Sumber IG
Ahli perniagaan yang juga pengasas produk Mutyara, Nurtria Wulandari itu mendedahkan dia bakal pulang ke negara kelahirannya di Indonesia bagi mengembangkan lagi bisnes yang diusahakannya.
Memetik laporan Media Hiburan, wanita yang lebih dikenali sebaga Tya Arifin, 28, itu membuat keputusan tersebut bukan sahaja untuk masa depan perniagaan tetapi juga berniat untuk membantu membina kehidupan masyarakat di sana.
"Jika mahu berjaya dalam apa jua bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu korbankan. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar.
"Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang-alik dahulu. Inilah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.
"Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini dijalankan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih RM1 juta selain kebanyakan mereka sudah mendapat impiannya.
"Jadi, saya mahu bawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. Diharap dengan adanya peluang yang bakal dibawa oleh Mutyara akan memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak," katanya. -CARI
|