CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3074|Reply: 33

[Tempatan] OPR naik, bayaran bulanan pinjaman pun naik.Bank untung berbillion

[Copy link]
Post time 5-7-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-7-2022 08:37 AM



SHAH ALAM – Sebahagian besar rakyat di negara ini tidak bersetuju sekiranya kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi seperti jangkaan pakar ekonomi.

Menurut mereka, tindakan itu dikhuatiri memberi tekanan berganda terhadap peminjam terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat.

Kakitangan swasta, Sofia Izzati Skymmar, 25, berkata, apabila OPR dinaikkan, ia akan menyebabkan kegiatan ekonomi negara tidak dapat dirancakkan kerana pendapatan orang ramai semakin mengecil apabila terpaksa membayar ansuran pinjaman dengan kadar lebih tinggi.

“Saya tidak setuju sekiranya OPR dinaikkan. Apabila kadar naik, lagi berat beban perlu ditanggung peminjam. Harga rumah sekarang juga sudah semakin meningkat, sudah tentu rakyat Malaysia kebanyakannya tidak mampu memiliki rumah sendiri dengan kadar OPR yang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.


Sumber SinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 08:33 AM | Show all posts
pinjam duit bank + interest naik + bayar bulanan meningkat + harga barang naik - gaji tak naik = Mental illness+indeks jenayah naik+negara collapse
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde loan kecuali loan kete nan sebiji itu..  

Might feel the pinch dengan kenaikan harga barang, though....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
hari tu masa pkp kn opr turun, sekarang naik balik mcm biasa jelah
nasib masa pkp smpai skrg aku xada tambah hutang, cuba hidup minimalist
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:52 AM | Show all posts
venom1 replied at 5-7-2022 08:33 AM
pinjam duit bank + interest naik + bayar bulanan meningkat + harga barang naik - gaji tak naik = Men ...

Simple formula kan. Banyak kes pelik2 dah sekarang, ikut logik akal memang out.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 08:52 AM | Show all posts
perah selagi boleh sampai peminjam muflis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 09:16 AM | Show all posts
alhamdulillah...

ekonomi negara berkembang

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Naya pak karim klau semua naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bank islam loan aku fixed rate..aku call tanya..diorang kata takde naik bayaran
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 09:41 AM | Show all posts
aku rasa antara benda yg patut dihapuskan adalah charge RM1 yg dikenakan utk cucuk duit di ATM...melampau sangat nak charge RM1...sila hapuskan bayaran itu!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk jangan tak cucuk!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:05 AM | Show all posts
mrsamz replied at 5-7-2022 09:39 AM
Bank islam loan aku fixed rate..aku call tanya..diorang kata takde naik bayaran

rate berapa???
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:20 AM | Show all posts
mrsamz replied at 5-7-2022 09:39 AM
Bank islam loan aku fixed rate..aku call tanya..diorang kata takde naik bayaran

islamik loan dah akad,
mmgx kan nak sbb awal2 rate dah mmg tinggi,ini time baru org nk pandang islamik loan,masa rate rendah dulu org kata islamik loan tinggi betul bayaran balik,skrg ni sape yg ambik xrisau, awal sampai habis bayar mcm tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:23 AM | Show all posts

4% dan ke atas ,kalau rendah pun 3.8
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:07 AM | Show all posts
kalau opr xnaik teori konspirasi KuLi RM5.70 =US1 akan jd kenyataan
fed kan dah naik 2 kali msia baru sekali
dan fed akan naikkan lagi tahun ni sbb inflasi tertinggi sejak perang dunia
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 5-7-2022 10:05 AM
rate berapa???

5%. Tinggi kan? Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 nak muflis lah ni.  OPR naik,  BLR naik,  interest depositpun naik. Isunya ada ke orang (local and foreigners) nak simpan di Malaysia. For Malaysian....dengan inflasinya mencanak.
...people do not have money to save.  To foreigners........too much risks investing in Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:52 AM | Show all posts
Dah dijangka bakal ada kenaikan kedua.  Ramai yang gelakan masa kenaikan pertama tak banyak mana katanya nak kena bayar tambahan masa kenaikan pertama.  Mereka yang gaji cukup2 pasti paling terpukul akan kenaikan kedua ni.  Dengan hutang meningkat kos barangan pun meningkat ramai dah mula ikat perut.  Malam pun jalanraya dah mula sunyi semula.  Berbahagialah mereka yang dah berjaya bebas hutang pinjaman.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 12:55 PM | Show all posts
Sapa2 yg ada hutang kereta bersedialah kena bayar lebih lagi.
Kereta aku dah 12 tahun dan dah 3 tahun bebas dari hutang. Pakai jelah selagi boleh.
Rumah pun dah tinggal 3 bulan shj lagi utk bayar. Lepas ni debt free InsyaAllah. Lega...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:07 PM | Show all posts
Hutang kereta = hire purchase. Installment dan interest dah fixed takkan naik. Loan2 rumah, loan ASB yang akan terkesan ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.361228 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list