View: 1543|Reply: 20
|
[Tempatan]
Terbelit hutang, kad kredit 'jerat' generasi muda
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi pemberi pinjaman diminta mengetatkan lagi kelulusan pemohon kad kredit, termasuk mengenakan syarat paras had gaji bersih yang lebih tinggi bagi mengurangkan bebanan hutang dihadapi pengguna terutama membabitkan golongan muda.
Selain itu, kempen kesedaran wajar dipertingkat dalam kalangan anak muda supaya mereka membuat keputusan kewangan yang betul agar tidak terjerat dengan bebanan pinjaman, terutama hutang kad kredit.
Ahli ekonomi berpendapat, sampai masanya usaha berterusan dilakukan agar pengguna mengelak daripada memanjangkan kredit secara berlebihan serta membantu mereka mengenal pasti tawaran kredit yang sesuai dengan gaya hidup dan taraf pendapatan.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata pengguna harus sedar bahawa kadar faedah yang dikenakan oleh bank ke atas hutang tertunggak kad kredit adalah tinggi sehingga mencecah 18 peratus setahun.
Beliau berkata, walaupun ada kemudahan untuk membayar secara minimum, kaedah itu akan menjerat pengguna untuk membayar kadar faedah yang tinggi setiap bulan.
"Oleh itu sewajarnya syarat yang lebih ketat dikenakan untuk pemohon kad kredit seperti paras gaji bersih yang lebih tinggi.
"Contohnya kalau gaji bersih pemohon RM2,000 selepas ditolak segala komitmen seperti hutang rumah, kenderaan dan persendirian, ini sebagai salah satu syarat kelayakan," katanya kepada BH, semalam.
Beliau mengulas mengenai aspek pengurusan kewangan yang wajar bagi mengelak seseorang itu menanggung hutang yang tinggi terutama membabitkan penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi, khususnya dalam kalangan golongan muda.
Semalam, muka depan BH melaporkan golongan muda di negara ini bergantung kepada pinjaman peribadi dan kad kredit sebagai 'talian hayat' bagi menampung keperluan harian susulan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi ekoran inflasi dan kenaikan ketara harga barangan.
Ia berdasarkan analisis Experian Information Services (Malaysia) yang mendapati golongan berumur antara 22 hingga 28 tahun adalah mereka yang mempunyai kesukaran untuk membayar balik hutang kad kredit dan pinjaman peribadi masing-masing ketika ini.
Analisis Experian i-SCORE yang menggariskan trend skor dan kemudahan kredit rakyat Malaysia bagi tempoh 2019-2022 turut menunjukkan, jumlah pembayaran balik bagi segmen hutang tidak bercagar iaitu kad kredit dan pinjaman peribadi dalam kategori 90 hari atau lebih, yang membabitkan golongan umur berkenaan adalah tinggi iaitu sebanyak 26.4 peratus pada 2022.
Analisis terkini itu juga menunjukkan bagaimana pengguna pelbagai peringkat umur mengambil langkah mengurus portfolio kredit ketika berdepan kemelesetan ekonomi yang dicetuskan pandemik COVID-19.
Lima kumpulan umur yang dikaji ialah 22 hingga 28 tahun; 29 hingga 35 tahun; 36 hingga 50 tahun; 51 hingga 65 tahun dan 65 tahun ke atas.
Galakkan penggunaan kad debit, bukan kredit
Sebelum ini, BNM melaksanakan beberapa langkah bagi mengawal kes kebankrapan dalam kalangan generasi muda disebabkan penggunaan kad kredit.
Ia termasuk memperketatkan syarat pengeluaran kad kredit seperti menaikkan syarat pendapatan minimum daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000 setahun.
Selain itu, bagi pemegang kad kredit berpendapatan RM36,000 setahun ke bawah hanya boleh memegang dua kad kredit daripada dua pengeluar berbeza, selain had maksimum kredit ditetapkan tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan.
Mengulas lanjut, Ahmed Razman menyarankan kerajaan menerusi BNM menjalankan kempen berterusan untuk mempromosikan pengurusan kewangan peribadi yang lebih berhemah dengan menggalakkan penggunaan kad debit dan bukannya kad kredit.
Beliau berkata, galakan itu perlu berikutan kad debit hanya menggunakan wang di dalam akaun bank dan dengan itu, pemegang kad tidak menanggung hutang.
Kad kredit tak jadi masalah jika guna dengan berhemah
Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata kad kredit dan pinjaman peribadi tidak akan menjadi masalah sekiranya ia digunakan dengan berhemah serta boleh dibayar setiap bulan.
Namun, beliau menegaskan bahawa masalah akan timbul apabila pinjaman berkenaan sukar dibayar balik.
"Bagi saya, objektif utama yang lebih realistik adalah bagaimana hutang diurus dengan baik, bukannya menjadikan hidup bebas daripada hutang.
"Bagaimanapun, seandainya kita dapat membebaskan diri daripada hutang, itu lebih baik, namun ini agak sukar memandangkan tekanan inflasi yang dihadapi sekarang, apatah lagi kos sara hidup yang semakin membimbangkan," katanya.
Beliau berkata, keadaan itu disebabkan oleh kos bagi barangan asas telah meningkat dan lebih mahal, manakala terdapat tambahan barangan yang menjadi keperluan asas seperti telefon pintar, peranti dan internet.
"Keperluan asas seperti rumah bukan murah lagi. Rumah mampu milik pula hanya sekadar mampu lihat. Mudah untuk kata perlu bezakan antara keperluan dan kehendak, tetapi keperluan itupun sekarang sudah mahal.
"Selain itu, nilai wang pula semakin lama semakin mengecil, justeru kuasa beli rakyat pun semakin terhakis," katanya.
Irwan Shah menambah keadaan makin perit apabila ada golongan yang masih lagi terkesan akibat pandemik COVID-19 seperti kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar atau menghadapi potongan gaji.
"Jadi makin sukarlah kehidupan mereka. Satu benda positif di sini adalah golongan ini masih muda. Jadi, masih ada masa untuk belajar daripada kesilapan," katanya.
Bahana gali lubang tutup lubang akibat terjerat hutang kad kredit
Dua persatuan pengguna - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kelmarin turut menyatakan kebimbangan terhadap situasi dihadapi golongan muda yang terpaksa bergantung harap kepada pinjaman peribadi dan kad kredit bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, keadaan itu menunjukkan golongan muda berkenaan ibarat 'gali lubang tutup lubang' demi kelangsungan hidup.
Bagi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, sampai masanya kerajaan dan kumpulan pakar melakukan kajian terperinci bagi menangani isu dihadapi golongan berkenaan di tengah tekanan kos sara hidup yang bertambah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/970330/kad-kredit-jerat-generasi-muda
|
|
|
|
|
|
|
|
Dolu2 iols ada baca pemilik hartanah manatah tulis buku, dia beli pakai kredit kad.. pastu bayaq utang..
Jaman now, org pakai kredit kad tapi tak sedaq baper dah banje.. tau2 ada utang keliling pinggang.. dah le jaman now mudah terjerumus dgn laifstail instafemes yg dok dipuja sbb hidup mewah.. pakai branded apa sumer bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Live within your means... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 5-7-2022 10:08 PM
Dolu2 iols ada baca pemilik hartanah manatah tulis buku, dia beli pakai kredit kad.. pastu bayaq uta ...
Terus teringat citer confession of shopaholic. Iols rasa zaman skrg ramai yg mcm watak dlm citer tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa PKNS ada berapa kad debit???
|
|
|
|
|
|
|
|
SonicSiLandak replied at 5-7-2022 10:20 PM
bangsa PKNS ada berapa kad debit???
Apa tu bang bangsa pkns? X phm saya |
|
|
|
|
|
|
|
Akak2 beli spender longgok shopee tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 5-7-2022 10:27 PM
Apa tu bang bangsa pkns? X phm saya
Pprt?
|
|
|
|
|
|
|
|
JamilBinAbu replied at 5-7-2022 10:15 PM
Live within your means...
Ini yg sebetulnya.
Tapi ramai yang tak buat.
Ballik2 nak salahkan pihak lain. Diri sendiri tak salah.
Harga barang naik? Tgk je di jalan2 pada setiap hujung minggu/cuti, masih sesak dengan orang ramai keluar berhibur, makan di luar/restoran.
Masih lg tak ambil iktibar dan perbaiki keadaan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau layak pakai cc ni, pakai satu je, jangan sampai 5 ke 10 keping...naya |
|
|
|
|
|
|
|
azizi ali ke uolz.. yang ex pilot tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
peduli la dorg nk bengkrap ke apa
dah bengkrap xpayah ditolong |
|
|
|
|
|
|
|
naya nak bayar yuran tahunan tu,
setahun beratus jugak,
selalunye kalau 1 cc pun utk minyak
|
|
|
|
|
|
|
|
okay Iols tertinggal lrt. Bangsa pkns ni bangsa ape youols?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh elak utk ada kredit card ni
tp kalau nk beli rumah ke atau nk buat apa2 pinjaman, nak tanak kena la ambik credit card.. kena ada komitmen kan
bila ada CC tu, pepandai la nk beringat masa berbelanja
sekali guna, terus byr hutang bila dpt gaji
nk lg selamat, simpan kad tu kt rumah |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku pelik dorang ni seblom jatuh bankrap, ada mcm2 stage dari summon, creditors petition etc...dorang wat rilek je sbb akaun x kena freeze....
sat gi kena freeze, semua org kena carut...bongok btoi....
mmg dasar spesis liat byr hutang....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku guna cc klo beli barang elektrik
Skang lega cc dah settle. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn pakai barang2 branded kalau x mampu, live within our means kan patutnya |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 5-7-2022 10:16 PM
Terus teringat citer confession of shopaholic. Iols rasa zaman skrg ramai yg mcm watak dlm citer t ...
Jaman now ramai mcm tu sbb terkejar2kan laifstail instafemes sumer tuh.. jaman dolu2 takde tersebar laifstail bergaya kaya sumer..
Plus, brands makin byk.. sumer nak fefeeling pincess giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 6-7-2022 08:44 AM
azizi ali ke uolz.. yang ex pilot tu...
Iols tak rasa dia pilot.. hat tulis buku, ada 32 rumah by the age of 30 ke apa tuh.. buku kecik jahh..
Kalau pilot, byk duit pukal nak wat downpayment, tak voley la tulis buku psl hartanah.. pilot kena bayaq ikut airmiles.. bawak pi balik UK 3 kali seminggu ka sebulan ka, dah baper gaji deme.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|