CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1451|Reply: 12

[Tempatan] Padah tinggal barang niaga tempat awam

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Padah tinggal barang niaga tempat awam


MPHS menyita barangan empat penjaja yang meninggalkan barangan mereka di tempat awam di sekitar Jalan Meranti, Bandar Baru Batang Kali, di sini. FOTO IHSAN MPHS


Hulu Selangor: Tindakan empat penjaja meninggalkan barangan mereka di tempat awam di sekitar Jalan Meranti, Bandar Baru Batang Kali, di sini, mengundang padah.

Walaupun sudah diberi notis awal namun penjaja berkenaan gagal mematuhinya dan menyebabkan ia disita dalam operasi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) hari ini.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata, seramai 28 anggota operasi terdiri daripada 26 anggota penguatkuasa dan dua anggota daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) terbabit dalam operasi ini.

Menurutnya, operasi dijalankan selepas setelah mendapati penjaja di kawasan itu gagal mematuhi notis yang dikeluarkan kepada mereka sebelum ini.

"MPHS mengeluarkan notis awal kepada penjaja pada Februari dan Jun lalu supaya tidak meninggalkan barang-barang perniagaan selepas tamat waktu operasi.

"Namun, didapati penjaja masih gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan sehingga menyebabkan tindakan sitaan diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak empat gerai disita dan tindakan sitaan ini dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(a), dan 46(3), Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 iaitu meletakkan sesuatu apa-apa himpunan di tempat awam.

"Penjaja yang mempunyai lesen penjaja dikeluarkan oleh MPHS perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Tindakan ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan MPHS dan pemantauan serta tindakan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-niaga-tempat-awam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Org meniaga memang mcm ni....
Memula bukak meja....past tinggalkn mejab& payung....pastu tambah kerusi meja...lelama laluan tempat org jln kaki pun tak de....
Dah lah mengundang tikus & menyemakkn mata.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu nanti ade la yg menyalak pbt selalu kacau periuk nasi melayu. Padahal yg ko langgar sini sana mau pejam mata kah?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujungnya salahkan DAP. Selangor kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujungnya salahkan DAP. Selangor kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 1-7-2022 12:00 AM
Org meniaga memang mcm ni....
Memula bukak meja....past tinggalkn mejab& payung....pastu tambah keru ...

Patut ler mudah kena sihir. Bembarang merata2 ditinggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2022 09:46 AM | Show all posts
Ingatkan barang2 dah selamat kena angkut oleh matpit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 1-7-2022 04:18 AM
Patut ler mudah kena sihir. Bembarang merata2 ditinggal

Ane.....
Klu org nk sihir...bkn sbb tinggalkn brg pun blh sihir lah Ane......thru angin pun blh ane....asap rokok pun blh ane.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga pasar malam tu hari2 kemas barang bawak balik..nie dah lah Tak bayar duit tapak ke cukai,cart tu tinggal merata ,ada samapai ambik petak parking. Nasib lah pihak PBT pemalas sama macam depa ..
Dah sita tu ,lelong terus Tak payah lah simpan sampai jadi tukun kat store PBT ..membazir
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kihkihkihkihkih-bangla,indon,nepal,myanmar
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:42 PM | Show all posts
aku mmg menyampah peniaga tepi jln yg suka ambik hak org lain. Senang ati letak kerusi tak bagi kete parking sedangkan tu kotak parking. ada yang dah bungkus payung niaga, boleh pulak ikat kat tiang tnb bila balik. harap 1 ari kena kejutan letrik baru insaf kut
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat puchong permai tu..siap bertikus bagai dah..
Mb bleh plak kasi buka balik..
Padahal kotor yahamat
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:56 PM | Show all posts
Bagus acik2 sama2 sokong PBT bila dorang buat kerja. The least we can do.

Jangan ada suara2 sumbang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.509322 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list