Sumber Bernama
Pantai adalah kawasan yang sering kali menjadi pilihan bagi mana-mana individu khususnya keluarga yang ingin meluangkan masa bersama.
Tidak hairanlah sekiranya lokasi itu mempunyai banyak 'harta' berharga yang hilang terkubur di bawah timbunan pasir.
Di Port Dickson, Negeri Sembilan, Suhaimi Razali tekun menggunakan sebatang alat pengesan besi (metal detector) dan penyodok tanah bagi mencari barang-barang besi yang mungkin tertanam di gigi air dan persisiran pantai Batu 8, Teluk Kemang.
Sumber Bernama
Berdasarkan perkongsian di FB Bernama, Suhaimi, 35, yang bekerja sendiri melakukan aktiviti itu sebagai hobi bagi mengisi masa lapang.
Antara barang berharga yang dijumpainya adalah barang kemas seperti rantai, cincin, loket dan gelang tangan.
Barang kemas yang dijumpai akan diiklankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya (MD Miebinjai Saudagar Emas) untuk mencari pemilik barang kemas tersebut.
Sumber FB
Selain itu, aktiviti mengesan besi itu juga adalah usahanya untuk membantu mencari benda-benda tajam yang boleh membahayakan pengunjung. -CARI
|