Kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat.
Sehingga kini, masih wujud kekeliruan antara tuntuan agama serta adat yang juga menjadi pegangan kuat orang Melayu khasnya dan kaum lain amnya seperti yang dikongsikan pengguna Facebook ini.
Kredit foto - Facebook Taufik Rosli
Beliau yang terlibat dengan misi kemanusian dan dakwah di pedalaman Sabah berkongsi kisah mengenai adat penduduk di pedalaman tersebut. Menurutnya, penduduk di situ walaupun muslim tapi masih berpegang kuat kepada adat menggantung uri bayi di pokok.
Kredit foto - Facebook Taufik Rosli
Pada mulanya beliau menyangkakan objek yang tergantung elok berbungkus di pokok itu adalah najis.
Dr. Taufiq, orang sini kalau bayi dia keguguran dia takkan tanam. Dia akan awet dan letak dalam bilik
Sukar untuk dipercayai tapi adat itu masih diamalkan sehingga kini. Selain itu, antara amalan lain ialah mengawet janin yang keguguran bertahun lamanya.
Kredit foto - Facebook Taufik Rosli
Meninjau ruang komen, mereka mengesahkan memang adat tersebut diamalkan sehingga sekarang.
Kredit foto - Facebook Taufik Rosli
Sebagai info, antara faktor yang menyebabkan perubahan landskap beragama penduduk Sabah ialah aktiviti dakwah, proses migrasi, perkahwinan, kelahiran dan sebagainya.
Namun, kurangnya pengetahuan dalam agama menyebabkan penduduk muslim khasnya masih mengamalkan adat yang bertentangan dengan Islam seperti di atas.
Setiap kaum di negara kita memang kaya dengan adat resam dan pantang larangnya tersendiri. Namun, Islam telah menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh secara jelas.
Kita hanya perlu memastikan apa saja yang dilakukan tidak melanggar hukum atau menyebabkan kita melakukan sesuatu yang haram. - CARI
|