CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 3

[Tempatan] Harga ayam boleh cecah RM11 sekilogram jika diapungkan

[Copy link]
Post time 30-6-2022 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Harga ayam boleh cecah RM11 sekilogram jika diapungkan

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... am-jika-diapungkan/

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
30 Jun 2022, 4:56 pm


Annuar

PUTRAJAYA – Kerajaan menganggarkan harga ayam standard mungkin mencecah sehingga RM11 sekilogram sekiranya tiada penetapan harga siling dan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jangkaan tersebut diperolehi berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan pada harga ayam standard di negara serantau.

“Sehubungan itu kita takkan biarkan perkara itu terjadi ke atas Keluarga Malaysia jadi kerajaan telah membuat ketetapan tegas iaitu harga ayam tetap dikawal pada harga RM9.40 sekilogram dan kerajaan akan terus mengeluarkan perbelanjaan bagi mengawal harga ayam juga telur.

“Pemberian subsidi ini akan melibatkan perbelanjaan dianggarkan kira-kira RM330 juta bukan sahaja bagi meringankan beban pengguna malah bagi memastikan semua pihak dalam industri ayam diberikan perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang pertama di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Menurut Annuar, pihaknya juga berpuas hati dengan kemas kini yang diterima berhubung isu bekalan minyak masak dan menegaskan walaupun kos meningkat berlipat kali ganda, kerajaan tetap memutuskan untuk terus memberikan subsidi bagi sejumlah 60,000 metrik tan minyak masak sebulan.

“Berdasarkan bancian keperluan adalah kira-kira 50,000 tan metrik namun kerajaan telah mengadakan tambahan 10,000 tan metrik sebulan bagi memastikan bekalan produk keperluan tersebut sentiasa mencukupi.

“Sehubungan itu, kerajaan kini menanggung perbelanjaan subsidi dianggarkan sebanyak RM4 bilion bagi memastikan ia dapat diteruskan dan mulai Ogos ini minyak masak bersubsidi hanya akan diperolehi dalam bentuk peket plastik seberat 1 kilogram (kg) yang akan dipantau oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” ujar beliau.

Tambah beliau, bagi pengedaran minyak masak peket, kerajaan akan menyemak rantaiannya daripada pengilang, pembungkus sehinggalah kepada peruncit bagi mengelakkan berlaku ketirisan termasuklah tindakan seperti penyeludupan.

“Kerajaan juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk tidak melakukan tindakan yang merugikan negara kerana jumlah subsidi yang terlibat adalah jumlah yang besar daripada wang negara dan rakyat. Laporkan jika berlaku pelanggaran termasuklah minyak subsidi yang disalahgunakan.- KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk kencing pun agak2 la.....klau suma pkt boikot ayam mau mengelupor  pastu bakar ayam sbb x laku
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Psl minyak seludup tu ko pecat jerr penguatkuasa yg culas.....klau nk banteras terus pinda akta kes seludup terus gantung xdenya ofg berani buat....itu pun nk kena ajar jg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:05 PM | Show all posts
rm 11? tpt meols ni rm19-20 se kg

sembang apa barang? ada turun supermarket tak?

sok2 ayat std, ayam mahal, makan tempe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.110191 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list