CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 6

Dah 10 Hari Tak Balik Rumah, Ibu Rayu Cari Anak Ketujuh, "Dia Lurus Orangnya"

[Copy link]
Post time 6-7-2022 03:06 PM | Show all posts |Read mode
TAMPIN – Seorang ibu memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak ketujuhnya yang hilang sejak Isnin minggu lalu.


Khatijah @ Mariam Yahaya, 84, berkata, anaknya, Abdul Razak Kamarudin, 56, keluar dari rumah kira-kira pukul 2.30 petang dengan membawa tiga batang pancing.


Menurutnya, anaknya itu memang gemar memancing di sungai berhampiran kawasan Gemas, Gemencheh dan Rompin serta kebiasannya akan pulang semula ke rumah pada waktu senja atau malam.




Foto: Kosmo




“Anak saya yang masih bujang ni agak lurus sedikit. Masa umur 20-an dulu dia pernah hilang sampai ke Keratong (Pahang), tapi polis hantarnya pulang ke rumah semula disebabkan semasa dia ditahan polis, dia cakap tak tahu pulang ke rumah.


“Masa hilang tu tak lama hanya dua hari dan saya juga tidak sebimbang hari ini apabila dia tidak pulang-pulang ke rumah.


“Saya tak putus-putus berdoa dan berharap agar semua orang yang hingga hari ini mencari Razak dapat segera menemuinya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Felda Pasir Besar, di sini, tadi.


Sementara itu, Ketua Peneroka, Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Pasir Besar, Abdul Ghani Talib, berkata, laporan polis telah dibuat oleh abang sulong Razak pada Selasa minggu lalu dan dilaporkan Razak keluar dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5 dengan nombor pendaftaran MBX 5840.


Menurutnya, sejak hilang, komuniti setempat serta pihak berkuasa tidak putus-putus mencari Razak dengan menyusuri tepi sungai atau lokasi dia dilihat selalu memancing iaitu di Sungai Muar dan Rompin.


“Tapi kami tak jumpa jejak langsung, malah motosikalnnya juga kami tak jumpa. Oleh itu, kami memohon jasa baik orang ramai untuk menjejaki Razak,” katanya.


Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat boleh melaporkannya ke balai polis terdekat atau menghubungi Abdul Ghani di talian 019-2085316. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 03:09 PM | Show all posts
oku slow learner ni rsnya


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:15 PM | Show all posts
Smoga urusan mkcik ni d prmudahkan oleh ALLAH SWT. Amin2 YRA.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:34 PM | Show all posts
moga dijumpai.......anak yg baik nie kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:52 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan, dan ditemui selamat hendaknya..
kampung lama aku dulu pun pernah ada sorang pakcik macam ni. memang special la.

kadang2 hilang, sesat tak reti balik rumah.
tapi orang kampung kalau nampak, ada je yang tolong hantar
ada tu suruh dia follow motor balik. (dia suka bawak basikal)

tak pun, nanti makcik2 jerit suruh dia tunggu bawah pokok, pastu call family dia jemput
memang baik. lurus. tak kacau orang
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dijumpai dengan selamat & sihat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 05:14 AM | Show all posts
moga dipermudahkan segala urusan keluarga makcik ni
dan hrp anak dia ni akan blk semula ke pangkuan keluarga
dan/atau ditemui oleh polis atau mana2 individu dlm keadaan selamat
terigt kt pakcik kwn dok area Mersing, dia mmg x brp sihat mentalnya
time dia okay nnt dia ke surau atau kedai mkn cam biasa
bila dia tukar jd blur entah mana2 dia pergi lps tu xtaw jln nk blk rumah
pelbagai cara juga anak2 buah buat supaya pakcik diaorg x hilang tp tuelah still kdg MIA dlm sehr dua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.137368 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list