[Tempatan]
Update :Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’ di Johor Bahru.Tempat kerja baharu atas kapal suspek kelar sedikit ‘keras’-Bapa Mertua.Supernatural?
Sementara itu, Rosman turut memberitahu, menantunya berkemungkinan bertindak sedemikian kerana terdapat pengaruh lain di tempat kerjanya yang baharu.
“Saya tidak berapa pasti cuma ada anak buah yang beritahu sebelum ini tempat kerjanya yang baharu sedikit ‘keras’, tetapi saya tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu. Biarlah perkara yang sudah berlaku itu,” ujarnya.
Tambah Rosman lagi, pihaknya telah membatalkan majlis resepsi Allahyarham Hajar Nursyahirin dan majlis akikah Hans Mohd. Thakif yang dijadualkan pada 24 Julai ini.
“Namun, majlis kakaknya iaitu anak kedua saya yang dijadualkan sehari sebelum iaitu pada 23 Julai ini akan diteruskan tetapi hanya melibatkan majlis pernikahan dan majlis tahlil sahaja, yang lain kita tangguh dahulu,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE
Jiran kepada mangsa meluahkan rasa trauma serta tidak menyangka suami wanita tersebut tergamak melakukan jenayah tersebut memandangkan dia seorang yang baik hati.
Menurut Rosiamawati Ramli, dia tidak menyangka bahawa suspek tergamak membunuh isterinya yang baru sahaja habis berpantang. Suspek dikatakan seorang yang baik bahkan tidak pernah menimbulkan masalah di kawasan kampung berkenaan.
Suspek seorang yang baik, malah pagi semalam suspek sempat belanja budak-budak yang bersarapan pagi di warung saya. Dia memang sebaik-baik manusia, tidak pernah kacau orang. Jika bertembung juga sering angkat tangan dan bertegur sapa.
Dalam pada itu seorang lagi jiran pasangan berkenaan, Hairi Hanapiah mengakui bahawa suspek memang seorang yang baik serta tidak mempunyai masalah dalam pergaulan.
Saya ada berbual dengan bapa suspek, bapanya cakap suspek juga tidak menunjukkan perubahan ketika mereka sekeluarga makan malam tadi. Memang terkejut lah sebab kita hari-hari lalu kawasan ini, memang kenal sekampung.
Sementara itu, pihak polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah ketika menahan suspek.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tergamak bertindak kejam apabila sanggup mengelar leher seorang wanita yang baru habis pantang serta bayi berusia 44 hari dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Dewasa, Bakar Batu, di sini, tengah hari hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayi, Hans Mohd. Thakif Amir, 44 hari ditemui berlumuran darah serta kesan kelar pada leher di luar rumah teres yang didiami wanita itu.
Difahamkan, sejurus melihat wanita dan bayinya berlumuran darah, suspek yang berusia 24 tahun melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel.
Menurut bapa mangsa, Rosman Ahmad, 58, dia menyedari kejadian yang menimpa anak ketiga dari enam beradik itu setelah diberi tahu anak sulung.
“Anak sulung saya telefon beri tahu ada masalah dekat rumah ini, saya terus bergegas ke rumah anak saya (Hajar Nursyahirin), terkejut tengok cucu dan ibunya terbaring dengan berlumuran darah di halaman rumah.
“Kami terus periksa dan dapati ada kesan tikaman pada leher kedua-duanya,”katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Menurut Rosman, Hans Mohd. Thakif merupakan cucu keempat dan anak sulung kepada wanita itu yang baharu melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu.
Jelasnya, Hajar Nursyahirin dan keluarga merancang untuk mengadakan majlis akikah sempena menyambut kelahiran bayi sulung itu selain mengadakan majlis resepsi perkahwinan.
“Mereka akad nikah pada 21 Ogos 2021, masa itu tak buat majlis sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi kami rancang nak buat majlis akikah sekali.
“Semua sudah siap tunggu harinya sahaja, tarikh majlisnya pada 24 Julai ini,”katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 24 tahun ditahan polis dalam keadaan berbogel di sekitar Permas Jaya, di sini kira-kira jam 2.45 petang Isnin
Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat susulan laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari, di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.
“Suspek ditahan dalam keadaan bogel menunggang motorsikal seperti yang tular di media sosial. Polis turut merampas sebilah pemotong daging dan sebuah motorsikal berwarna merah sewaktu suspek ditahan.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
KOSMO! ONLINE /SinarHarian
Tidak dapat dipastikan apa yang terlintas di fikiran seorang lelaki apabila dia secara bersahaja menunggang sebuah motosikal sambil berbogel disaksikan oleh pengguna jalan raya lain.
Menerusi video berdurasi kurang 30 saat dikongsi di laman Facebook, memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa seurat benang. Lelaki ini dilihat seolah-olah tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang lain sebelum tindakannya dirakam oleh individu lain.
Bogel matt.
Menurut pemilik video, kejadian berlaku di Taman Perling, Johor Bahru. Menjengah ke ruangan komen, ada yang memberitahu lelaki tersebut melarikan diri setelah terlibat kes jenayah. Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300 perkongsian di Facebook.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan video berkenaan dan ada yang mendakwa lelaki berkenaan berkemungkinan menghidap penyakit mental
Sumber FB Alet Naim Nawawi
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 4-7-2022 05:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Suchi at 5-7-2022 06:00 AM
dua_chzy replied at 4-7-2022 04:19 PM
Memanggil @Kurex untuk mengulas rupa body mamat bogel tu.
Iols tgk gambar n vedio dia kat fb td rupa dia boleh tahan helok tp bukanlah persis model.
Tp dia bogel tu sbb baru lepas kelar bini dan baby umur 2 bulan.
Katanya nikah masa PKP dulu pastu 24hb ni sanding sekali wat majlis cukur jambul baby dia la.
Persiapan semua dh siap katanya taktau pasal apa tetiba kelar bini n baby pastu lari bogel gitu jaa naik motor.
Kawan2 n pemeli bini semua kata si suami tu org baik blabla..