View: 2926|Reply: 26
|
[Jenayah]
'Syukur', Yasin Sulaiman lega terlepas hukuman gantung
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 6-7-2022 05:35 PM
PETALING JAYA - Syukur, demikian reaksi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, pada Rabu.
Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.
"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
"Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya," katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.
Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.
"Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.
"Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin," katanya.
Pada Rabu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pas-hukuman-gantung
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu...TERlepas... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi still di dakwa in possession of Ganja.. kan?
minimum 5 tahun dan 10 sebatan.. teruk gak tu
itupun kalau tak kena penjara seumur hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada Rabu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.
kira mcm die x mengedar ke
214g ni tah ke mn2 dh
dh masuk bdn sape2 tah
|
|
|
|
|
|
|
|
Trafficking ganja tu mesti 300 gram kan? Pokok mcm tu banyak baru 200 lebih gram? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam ucapan menang anugerah |
|
|
|
|
|
|
|
Kluster makamah tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by .HannahMontana. at 6-7-2022 05:52 PM
Gunakan peluang yang diberi sebaik mungkin.
Sebelum nak buat jahat fikirkan mak ayah
fikirkan mati
Bila kita fikir mati kita automatik jadi baik xterasa nak buat jahat.
Nabi kata orang yang paling cerdas akalnya di antara kita ialah mereka yang sentiasa fikirkan mati.
Diknah bangga dengan diri Diknah yang bijak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gunakan peluang yang diberi sebaik mungkin.
Kata-kata aku untuk semua kita disini ialah :
Sebelum nak buat jahat fikirkan mak ayah
fikirkan mati
Bila kita fikir mati kita automatik jadi baik xterasa nak buat jahat.
Nabi kata orang yang paling cerdas akalnya di antara kita ialah mereka yang sentiasa fikirkan mati.
Diknah bangga dengan diri Diknah yang bijak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Hargai peluang ni ye yassin. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas duta dan anak apa khabar? Begitu juga N anak vt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mutakhir ini, seringkali kita mendengar keputusan mahkamah melepas tanpa membebas.
Mengapa sebelum ini jarang istilah ini didengari? Biasanya sebelum ini kita mendengar keputusan sama ada bersalah, tidak bersalah atau kes digugurkan. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...kabel anda kuat |
|
|
|
|
|
|
|
cm terpikir yg sama jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
better cas menagih dari mengedar...
menagih jahanam diri sendiri.. mengedar abes punah segala bangsa...
gitew mereka berhujah... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dia akan compose lagu dalam penjara nanti |
|
|
|
|
|
|
|
bila terlepas hukum gantung..sebat smpai 100 sebatan pun ko tak kan rasa apa2 dah
apapun,syukurlahh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah laila
Jangan terpedaya LAGI
Itu semuanya dusta.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|