View: 1284|Reply: 5
|
[Politik]
Edisi saman makan diri : Wak Ponorogo belum apa2 dah kalah dengan Atok
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghalang penerbitan semula dan penyebaran rakaman kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid ketika dihubungi berkata, Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menolak permohonan injunksi interim oleh Ahmad Zahid atas alasan isu yang dibangkitkan plaintif dan defendan perlu diputuskan melalui perbicaraan.
Sementara itu, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir berkata, mahkamah menolak permohonan plaintif selepas memutuskan bahawa ini bukanlah peringkat bagi pihak-pihak menghujahkan berkenaan merit kes.
"Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar. Oleh itu, permohonan interim ditolak dengan kos RM5,000 dan mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes," kata Mior Nor Haidir ketika dihubungi selepas prosiding kes itu yang berlangsung melalui sidang video.
Pada 20 April lepas, Ahmad Zahid, 69, memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir, 96, selaku defendan berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri urusan perbicaraan kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.
Menerusi pernyataan tuntutannya, Ahmad Zahid berkata pada 19 Okt 2018, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang (Pejuang) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb 2022.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa beliau seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan serta menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Dr Mahathir bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.
Ahmad Zahid turut memfailkan permohonan injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah itu dan menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platform media sosial.
Turut dipohon perintah injunksi interim bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media di YouTube dan Facebook 'Astro AWANI' serta YouTube dan TikTok 'MalaysiaGazette TV'.
Selain itu, plaintif juga memohon perintah injunksi interim mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadam dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Atok KFC tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
bakal jd mantan presiden umno… aamiin! |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baiknya wak jahit bersara politik, hari2 turun naik mhkmh bila masa plk nk bg servis kt pegundi? Dh le gomen byr elaun x pernah miss |
|
|
|
|
|
|
|
orang jawa generasi muda ramai dah duduk rumah PKNS
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak $ wak nie, pasal pakai banyak loyar nak uruskan banyak kes di mahkamah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|