CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4246|Reply: 42

"Apa Benda Jemput Rempit?"Ramai Tak Puas Hati Haqiem Stopa Datang Sekolah Beri Motivasi Pada Pelajar

[Copy link]
Post time 6-7-2022 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa bulan lepas nama Haqiem Stopa menjadidi perhatian selepas dia diberi kesempatan bertemu dengan Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal dan diberi jolokan ikon permotoran.


Namun ramai yang tak puas hati kerana menganggap Haqiem Stopa hanyalah ‘mat rempit’ memandangkan dia selalu berkongsi konten berkenaan motosikal di TikTok.








Baru-baru ini, Haqiem ada berkongsi rakaman sewaktu hadir ke sekolah lama tempatnya menimba ilmu untuk memberikan motivasi.


Difahamkan, kehadirannya ke sana telah disambut oleh guru bagi memberikan sedikit pesanan dan juga berinteraksi dengan para pelajar serta berkongsi cerita tentang dirinya.





Susulan itu ramai menganggap tindakan tersebut kurang bijak dan mempersoalkan mengapa pihak guru  menerima individu yang dipanggil ‘mat rempit’ untuk memberi ucapan di sekolah.


Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kuro Bikeseller, dia telah menyatakan rasa kurang setuju dengan tindakan menjemput Haqiem Stopa kerana disifatkan tidak membantu kemajuan generasi pun.








Tambahnya, individu seperti itu sepatutnya tidak dipublisitikan dan dijadikan contoh kepada remaja-remaja bimbang mendatangkan pemahaman negatif dalam pemikiran mereka.


Sehubungan dengan perkongsian luahan pengguna Facebook itu, rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan pendapatnya kerana merasakan kehadiran TikToker tersebut ke sekolah agak tidak sesuai melihat daripada konten serta kontroversi sebelum ini.







Mereka juga mempertikaikan apa yang boleh dicontohi daripada pemuda terbabit kerana dia juga digelar ‘mat rempit’ melihat daripada muat naiknya di laman sosial. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sangat dengan rempit...menteri semburit..rasuah pun bebas bagi ceramah motibasi sana sini..janji populer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:23 PM | Show all posts
jangan limitkan diri anda untuk belajar dari siapa....belajarlah walaupun dari monyet atau babi....ambil yg baik buang yg buruk...faham
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo yer2 pon...amik la depa yg terlibat dlm bidang scammer,money laundering ka....boleh la bebudak tu semua berlajar camner nk buat duit...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin almuni sekolah tu..mamat ni yg palaing berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:20 PM | Show all posts
kenal haqiem rusly dgn sheila rusly je


who r yussss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 03:24 PM | Show all posts
Ini lah jadinya bila negara dipimpin oleh para badut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemput la Nicol David, LCW, Azizul, shalin Zulkifli, pandalela renong ke, baru la boleh menjadi inspirasi anak muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So, murid2 tak payah belajar rajin2 ye. Buat je tiktok ke utube ke ig ke supaya dpt jd influencer berjaya dan ke arah jutawan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:36 PM | Show all posts
sape mamat ni?            
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
knp dia jln pakai tongkat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 6-7-2022 02:23 PM
jangan limitkan diri anda untuk belajar dari siapa....belajarlah walaupun dari monyet atau babi....a ...

Wow sis. Ini komen yang bernas sis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah@chazey tak nak jemput ikon rempit jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pantang sungguh aku org letak kaki siap bekasut kt seat moto ke kete ke.....rase nak penteh je kaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Si stopa ni dah bagi explanation kat ig heols. Iols takde la marah stopa ni pergi sekolah ni sebab dia dijemput…. Tapi yang menjemput tu bengap betul ek. Ramai je lagi orang yang dulu kelas belakang, nakal zaman remaja dan berjaya yang boleh dipanggil bagi talk. Consider la sikit apa pekerjaan orang tu sekarang kalau nak panggil pun. Eee bengap la ngo ke, sekolah ke, kementerian ke…
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Who r yusss?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 05:43 PM | Show all posts
Edited by .HannahMontana. at 6-7-2022 05:44 PM

sampai bila kita nak hina orang ?

sampai bila ?

bagi ruang , berilah peluang

ada manusia nasib xbaik permulaan hidup dia xberapa cantik

manusia boleh berubah walaupun xmudah

Janganlah hanya menilai seorang yang dulunya rempit   , besar kemungkinannya seorang rempit kini berjaya belajar sesuatu di sepanjang hidupnya dan menjadi seseorang yang lebih baik dari masa silamnya

Berilah peluang

Kita sepatutnya bukan hanya menjulang yang sentiasa terbaik tetapi hendaklah kita memberi peluang untuk manusia yang memperbaiki diri .

orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal loangsung TETAPI orang yang berjaya ialah orang yang sabar.

sabar bila dihina

sabar bila dirinya di kutuk keji bertubi-tubi

sabar menahan segala ujian dan mengorak langkah dan berjaya melepasi ruang kegagalan suatu masa dulu penyebab diri dia di pandang rempit dan busuk .

BERILAH PELUANG , HIDUP SEBENARNYA SEBUAH PERJUANGAN .
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 06:35 PM | Show all posts
tang ikon tu, dgrla penjelasan dia, korang ni tau kecam aja

https://www.youtube.com/watch?v= ... mStarOnlineMalaysia

tang pi sekolah tu, dgr juge penjelasan dia, ada statement kt tiktok dia
https://www.tiktok.com/@haqiemst ... p;is_from_webapp=v1
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 6-7-2022 05:43 PM
sampai bila kita nak hina orang ?

sampai bila ?

Kau yg selalu hina org tiba2 berubah nada..tapi bagus juga...are u the same hanna?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:21 PM | Show all posts
whorrrryuusssss???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.098182 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list