CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3001|Reply: 33

[Tempatan] Imej 4 anak Harimau Malaya dirakam, suatu harapan baharu

[Copy link]
Post time 6-7-2022 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Imej 4 anak Harimau Malaya dirakam, suatu harapan baharu


Foto ihsan WWF


KUALA LUMPUR: Usaha menangani isu populasi Harimau Malaya menemui harapan baharu susulan penemuan terkini membabitkan hidupan liar yang diancam kepupusan itu, awal tahun ini.

Menerusi imej dikongsikan Tabung Hidupan Liar (WWF), empat anak harimau itu dilihat bersama ibunya dengan tiga di hadapan, manakala seekor lagi di bahagian kanan.

Secara purata, Harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni melahirkan dua hingga empat anak setiap dua tahun.

Haiwan itu juga berupaya bunting lagi dalam tempoh lima bulan, jika semua anak dalam seperinduknya mati.

Keadaan itu perlu mengambil kira sama ada Harimau Malaya betina mendapat pasangan sihat dan mempunyai keadaan sesuai bagi pembiakan.

Sambutan Hari Harimau Global

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim, menyifatkan penemuan spesies itu sebagai perkembangan dialu-alukan, khususnya menjelang sambutan Hari Harimau Global, bulan ini.

"Perkembangan ini memberi harapan baharu untuk menyelamatkan spesis terancam kritikal ini daripada ambang kepupusan susulan populasinya kini kurang daripada 150 ekor di seluruh Semenanjung.

"Justeru, rondaan berterusan sangat penting untuk dilakukan bagi melindungi harimau dan anaknya daripada ancaman pemburu haram dan kehilangan habitat sedia ada," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kurang 150 ekor harimau di hutan

Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menyatakan iltizam kerajaan menangani isu populasi Harimau Malaya di hutan negara yang kini dilapor berjumlah kurang daripada 150 ekor.

Perdana Menteri berkata, Malaysia berdepan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi jika tindakan segera tidak diambil.

Antara faktor kepupusan ialah disebabkan kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perubahan guna tanah, pemburuan serta perdagangan haram, selain penularan virus canine distemper.

Royal Belum seluas 117,500 hektar sesuai untuk harimau

Mengulas penemuan anak harimau itu, Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, Shah Redza Hussein berkata, lokasi berkenaan muncul sebagai habitat sesuai dengan ketersediaan mangsa sebagai makanan, sekali gus membolehkannya membiak.

"Kita memerlukan usaha antipemburuan haram berterusan yang lebih kukuh bagi memastikan anak harimau ini selamat daripada pemburu haram dan mampu bertahan sehingga dewasa.

"Ia memerlukan usaha kolaboratif. Ini adalah bukti harimau masih boleh mendiami semula, jika habitat, makanan dan keselamatan terjamin dengan populasi berdaya maju, walaupun kecil," katanya.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung, pasukan antipemburuan haram WWF-Malaysia dan Unit Peronda Orang Asli Menraq PSPC kerap membuat rondaan di Taman Negeri Royal Belum, meliputi kawasan seluas 117,500 hektar.

Pelaksanaan rondaan yang kerap berjaya mengurangkan kegiatan pemburuan haram kepada hampir 98 peratus.

Undang-undang lebih ketat bagi jenayah hidupan liar juga dijangka berkuat kuasa bulan ini dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 (Akta 716) menjadikan denda maksimum meningkat kepada RM1 juta berbanding RM500,000, bagi pesalah.

Dua lagi kejayaan penting membanteras kegiatan pemburuan haram adalah penubuhan Pasukan Petugas Harimau Kebangsaan, diketuai Perdana Menteri serta penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia.

WWF-Malaysia dengan kerjasama Maybank akan mengadakan Hari Harimau Global dengan tema 'Roar For Life Eco-Festival' dijadual diadakan di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 30 dan 31 Julai ini.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... uatu-harapan-baharu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la pergi tunjuk ...harapan baru kepada pemburu haram.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:21 PM | Show all posts
Perdana Menteri berkata, Malaysia berdepan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi jika tindakan segera tidak diambil.


ironi sgt dgn situasi semasa among politician


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:26 PM | Show all posts


4 ekor cheetah sedang menyeberangi sungai deras
comel2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:49 PM | Show all posts
bangsa etis teori evolusi bestialiti tersenyum hepi

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 03:49 PM | Show all posts
comelnya sampai 4 ekor
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan reveal location nanti tak senang duduk pemburu haram. Put aside effect on biodiversity, tak nak resort to cloning ke? Since banyak haiwan mula pupus. Dengan aktiviti pembalakan & pencerobohan tanah, habitat haiwan pun dah terjejas. Mana dia tak datang meranap rumah acik forum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 6-7-2022 02:26 PM
4 ekor cheetah sedang menyeberangi sungai deras
comel2

Diorg nampak tgh gigih nak menyeberangi... rasa kecian..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Undang-undang lebih ketat bagi jenayah hidupan liar juga dijangka berkuat kuasa bulan ini dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 (Akta 716) menjadikan denda maksimum meningkat kepada RM1 juta berbanding RM500,000, bagi pesalah.


Patut bg hukuman mati jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:28 PM | Show all posts
Wow, byk ank die...moga2 terus dipelihara
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 6-7-2022 04:15 PM
Jangan reveal location nanti tak senang duduk pemburu haram. Put aside effect on biodiversity, tak n ...

Belum rainforest kan kalau set up camera sebegini
Mmg open secret pun
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:40 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 6-7-2022 04:24 PM
Diorg nampak tgh gigih nak menyeberangi... rasa kecian..

itula kesian tgk..gigihnya nk teruskan hidup. cheetah ni terpksa ikut maknya terjun sungai walo diorg tk suka air mcm kucing jugak tapi they can swin very well. ke seberang yg menjanjikan lebih aman dan byk buruan.
location: sungai mara, kenya.

maaf ot..psal rimau malaya sesat ke cheetah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 6-7-2022 04:40 PM
itula kesian tgk..gigihnya nk teruskan hidup. cheetah ni terpksa ikut maknya terjun sungai walo  ...

Alahai.. cian.. mcm single mother pulakk kena jaga anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksud tersirat:
Aktiviti membalak boleh diteruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:36 PM | Show all posts

ya .. sayang tak mesra manusia. kalau tak boleh guling2 atas lantai dgn dia ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 09:42 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-7-2022 09:21 PM
Maksud tersirat:
Aktiviti membalak boleh diteruskan.

ni kat perak. bukan pahang. jadi hutan simpan kat situ agak selamat sikit la berbanding kat negeri balak tuanku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 6-7-2022 09:42 PM
ni kat perak. bukan pahang. jadi hutan simpan kat situ agak selamat sikit la berbanding kat negeri ...

Harimau negeri kita dah berhijrah ke kawasan yg lebih selamat. -MB Pahang.

Oleh yang demikian, dengan ini saya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:57 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-7-2022 09:51 PM
Harimau negeri kita dah berhijrah ke kawasan yg lebih selamat. -MB Pahang.

Oleh yang demikian, de ...

lol. haha. dulu2 mati2 ingat bila sebut hutan simpan ni mmg terpelihara bagai tanah subur gembur2 semut takde sape pijak hantu bebas melepak takde sape kacau memang keras habes nyer kawasan. sekali.. atas kertas je semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel nya tiger cubs
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.491319 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list