CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 3

[Tempatan] Asyraf Wajdi jangan lebih sudu dari kuah – Fahmi Fadzil

[Copy link]
Post time 2-7-2022 01:04 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki didakwa tidak sensitif apabila mengatakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan seawal September atau Oktober ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, sepatutnya semua pihak pada waktu ini bekerjasama membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

“Datuk Asyraf seakan-akan tidak sensitif, rakyat sedang sengsara dengan harga minya, ayam tinggi, tapi dia nak PRU.

“Saya rasa ini hanya memikirkan periuk nasi sendiri, dia patut fikirkan periuk nasi rakyat dan kesan kepada rakyat kalau pada waktu ini semua pihak sedang berusaha untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup, dapatkan semula kerja, mula nak bernafas, ini dia nak terus PRU, saya rasa tidak sesuai,” katanya ketika hadir Jualan Amal Prihatin Rakyat Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa, Taman Bukit Angkasa.

Jelas Fahmi, Asyraf sepatutnya menghormati proses membuat keputusan pembubaran Parlimen perlu melalui Jemaah Menteri dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Jadi jangan melangkaui proses, jangan lebih sudu dari kuah, itu nasihat saya,” beliau berkata.

Semalam, Asyraf meramalkan PRU-15 mungkin diadakan seawal-awalnya dalam tempoh dua bulan daripada sekarang, berdasarkan keperluan segera untuk mengembalikan mandat kepada rakyat dalam usaha menstabilkan kerajaan.

Sementara itu Fahmi berpendirian, masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya  pada pertengahan tahun depan selepas mempertimbangkan kesan ekonomi rakyat dan gelombang Covid-19 yang berkemungkinan melanda negara seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

“Mungkin kita kena tunggu dua suku untuk lihat kerana keadaan ekonomi rakyat dan pandemik

“Saya risau dengan pengumuman Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) tentang kemungkinan berlaku gelombang Covid-19 baharu dan kita juga nak tahu kesan pengurangan subsidi kepada ekonomi rakyat. Mungkin awal tahun depan atau pertengahan tahun depan saya rasa itu sesuai,” tambahnya.

Mengulas lanjut Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai (PKR) itu berkata, Pakatan Harapan bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya.

Walau bagaimanapun, beliau berseloroh mempersoalkan kesediaan UMNO yang belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas meminda perlembagaan parti baru-baru ini untuk menunda pemilihan.

“Saya lihat kami makin bersedia untuk menghadapi PRU-15, saya tidak pasti bagi UMNO macam mana. Keputusan RoS untuk mereka saya rasa mungkin Datuk Asyraf boleh fikirkan perkara itu daripada mahukan PRU, mungkin dia perlu hadap pemilihan partinya sendiri,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 01:06 PM | Show all posts
pelik

patutnya seronok nak PRU

boleh janji nak turunkan harga barang

baru ada modal bdk2 forum PKNS nak berkempen untuk parti ko

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 02:36 PM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 2-7-2022 01:06 PM
pelik

patutnya seronok nak PRU

tu laa pasal.. macai sembang depa ada data.. dan kununn depa buleh selesaikan masalah dgn pemberian subsidi besar besaran + hapuskan AP ka apa kaa..

inilah peluang pakatan hancing merampas Putrajaya & buktikan formula menurunkan harga barang kaa inflation ka apa kaa... pasti berpusu2 ummah US kaa UK kaa europe kaa jadikan depa sebagai idola & mai belajaq di Malaysia..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 02:50 PM | Show all posts
silencekiller replied at 2-7-2022 02:36 PM
tu laa pasal.. macai sembang depa ada data.. dan kununn depa buleh selesaikan masalah dgn pemberian ...

entah... gi ngundi bukan rakyat kena bayar pun...
tak berani la tu nak berjanji

ini semua salah si mazlee la ni...

suka2 je nak mansuhkan tol simpang renggam...

ini paling baru selen... abang mat ni nevesssss




lahanat2 macam ni la yg menyusahkan rakyat...

berkempen semua benda gi hempap salahkan kerajaan

nak bersuara dengan para peniaga..

tak berani.. sbb diorang banyak sponsor parti

last2 yang kena tongong.. rakyat

barbie betul!!!!!!!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.131234 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list