CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20412|Reply: 17

Suami Elisya Sandha fail tuntutan RM808,260 terhadap syarikat Wak Doyok

[Copy link]
Post time 28-2-2025 05:32 PM | Show all posts |Read mode


Suami pelakon Elisya Sandha memfailkan tuntutan sebanyak RM808,260 terhadap personaliti media terkenal Wak Doyok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Januari lalu.

Uzair Haqimy Azman, 29, mendakwa syarikat milik Wak Doyok iaitu WD Food Group Sdn Bhd melanggar perjanjian pembayaran sewa kenderaan daripada syarikatnya iaitu LXM Resources yang menyediakan perkhidmatan logistik.

Pihak Wak Doyok selaku defendan didakwa melanggar perjanjian bagi tempoh 24 bulan iaitu pada 22 Disember 2023 dan 21 Jun 2024.

  


"Pihak WD Food membuat pembayaran awal tetapi mereka gagal menyelesaikan pembayaran tertunggak bagi kedua-dua perjanjian.

"Kami sudah berusaha menyelesaikan perkara ini secara baik dengan memberi peluang kepada defendan membuat pembayaran sebelum tindakan guaman difailkan namun mereka gagal mematuhi tuntutan tersebut.

"Maka kami terpaksa membawa perkara ini ke peringkat mahkamah selepas tiada tindak balas daripada mereka selepas notis diserahkan pada Disember tahun lalu," katanya kepada mStar.

  


Uzair berkongsi perkara itu ketika sidang media berhubung isu berkenaan yang diadakan pada petang Jumaat.

Turut hadir pada sidang media itu peguam Uzair iaitu Ismail Mohamed Ariffin.

Dalam pada itu, Uzair berharap syarikatnya mendapat menuntut keadilan apabila memfailkan tuntutan tersebut terhadap defendan.

  


Kata Uzair, selain kerugian besar dia turut berdepan kesukaran menstabilkan kembali kewangan syarikat.

Uzair sudah cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan baik namun gagal.

"Saya harapkan keadilan untuk syarikat sebab sudah tentu kami terkesan dengan apa yang berlaku.

"Nak kata sudah kembali stabil pun tidak juga tapi kami cuba uruskan perniagaan dengan baik," jelasnya.

  


Sementara itu, Ismail menjelaskan tuntutan RM808,260 itu termasuk penaliti kelewatan pembayaran yang merangkumi ganti rugi am, faedah sebanyak lima peratus setahun dan kos guaman.

Ismail turut memaklumkan, pengurusan kes juga sudah dilakukan pada Jumaat dan pihak defendan juga sudah melantik peguam mewakili syarikatnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke diorg kata Wak Doyok ni old money sebenar? Old money tp takde duit ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-2-2025 08:24 PM
Bukan ke diorg kata Wak Doyok ni old money sebenar? Old money tp takde duit ke

Old money jadian.


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 nye founder2 yg kete mewah byk tu agak2 nye bt mcm ni gak x
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lain pulak elisha di kamera org lain…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2025 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel gila anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 28-2-2025 08:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu

Betul dah tu...  acik2 cleaner... janitor sekarang memang merata dah berbaju korporat. Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 09:51 PM | Show all posts
wak doyok sewa kete apa? ke sewa lori?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternyata kenderaan2 mewah yang ditayang itu hanyalah tunjuk2 sahaja. Tapi...orang Melayu mudah terpesona & kagum
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Old money nie sebenarnya lebih kepada Smart Casual. Lebih kepada nak menunjuk kata macam kaya. Tapi orang yang betul2 kaya takde nyer nak pakai smart selalu, nak posing selalu. Diorang biasa pakai seluar pendek je, tapi gambar kat atas yacht, background belakang kat Maldives.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan sebelum ni ada kes lain jugak doyok ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 28-2-2025 12:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu

Acik yang lawo la tapi. Yang boleh ngorat CEO kampeni macam dalam drama 7 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Uzair ni bercakap BM failed like bukan anak Melayu sejati ya.

Mana2 bisnes2 atau individu
Nombor yang terterakan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 28-2-2025 08:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu

Tesembur air kopi overpriced haku baca komen ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 28-2-2025 08:56 PM
Elisha dah mcm acik cleaner bila pakai mcm tu

Cam watak acik cleaner bercinta dgn bos besar..

Drama sangatt..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat2 tak berkenan dua ekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pasti anak derang cantik....Wak Doyok sila bayar hutang ya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.534718 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list