CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 2

[Dunia] Selamat 120 anjing daripada jadi hidangan

[Copy link]
Post time 6-7-2022 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Selamat 120 anjing daripada jadi hidangan


ANTARA anjing yang ditemukan di rumah sembelihan haram. FOTO Agensi

Beijing: Lebih 120 anjing diselamatkan pihak berkuasa China dari sebuah rumah penyembelihan haram sebelum ia disembelih untuk dijadikan hidangan.

Portal Independent melaporkan penyelamat berkata, kebanyakan anjing itu memiliki kolar menunjukkan haiwan itu dicuri dari rumah pemiliknya.

Anjing itu meliputi daripada pelbagai baka seperti labrador, huskies, golden retriever dan German shepherd.

Ia adalah antara anjing yang ditemukan apabila aktivis dan pihak berkuasa tempatan menyerbu kemudahan penyembelihan itu di Shaanxi, di utara wilayah tengah China.

Mereka mendapati anjing mati atas lantai, berlumuran darah, di samping menjumpai mesin yang digunakan mencabut bulu haiwan itu.

Kebanyakan haiwan peliharaan yang masih hidup, kelihatan kurus kering dan bernafas dengan tercungap-cungap.

Aktivis menemui timbunan kolar haiwan peliharaan di satu sudut menunjukkan banyak haiwan dicuri dari rumah, jalan dan ladang.

Ziyang Huang dari kumpulan aktivis Vshine berkata, penemuan itu menunjukkan rumah penyembelihan yang mengerikan.

"Anjing yang kami temukan masih hidup kelihatan tertekan tetapi sangat gembira melihat kami.

"Haiwan itu berdiri di sekitar najis sendiri dengan darah dan bulu anjing di sekelilingnya, dan peralatan penyembelihan berhampiran, berkemungkinan menyaksikan anjing dibunuh dan disembelih di depan haiwan itu," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ipada-jadi-hidangan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 09:38 AM | Show all posts
Selalunya diaorang ketuk kepala anjing tu sampai mati. Siapa yang buat tu memang patut ditembak sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:06 AM | Show all posts
mereka bagi makan anjing ubi keledek lepas tu ketuk kepala sampai mati...mereka akan makan perut anjing yg penuh keledek tu...mereka cakap sedap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.310659 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list