CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Tempatan] Lelaki tak jadi terjun daripada jambatan selepas dipujuk

[Copy link]
Post time 5-7-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tak jadi terjun daripada jambatan selepas dipujuk
Zaid Salim
[email protected]


Tangkap layar lelaki cuba bunuh diri daripada Jambatan Sultan Mahmud sebelum berjaya diselamatkan orang awam. FOTO IHSAN PEMBACA


Kuala Terengganu: Seorang lelaki berjaya dipujuk orang awam daripada cuba membunuh diri dengan terjun daripada Jambatan Sultan Mahmud di sini, jam 5.48 petang semalam.

Tindakan lelaki berusia 29 tahun itu disedari orang ramai yang melihatnya berdiri di luar tepi penghadang jalan jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian oleh orang awam sebelum bergegas ke lokasi.

"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan perubatan," katanya pada kenyataan hari ini.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, lelaki itu dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah peribadi.

"Ujian saringan awal air kencing turut mendapati lelaki terbabit positif Methamphetamine," katanya.

Lelaki terbabit kemudiannya ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan dan Seksyen 309 Kanun Kesiksaan kerana cubaan bunuh diri.

Terdahulu, tular video berdurasi 15 saat dimuat naik di laman sosial jam 8 malam tadi memaparkan seorang lelaki berdiri di luar tepi penghadang jalan jambatan berkenaan sebelum orang ramai yang melalui kawasan itu berhenti untuk memujuknya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.170597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list