View: 795|Reply: 9
|
[Tempatan]
Proses peristaltik penguncupan usus besar punca acik2 porum kepam asik rasa nak membuang lepas mengopi
[Copy link]
|
|
#Foodieslife - Perut Memulas Waktu Pagi Lepas Minum Kopi? Ini Sebabnya…
Kita sering merasakan perut yang memulas saat selepas minum kopi pada waktu pagi. Adakah rasa ketidakselesaan perut itu datangnya daripada kafein?
Menurut Perpustakaan Kedoktoran Nasional di Amerika Syarikat, rasa ingin buang air besar saat selepas minum kopi terjadi apabila ada sesuatu dalam kopi yang meransang reseptor sistem pencernaan sehingga menyebabkan anda terasa ingin ke tandas.
Proses yang disebut peristaltik itu adalah kontraksi (penguncupan) otot seperti gelombang yang memindahkan makanan ke saluran pencernaan.
Justeru, apabila anda menghirup kopi pada waktu pagi, penguncupan pada usus besar dapat terjadi dengan lebih cepat.
"Pada kebanyakan orang, rasa ingin pergi ke tandas untuk buang air besar terjadi sekitar empat minit selepas minum kopi,” ujar Dr. Kyle Staller, M.D, ahli gastroenterologi di RS Massachusetts, seperti dilansir Health.
Perut memulas setelah minum kopi sebenarnya disebabkan oleh level asid pada kopi yang ternyata sama pengaruhnya ketika kita minum jus limau atau minuman soda yang manis.
Sifat berasid akan mengubah tahap keasidan dalam perut dan mewujudkan ‘desakan’ untuk menyingkirkan sisa makanan yang tidak diproses dalam usus besar dengan lebih cepat.
"Hal itu tidak terlalu mengejutkan. Orang yang minum soda juga memiliki tingkat gerakan usus yang sama sesudahnya," lanjut Dr. Staller.
Keadaan perut memulas pada waktu pagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang membimbangkan bagi kesihatan badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
heaven bila dpt membuang slps bekpes.... |
|
|
|
|
|
|
|
caffeine dalam coffee juga irritates the bladder so kekadang minum minuman berkafein akan menyebabkan seseorang ingin mengosongkan pundi kencing juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu dpt kopi ciknah pagi2 sblm gi koje mmg thorrrrbaik oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
awat iols tak ada rasa apa2 lepas mengopi pagi2? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mesti salah bangsa etis pedo gay
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau minum kopi semata ..mmg boleh ke tandas .
Kalau kopi yg kat Malaysia ni kopi susu n gula banyak ..minum susu perasa kopi ..so minum tu tambah kalori tambah risiko diabetes.
Kalau ambik dessert..air gula,dengan ais dengan krim kepuk tambah perasa kopi tu .lagi lah ..
Senna campur serbuk kopi segera, gula bukan pemanis +krimer+ garam etc..claims minum kopi ni boleh kurus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|