CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1006|Reply: 10

[Tempatan] Impak filem Mat Kilau, lebih 100 tanjak ditempah

[Copy link]
Post time 2-7-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-7-2022 05:15 AM

Impak filem Mat Kilau, lebih 100 tanjak ditempah



Yunus Baharum menunjukkan tanjak yang dihasilkannya ketika ditemui pemberita di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI


  • Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
  • 2 Julai 2022, 6:08 pm

SEREMBAN: Tempias sambutan hangat orang ramai terhadap filemMat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang kini sedang ditayangkan di pawagam ketika ini turut diterima seorang pengusaha tanjak tradisional dari Kuala Pilah.

Penakuk destar atau penyolek tanjak dari Pusat Inkubator Kraftangan Malaysia Cawangan Kuala Pilah, Mohd. Yunus Baharum, 39, berkata, sejak filem itu ditayangkan, dia sendiri tidak menang tangan apabila menerima tempahan lebih 100 tanjak pelbagai jenis daripada orang ramai.

“Sambutan memang luar biasa, lebih 100 tanjak sudah ditempah oleh peminat busana tradisional. Saya menganggap ini satu kesedaran dan kebangkitan semangat Melayu yang mula mengalir dalam diri mereka.

“Selain tujuan untuk berfesyen, filem Mat Kilau telah membuka semangat kemelayuan yang tinggi dalam kalangan pelbagai peringkat umur. Ini menunjukkan bahawa pemakaian tanjak atau tengkolok sudah mendapat tempat dalam kalangan peminatnya walaupun bukan pada musim perayaan,” katanya.
MOHD. Yunus Baharum menunjukkan tanjak yang dihasilkannya ketika ditemui pemberita di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI



Dia ditemui pemberita di Karnival Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2022 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Seremban 2 hari ini.

Sementara itu, menurut Mohd. Yunus, pada musim perayaan lalu, dia menerima tempahan kira-kira 300 tanjak termasuk pembelian secara dalam talian.

“Selain musim perayaan, terdapat individu mahupun dari syarikat korporat dan pertubuhan kukan kerajaan (NGO) yang menempah tanjak bagi tujuan menghadiri majlis tertentu seperti perhimpunan busana,” katanya.

Tambahnya, sebanyak empat jenis tanjak yang mendapat sambutan daripada pelanggan antaranya, Mahkota Alam, Anjutan Pintas, Solok Timbo, Tanjak Helang Menyongsong Angin dan Anderi Guru Selebu.

Jelas Mohd. Yunus, harga tanjak tersebut bermula pada harga serendah RM50 bagi kanak-kanak sehingga mencecah RM600 bagi pelbagai jenis rekaan tanjak. –UTUSAN







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius ckp....

Aku geli tgok org pakai tanjak.....
Mcm over sgt.....

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang lelaki dulu2 buat kerja kampung. Selalunya topless. Kalau tak pun pakai baju tapi tak butang. Pakai headgear, selalunya tanjak. Kat Kelantan pulak headgear nya kain semutar. Kain semutar tu kain batik lepas. Selain tutup kepala elak panas, boleh buat lap peluh. Tapi kenalah cuci hari2. Jangan biar busuk kepam. Orang Melayu ni kaya dgn jenis2 headgear/headpiece ni.


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 11:47 PM | Show all posts
cuba berniaga bidet selain tanjak

mesti laku

ramai bangsa etis dah pandai guna air nak cebok berak

alhamdulillah

akhirnya dengar jugak nasihat aku suruh cebok bersih2 guna air

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
apa guna pakai mask tu kalau nampak lubang hidung?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu ni tempah tanjak bermusim yer? Last dulu masa heboh isu Icerd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2022 12:27 AM | Show all posts
Bila pulak nak keluar filem Mat Sakau?

Pelakon utama spt berikut :


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:29 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 3-7-2022 12:02 AM
apa guna pakai mask tu kalau nampak lubang hidung?

nape min??

kau jatuh cinta ke ngn jejaka tu???


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tanjak x silap dah ada zmn hindu buddha lg..salah tu kait dgn Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2022 06:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus, bangsa Melayu nusantara kaya dgn budaya seni halus, karya sastera dan seni pertahanan diri....aku sokong apa2 berkaitan dgn pembangunan dan pengekalan culture, arts and craft....harap rakyat Msia pupuk seni, kraftangan dan muzik kat anak2 masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.457593 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list