CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 5

[Tempatan] Polis beri amaran kepada para 'kemaruk' konten di kawasan banjir Baling, Kedah

[Copy link]
Post time 7-7-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 7-7-2022 02:50 PM

PETALING JAYA: Polis memberi amaran keras kepada pengguna media sosial yang berkunjung ke kawasan bencana di Baling hanya semata-mata demi “konten”.

Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat, menggambarkan tindakan itu sebagai tidak bermoral.

Katanya, polis mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap individu atau kumpulan yang berkunjung ke lokasi bencana, namun tidak membantu mangsa yang dalam kesusahan.

“Kepada mereka yang mempunyai kepentingan diri tanpa rasa belas ihsan kepada mangsa banjir yang sedang dilanda kesusahan, cukup-cukuplah tuan-tuan menyusahkan pihak berkuasa dengan berlegar-legar di kawasan dilanda musibah ini tanpa sebarang tujuan semata-mata untuk mempopularkan diri.

“Tuan-tuan mengatakan telah berada di tempat musibah dan membantu mangsa banjir, sedangkan tuan-tuan tidak berbuat apa-apa,” katanya menurut Astro Awani.

Shamsudin berkata, polis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata, pihaknya ada menerima rungutan daripada mangsa dan pasukan bertugas bahawa terdapat individu yang datang dan merakam serta mengambil gambar untuk disebarkan di media sosial bagi meraih populariti.

Malah, katanya ada antara mereka yang melakukan perbuatan menyebarkan berita palsu daripada gambar diambil tanpa mengetahui kesahihannya.

Sementara itu, beliau memaklumkan, setakat petang tadi, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Baling menerima lebih 30 permohonan daripada badan bukan kerajaan (NGO), perseorangan dan agensi swasta untuk membantu kerja pembersihan rumah penduduk selain menyalurkan sumbangan kepada penduduk terjejas dalam kejadian kepala air di 12 kampung.

Polis akan memberi kebenaran kepada mereka yang mempunyai surat untuk memasuki kawasan bencana.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/06/bencana-baling-bukan-kawasan-buat-konten-polis-beri-amaran/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 03:09 PM | Show all posts
si abg vavi dah start dipuja2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:50 PM | Show all posts
Dewa sayu Lebit Eww dah sampai blom?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 7-7-2022 10:50 PM
Dewa sayu Lebit Eww dah sampai blom?

Dia tgh buat haji tu.. dia tanya ada saps2 tak nak kirim doa… bebas ye bergetanyangan walaupun tgh ada kes..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:05 PM | Show all posts
nurkasih74 replied at 7-7-2022 10:56 PM
Dia tgh buat haji tu.. dia tanya ada saps2 tak nak kirim doa… bebas ye bergetanyangan walaupun tg ...

nk mencuci dosa laa tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 11:08 PM | Show all posts
surat apenye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058582 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list