CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1667|Reply: 25

[Tempatan] Hans Isaac menang ketua cabang PKR Ampang baharu

[Copy link]
Post time 2-7-2022 01:01 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Satu-satunya artis yang mendapat tempat dalam pemilihan PKR 2022, Datuk Hans Isaac sekali gus memecah tradisi apabila memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang selepas pemilihan semula diadakan pada Rabu lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Hans berkata, beliau yakin mampu menggalas tugas sebagai Ketua Cabang PKR Ampang kerana ada pengalaman sebagai ahli korporat sebelum ini.
Hans dalam pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pasukannya atas kemenangan tersebut walaupun hanya dengan majoriti dua undian dan diikuti rapat rakan selebritinya, Altimet.

“Malam kelmarin, oleh kerana keputusan sangat sengit, dua undi berpihak kepada kami, pihak yang lain telah minta untuk membuka undi ragu sebanyak 150 lebih undi ragu dan undi ragu berpihak kepada saya.

“Bagaimanapun, mandat saya bermula 17 Julai tetapi buat masa ini persiapan saya untuk mengambil tugas ini perlu sedikit masa. Paling penting, sudah pasti saya berterima kasih kepada akar umbi ahli parti yang sokong kami dan yang tidak sokong kami, itu adalah demokrasi yang kita amalkan sebab semua penyokong kita harus hormati.

“Kemenangan ini bukan kepada saya sahaja, tetapi juga kepada ranting dan kakitangan pasukan saya yang bertungkus lumus menggerakan kemenangan ini,” katanya.
Terdahulu, pemilihan semula telah diadakan di bahagian PKR Ampang selepas keputusan pemilihan bahagian dibatalkan berikutan dakwaan ketua bahagian yang baharu dipilih terlibat dalam pembelian undi.

Pemilihan semula itu diadakan pada 29 Jun lalu di mana sebelum ini menyaksikan kemenangan berpihak kepada Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi menentang Hans Isaac (609 undi) dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (589 undi).


Tiga calon lain memperoleh 17 hingga 272 undi.

Namun, dalam pengiraan undi terbaharu berdasarkan keputusan di laman web Pemilihan PKR 2022, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berjaya memperolehi 748 undi.
Beliau menewaskan seorang lagi selebriti, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, dengan perbezaan dua undi apabila menyaksikan penyanyi rap itu meraih 746 undI. –UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 01:02 PM | Show all posts
gay-for-ma-si!!!!!!!!

eh silap

re-for-ma-si!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 03:40 PM | Show all posts
Ait boleh undi semula. Yg menang aritu kalah ke? Huh politikus sangattt

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya bole pula kira blk
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tokhans join bn, heols patut masuk parti apa?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:51 PM | Show all posts
ezacbee replied at 2-7-2022 03:40 PM
Ait boleh undi semula. Yg menang aritu kalah ke? Huh politikus sangattt

aflin choki apa citer???


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sengitnya, beza 2 undi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:54 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-7-2022 03:46 PM
Kalau tokhans join bn, heols patut masuk parti apa?

apa etnik si anas ishak ni lin???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 03:55 PM | Show all posts
ulamalu replied at 2-7-2022 03:53 PM
Sengitnya, beza 2 undi.


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dia ni nk kawen eh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 06:10 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 2-7-2022 06:16 PM
sharlenetexas replied at 2-7-2022 03:46 PM
Kalau tokhans join bn, heols patut masuk parti apa?

mcm x de je yg sesuai....umno - melayu islam sunni
mca - cina and majority buddhist
mic - mostly tamil indian and majority hindu
pbrs - sabah based party. bole ke?


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:11 PM | Show all posts
lepas ni elok la mana2 artis yg kalah pemilihan PKR sebelum ni buat pemilihan semula
nak harapkan income dlm seni
mana nak masuk dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 07:12 PM | Show all posts
R2D2 replied at 2-7-2022 07:11 PM
lepas ni elok la mana2 artis yg kalah pemilihan PKR sebelum ni buat pemilihan semula
nak harapkan ...

ada hati komplen pasal parti lain
dengar nye.. sampai baling2 kerusi

kalo ada lava msti dia rajin troll ngapdet




Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 2-7-2022 07:18 PM
mojarean_X replied at 2-7-2022 06:10 PM
mcm x de je yg sesuai....umno - melayu islam sunni
mca - cina and majority buddhist
mic - mostly ta ...


Gerakan lah kut kalau sebelum PRU14 dulu. Sekarang ni Gerakan belah mana tak tau? Dulu PH-friendly.
Kalau ikut darah, mungkin boleh masuk MIC

@sharlenetexas
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 2-7-2022 03:40 PM
Ait boleh undi semula. Yg menang aritu kalah ke? Huh politikus sangattt

Tu artikel tulis, "terlibat dgn pembelian undi".
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 2-7-2022 07:17 PM
Gerakan lah kut kalau sebelum PRU14 dulu. Sekarang ni Gerakan belah mana tak tau? Dulu PH-friendly ...

Gerakan dh masuk bawah PN. Btw dia darah serani. X kan mic kot. Iols rasa mmg pkr ni dh ckp sesuailah utk dia. Unless dia msk islam dan kahwin ngan melayu, automatik dia boleh masuk umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmtu bn kna tambah 1 lg parti.. parti lain2..
Hahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 2-7-2022 08:19 PM
Gerakan dh masuk bawah PN. Btw dia darah serani. X kan mic kot. Iols rasa mmg pkr ni dh ckp sesuai ...

Serani melaka ada gak kan taraf bumiputera?


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 2-7-2022 07:17 PM
Gerakan lah kut kalau sebelum PRU14 dulu. Sekarang ni Gerakan belah mana tak tau? Dulu PH-friendly ...

Sejak bila Gerakan PH friendly? La ni Gerakan pembawa penyapu penyebab 13 Mei dah cemolot dgn.parti isele. Semakin suci.dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 3-7-2022 12:22 AM
Sejak bila Gerakan PH friendly? La ni Gerakan pembawa penyapu penyebab 13 Mei dah cemolot dgn.part ...

Entahlah pulak... Sukati deols lah nak duduk belah mana ye tak..  Bak kata org yg iols pernah dengar "parti Gerakan tak gerak tak makan", betul lah tu gaknya kan. Iols bukan org politik belah mana2 uols...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068485 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list