View: 801|Reply: 6
|
[Tempatan]
Keadaan sukar, Bank Negara digesa tidak naikkan kadar faedah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) digesa untuk tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana ia akan memberi implikasi yang besar kepada sosioekonomi rakyat, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.
Pakar Ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata mengekalkan OPR pada kadar semasa iaitu 2.0 peratus adalah satu tindakan yang penting berikutan negara sedang dilanda inflasi di tengah-tengah kenaikan harga pelbagai barangan isi rumah.
"Menaikkan kadar faedah di waktu ini bukan langkah yang tepat bagi membendung inflasi kerana ia berlaku bukan disebabkan peningkatan 'aggregate demand', tetapi disebabkan oleh gangguan dalam kitaran penawaran.
"Situasi di negara kita sekarang bukan disebabkan keghairahan orang untuk berbelanja, jadi tidak tepat jika kita hendak naikkan kadar faedah.
"Kos pengeluaran barangan juga akan meningkat. Dengan keadaan sukar sekarang ini, kenaikan harga barang sudah tentu membebankan rakyat dan akhirnya mengurangkan kuasa beli mereka," katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Shazali yang juga Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Kolej Universiti i-CATS, berkata kenaikan OPR akan turut memberi kesan kepada kadar pinjaman peminjam dengan bayaran ansuran bulanan yang semakin tinggi.
Susulan itu, aliran tunai sama ada peniaga atau persendirian yang mempunyai pinjaman daripada institusi kewangan akan terjejas, katanya.
Beliau turut berkata peningkatan OPR akan memberi risiko kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara.
"Peningkatan OPR akan menyukarkan pelabur membuat pelaburan baharu memandangkankan 'cost of fund' meningkat.
"Dengan keadaan iklim pelaburan yang lembab ketika ini, peningkatan OPR tidak membantu pelabur," jelas beliau.
Semalam, penyedia penyelidikan ekonomi Moody's Analytics menjangkakan BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.
Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) keempat BNM berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan pendirian dasar monetari akan diumumkan esok.
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Forensic audit tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 6-7-2022 12:27 AM
"Kos pengeluaran barangan juga akan meningkat. Dengan keadaan sukar sekarang ini, kenaikan harga barang sudah tentu membebankan rakyat dan akhirnya mengurangkan kuasa beli mereka," katanya kepada Bernama hari ini.
mmg tujuan utama interest naik adalah untuk bunuh demand.
naikkan harga barang, hapus kuasa membeli, reduce spending and increase supply.
bank pedulik apa bisnes gulong tikar. tiap tahun bank tetap untung biliyun.
tugas central bank utk kawal inflasi, justru interest di naikkan.
aku tau sebenarnya bank punya BS saja.
selagi guna fiat money, selagi tu la ada inflasi .
dan inflasi adalah "hidden tax" pada seluruh manosia.
untuk cover currency value yg hilang,
every time gomen PRINTED new paper money, dan masuk dalam money pool.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 6-7-2022 12:38 AM
BNM kata nak naikkan slow2 je. Naikkan bulan ni sekali, nanti september, kemudian sekali dua lagi suku pertama dan kedua 2023. |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh laa yg meminjam.. tp aku mmg padankan muka sapa yg dpt mora ari tu. bangga kan bertahun2 x bayar masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru beli rumah..kalau interest naik lagi sept & tahun depan, agaknya naik berapa % ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|