CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 0

[Tempatan] Tindakan pantas elak LRA henti tugas

[Copy link]
Post time 6-7-2022 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan pantas elak LRA henti tugas


Muatan susu getah yang tumpah susulan kemalangan sebuah lori tangki di Kilometer 383.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dari Slim River ke Behrang, hari ini. FOTO IHSAN FB LUAS


Hulu Selangor: Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama agensi berkaitan menghalang pencemaran di Kilometer 383.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dari Slim River ke Behrang, di sini, berjaya mengelakkan Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH) dihenti tugas.

LUAS dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan susu getah pada 6.30 pagi hari ini.

Menurutnya, situasi di lokasi kejadian terkawal susulan PLUS mengambil tindakan kawalan dengan menyekat aliran untuk memastikan lebihan susu getah yang tumpah tidak memasuki longkang berhampiran seterusnya mengalir ke Sungai Behrang.

"LUAS membuat pemeriksaan segera di kawasan kejadian melalui pensampelan dan didapati tiada bahan pencemar (latex) terlepas keluar dari kawalan yang dibuat oleh pihak PLUS.

"LUAS juga menyelaraskan tindakan bersama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak berikutan lokasi insiden berada di sempadan Perak dan melepasi Selangor untuk tindakan pembersihan (kerja-kerja penyedutan) sisa," katanya.

Katanya, kerja pembersihan dilakukan bagi mengelakkan pencemaran lebih besar dan berkemungkinan akan menjejaskan operasi LRA BRH.

"Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang gangguan kepada LRA BRH.

"Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan akan dibuat secara menyeluruh di kawasan terbabit oleh syarikat kontraktor yang dilantik lori tangki yang membawa muatan susu getah itu yang turut dipantau LUAS," katanya.

Sehubungan itu, LUAS akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kesan signifikan kepada sumber air di Selangor.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lak-lra-henti-tugas

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048654 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list