View: 1759|Reply: 20
|
[Tempatan]
Pembantu Penguat kuasa JPJ didakwa terima suapan bulanan RM8,500.....goyang tulur jer masyukkkkkk....b*b*. #3, Nafi terima suapan.
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 5-7-2022 06:48 AM
Pembantu Penguat kuasa JPJ didakwa terima suapan bulanan RM8,500
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... pan-bulanan-rm8500/
Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
5 Julai 2022, 1:45 pm
Tertuduh (kiri) diringi pegawai SPRM selepas didakwa dengan 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,500. /FOTO MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
MELAKA – Seorang pembantu Penguat kuasa Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,500, sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Jamil Md. Rasu, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Elesabet Paya Wan.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-10, Ahmad Jamil didakwa telah menerima masing-masing suapan bulanan berjumlah RM500 daripada sebuah syarikat pengangkutan dengan mengetahui ia mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Kesalahan itu dilakukan di Maybank Malaysia Berhad dalam daerah Jasin Tengah pada 28 April 2020 hingga 3 Mac 2021.
Tertuduh turut dihadapakan dengan pertuduhan menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,500 sebagai suatu dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di Maybank Berhad dalam daerah Melaka Tengah pada 28 April 2020 hingga 12 Mac 2021.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwanshah Abdul Samat mencadangkan jaminan sebanyak RM4,500 bersama syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan menanggung dua orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU).
Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Elesabet membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dan bersetuju dengan syarat tambahan dikemukakan pendakwaan. -KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai JPJ nafi terima suapan syarikat pengangkutan
https://www.utusan.com.my/nasion ... rikat-pengangkutan/
Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
5 Julai 2022, 2:02 pm
AHMAD JAMIL Md. Saru (menutup muka) mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka hari ini. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
MELAKA: Seorang Pembantu Penguatkuasa Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM8,500, sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Jamil Md. Saru, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-10, Ahmad Jamil secara rasuah telah menerima masing-masing suapan bulanan berjumlah RM500 tanpa sebarang balasan daripada sebuah syarikat pengangkutan yang mana tertuduh mengetahui mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Kesalahan itu dilakukan di Maybank Malaysia Berhad dalam daerah Jasin pada 28 April 2020 hingga 3 Mac 2021.
PENJARA
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya sekali.
Bagi dua lagi pertuduhan seterusnya, tertuduh juga secara rasuah telah menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,500 sebagai suatu dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat berkenaan.
Kesalahan itu dilakukan di Maybank Berhad dalam daerah Melaka Tengah pada 28 April 2020 hingga 12 Mac 2021.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwanshah Abdul Samat yang turut mencadangkan jaminan sebanyak RM4,500 bersama syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri setiap bulan di Pejabat SPRM Melaka.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung dua orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU).
Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dan bersetuju dengan syarat tambahan dikemukakan pendakwaan.
Hakim menetapkan tarikh 15 September depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam. – UTUSAN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makan babi, minum arak haram
duit paw tak haram |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. dah 8500 tu tk reti2 ke nk tolong member2
makan sorang
kan dah kono
|
|
|
|
|
|
|
|
Sialnya kau ni. Patut banyak lori hantu atas jalan |
|
|
|
|
|
|
|
humban sahaja dlm api neraka jahanam... |
|
|
|
|
|
|
|
konsep tolong member2 ni la jahanam negara malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Peh.. upgrade M40 undertable.. mesti pakai kereta H ne.. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb kedekut makan sorang2 dia sorang la jahanam masa depan
waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kantoi baru ingat tanggung anak & ada anak oku. Malap masa depan |
|
|
|
|
|
|
|
Akak dah kata..pegawai jpj mmg babi kt tred sblm ni
See...dah terbukti juga akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
Haha... Org suruhan yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
ada space lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la uncle kt sabah tu sodok fortuner jpj aritu |
|
|
|
|
|
|
|
sikit sangat...alang2 ko nk mkn rasuah mintak la sampai cukup 7 keturunan... |
|
|
|
|
|
|
|
JPJ / Kastam / Immigration / Polis = Rasuah..walaupon segelintir tapi dalam kepala netizen dah set camtu |
|
|
|
|
|
|
|
mohon dijauhkan dari makan duit haram macam ni. bagi pula anak bini makan duit haram ni. sikit takpe janji berkat. dari banyak tapi tak cukup, buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
RE: Pembantu Penguat kuasa JPJ didakwa terima suapan bulanan RM8,500.....goyang tulur jer masyukkkkkk....b*b*. #3, Nafi terima suapan.
Sila baca artikel. Jumlah terkumpul keseluruhan RM8,500 bukan bulanan
Tajuk thread menipu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|