CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3117|Reply: 44

[Tempatan] Harga makanan di universiti naik: Pelajar terpaksa ikat perut, cari kerja sambilan

[Copy link]
Post time 5-7-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Harga makanan di kedai makan dan kafe dalam kampus universiti di sekitar ibu kota didapati meningkat mendadak sehingga ada mahasiswa terpaksa berjimat cermat bagi memastikan perbelanjaan bulanan mereka tidak terjejas.

Ini berikutan ada peniaga makanan menaikkan harga atas alasan terhimpit dengan kenaikan harga bekalan pelbagai bahan mentah, khususnya ayam, telur, tepung dan minyak masak.

Tinjauan BH di tiga universiti awam mendapati, golongan mahasiswa terpaksa mengurangkan pembelian makanan demi memastikan kelangsungan kehidupan harian mereka ketika menimba ilmu.

Ada yang mendakwa terpaksa makan sekali sehari atau menggantikan set makanan lengkap kepada mi segera kerana perlu berjimat, selain perlu bijak membahagikan wang untuk menampung kos bagi menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.

Pelajar universiti terpaksa kerja sambilan untuk tampung belanja

Malah, segelintir mahasiswa juga mengakui terpaksa membuat kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan harian dan keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu pengajian mereka.

Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya (UM), Isa Ishaq Zulkifli, 22, mengakui harga makanan yang dijual peniaga di dalam universiti semakin mahal sejak kebelakangan ini.

Katanya, peningkatan harga jelas dilihat menerusi kedai menjual nasi berlauk yang menetapkan kadar berbeza mengikut saiz dan kuantiti hidangan.

"Misalnya, saiz ayam dijual di kafe universiti semakin mengecil tetapi ia masih dijual pada harga sama berbanding sebelum ini. Seketul ayam dekat sini dijual RM3 tapi saiznya sangat kecil menyebabkan kami terpaksa mengambilnya lebih daripada satu.

"Ini belum termasuk sayur atau lauk lain. Saya pernah dicaj RM10 bagi sepinggan nasi dengan lauk ayam dan sayur di Fakulti Pendidikan.

"Ini membebankan golongan pelajar seperti kami biarpun kenaikan dianggarkan antara 50 sen hingga RM1," katanya ketika ditemui BH, semalam.

Pelajar masak sendiri untuk jimat belanja makan

Justeru, katanya beliau memilih untuk memasak sendiri di rumah sewa dan berkongsi dengan rakan demi mengurangkan perbelanjaan namun ia tidak boleh dilakukan setiap hari kerana bergantung kepada sesi pengajian.

"Tambahan pula, duit memang sentiasa tidak mencukupi menjelang akhir semester pengajian. Jadi, bila ada masa terluang saya juga akan buat kerja sampingan sebagai penghantar makanan atau ada kalanya terpaksa meminta wang tambahan dari keluarga," katanya.

Reaksi sama dikongsi pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik UM, Wan Muhammad Alif Shafiq Wan Rosli, 23, yang mengakui ada kalanya terpaksa memilih mi segera atau roti sebagai pengganti hidangan lengkap.

"Saya rasa dapat makan dua kali sehari pun dah syukur sangat. Ada masanya kami sebagai pelajar terpaksa makan mi segera atau roti untuk menahan lapar, terutama ketika menjelang hujung semester," katanya.

Pelajar Fakulti Alam Bina UM, Aiman Salsabila Hasnan, 21, pula berkata beliau terpaksa berjimat dengan lebihan kira-kira RM400 pinjaman wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membeli makanan serta kos menyiapkan tugasan pengajian.

"Perbelanjaan beli makanan saja dianggarkan kira-kira RM20 sehari, RM10 untuk makanan tengah hari dan RM10 lagi untuk malam. Kalau beli di luar kampus pun sama, cuba bayangkan bagaimana kami hendak hidup," katanya.

Bagi pelajar jurusan Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Muhammad Fazrul Hakimi Nik Ismail, 23, juga mengakui berdepan masalah sama apabila harga makanan di kafe di kampus meningkat mendadak.

"Harga semasa bagi seketul ayam meningkat antara RM5 hingga RM6 bergantung kepada bahagian dipilih pelanggan, berbanding harga lama iaitu RM4. Ini belum kira lauk lain lagi.

"Jadi kami sebagai pelajar pun perlu berbelanja secara berhemah dan ada masanya terpaksa ikat perut kerana wang tidak mencukupi," katanya.

Harga makanan naik antara 50 sen hingga RM1

Di Shah Alam, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Eza Izzah Ramli, 23, memaklumkan ada kedai makan dalam kampus yang masih mengekalkan harga sama, selain ada yang menaikkan harga antara 50 sen hingga RM1 bergantung jenis makanan.

"Untuk nasi berlauk, rata-rata kedai makan dalam kampus masih mengekalkan harga seperti biasa, contoh nasi bersama lauk ayam dan sayur masih kekal RM6, cuma nasi ayam penyet naik dari RM5 ke RM5.50 sepinggan.

"Kenaikan ini bagi saya sedikit membebankan namun masih ada pilihan untuk makanan yang mampu dibeli pelajar," katanya.

Seorang lagi pelajar UiTM, Siti Nur Ain Thusree, 24, berkata sejak kenaikan harga barangan terutama ayam, ia telah menyebabkan harga nasi ayam turut naik daripada RM5 kepada RM6.

"Kenaikan harga makanan walau nampak sedikit tapi tetap membebankan kami, sebab dalam sehari pelajar sekurang-kurangnya makan dua atau tiga kali dengan anggaran perbelanjaan RM20 untuk makan dan minuman.

"Harapnya kenaikan harga barangan harian tidak terus memberi kesan kepada harga makanan, walaupun pelajar ada bantuan pinjaman namun hampir sebahagiannya digunakan untuk membeli makanan dan minuman," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/972934/harga-makanan-di-universiti-naik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Carila kerja partime asalkan tak ganggu waktu kuliah.
Partime jual brg kt online platform ke..
Kena bijak cari peluang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah laaa keje part time ... Cari duit extra ... Belajar belajar laaa nak survive ...
Akan dtg hidup ni x tahu macam mana rupa
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu zaman universiti....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:36 PM | Show all posts
tak payah belajar la

senang

tutup satu citer

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tetap gigih pakai ipong memasing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn study dulu masak ns sendri,lauk beli. Pilih part kepak boleh bagi 2 utk 2x mkn kalo lauk ikan pilih yg besaq, pn buat 2x mkn sayoq kadang depends ngn bajet baru beli. Lg 1 beli ayam ayamas tu,goreng hat tu ja wat lauk. Tahan semggu. Ada kwn i lg sadis hari2 mkn ns ngn sayoq bening. Aym / ikan is a luxury. Jimat2 sbb dia nk p mesir. Lani ramai yg pemurah. Insyaallah kamu leh survive dikk
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Part time sajork. Student bnyk energy n bnyk free time yah. Iols dulu pun zaman uni buat part time, lagipula duduk kt tgh keel mudah amat nk dpt part time yg flexible masanya. Syok ok simpan2 duit bila graduate je da ade simpanan sekian2.

Waktu keje part time iols terkejut terjumpa bermcm2 jenis org. Ade yg super social, ade yg mak pak jenis x heran anak x blk rumah ade plak mokcik2 yg struggle lps blk keje pun sambung part time lagi cari duit tambahan. Rindunya zaman ituh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 11:06 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 5-7-2022 11:07 PM
TomyamPuteh replied at 5-7-2022 10:39 PM
Tapi tetap gigih pakai ipong memasing.

ayah pulak keluar X70, mak pulak borong gelang time covid. haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:28 PM | Show all posts
Aku lunch kat ofis pun kena caj RM9 utk nasi, ayam goreng dan sayur. Ais kosong 30 sen. Total RM9.30

Sekarang ni kalau nak makan di kedai kena sediakan minimum RM10  utk makanan sahaja. Kalau nak minuman manis berais tambah lagi RM2.50.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:36 AM | Show all posts
buat je la part time...

dulu aku kt uni 20 yrs ago pon mcm tuh... makan bercatu....

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal la tu. Since 10y ago pon student buat part time. Lg syok keje part time masa study
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 5-7-2022 10:45 PM
Zmn study dulu masak ns sendri,lauk beli. Pilih part kepak boleh bagi 2 utk 2x mkn kalo lauk ikan  ...

Insaf baca cerita uols mcm mana kuat nak jd mcm tu? I zmn study plg mewah. Pusing mall 3-4 kali seminggu. Zara , h&m, setiap sebulan sekali mkn chilis or seangkatan. Kfc, pizza tu rutin. Dah keje sendiri baru jimat2. I selalu nak jd sekuat org yg boleh menyimpan n jimat ni. Tp pernah kumpul2 cash, last2 ada je benda kena guna.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku belajar dulu slalu je beli nasi putih dengan telur dadar. Abang cafe tu selalu malas nak gorengkan telur dadar kat aku. Tapi aku selalu buat muka kesian kat dia. Mesti dia ingat aku sengkek. Lagipun aku akan make sure bawak genap2 singget je jangan lebih sebagai bukti duit aku tinggal tu je Yang benaunye aku tak suke makan lauk dah terdedah sejuk macam tu. Kalau order telur dadar dapat makan panas2
Bungkus bawak balik bilik renjis kicap kipas udang dengan lada hitam
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:54 AM | Show all posts
Dulu aku dan roomates pun buat kerja part time. Rezeki aku waktu first year tinggal sebilik dengan senior yang memang tak boleh duduk diam. Otak bisnes so aku kerja dengan dia bantu2 apa patut. Dapat pendedahan awal lepas dia grad macam2 kerja lain aku buat.. best hidup lebih selesa takda lah harapkan duit ptptn je.

Cari pengalaman tu bagus senang dapat kerja berbanding yang takda pengalaman tau.

Walau bukan kategori top student tapi yang ada working experience ni dapat kerja lebih mudah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah dulu masa belajar cukup makan. cuma adalah sekali tu duit tak msuk lg n x sanggup nk mintak kat mak ayah mengenangkan adik beradik ramai. mak ayah mmg x bagi semua anak2 nya kerja melainkan waktu cuti sem. risau x fokus pada belajar atau jd x minat belajar sbb dah pegang duit sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 10:08 AM | Show all posts
kami yg bekerja ni pun masak sendiri bwk bekal pegi opis dekkkkk
dijamin puas hati dan bersih sebab sendiri masak sendiri makan

kalau duduk dlm asrama, kanke ada makan bulanan byr tuuuu (ehh ada lg kannn)
sekali sekala nk mkn luar, pe salahnya.. tp pepandai la nk membajet
teringin mkn maggi? apa lg maggi besen la hahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 6-7-2022 10:20 AM

Pensyarah menayang kereta besar apa peduli dgn student kurus tinggal tulang x cukup nutrisi, tanah kampus sgt besar boleh aja tanam sumber makanan yg x perlu dipantau byk,  tasek dan kolam kampus penuh ikan kasi sauk ikan buat lauk,  reban ayam kasi bertelur,  perlu dibuat berjemaah bantu sesama sekampus, sedangkan bangla indon boleh survive 6 bulan xde gaji pergi mancing parit, tanam sayur dll.  
Berbanding kerja part time makan masa dan tenaga juga
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye betul... Ape bende yg murah sekang.... Sume Mahal..... Tapi iols 20 yrs dulu masa study pun ikat perut... Sanggul smuggle rice cooker.  Masak nasi sblm gi class... Balik class beli kuah... Balik bilik goreng telur Dadar dlm rice cooker. Kadang masak sardin.. beli sayur goreng.. ikat selagi bole ikat... Nak part-time mak X bagi.. member outing tetiap weekend . Iols duk bilik je..  life sgt struggle... Mana2 tahun pun struggle... Pepandai lah sesuaikan diri... Belanja ikut kemampuan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mkn ni...blh je berjimat..sarapan..mknlah biskut 2 keping ...msk sambal.tumis yg blh thn 2 or 3 bln...klu ada lebih sikit beli telur..mkn biskut dgn telur rebus..buah cari stok kurma..mkn 3 biji..dah ckp nutrien sarapan...mkn tgh blh beli bhg 2 dgn portion mkn mlm...minum ptg mkn biskut lg....mlm klu lapar pun buat air milo atau mkn biskut.lg...belanja mkn mcm ni dlm rm200 to rm300 je..x yah beli jajan..x yah beli air cafe hipster etc..ckp je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078252 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list