat rayuan......kalau berjaya mungkin (mungkin saja) Johor dapat balik pulau tu
Tetapi dalam kebanyakkan kes.......rayuan tak mengubah keputusan asal unless you have a very 3x strong evidence.
In your dream Pod Bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
OT.

Antara menteri paling babi pegang KPM dulu, si Puad ni la. Banyak betul isu heshe kat Sabah. Lagi ada hati nak mencapub sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jilat tak payahlah Puad oiii..sultan hang pun kasi pingat kebesaran kat Singapore, macam mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongokla..nampak sangat menaguk di air keruh. Ko tengok dulu la apa yang Johor buat kat forest city tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 05:41 PM | Show all posts
Sekarang baru berani berkokok..dulu suruh jilat kasut sanggup..hipokrit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 05:41 PM | Show all posts
ingat ijati dah pencen forum.. ada lagi rupanya...

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 05:52 PM | Show all posts
aku pun tak paham nape dia duduk kat kampong aku sekarang ni.....duduk homestay ada driver sorang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergasak la pasal pulau seciput tu yg sah2 dah jadi milik Singapore. Hal lain yg lbh penting buat donno. Nnt kita pakat2 ambil sorang seperiuk kot2 boleh alas perut
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen johor sendiri yg bodoh bulat2 x ngaku pbp tu milik johor.knp baru skrg nk menggelupor???

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Zakarshe tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:09 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 30-6-2022 05:33 PM
OT.

Antara menteri paling babi pegang KPM dulu, si Puad ni la. Banyak betul isu heshe kat Sabah. La ...

Kaka baru jer nak membabikan heols
uols dah dulukan
dia ni muka pun aura  bingai...
nak kata bodo, kang ada yang marah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Najibun buat rayuan kes 1mdb tp kalah 4-0 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:57 PM | Show all posts
Harap dpt btol2 saman Tua Kutuk...kita nk tgk siapa yg bakalan terlondeh dlm isu kedaulatan negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lodeh mak lodeh.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.067828 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list