CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1615|Reply: 19

[Tempatan] Parental Burnout ancam mental ibu bapa

[Copy link]
Post time 7-7-2022 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Parental Burnout ancam mental ibu bapa

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ut-jaga-anak-kecil/

Oleh ZURAINI BINTI MOHD KHALID
7 Julai 2022, 9:00 am


Keletihan mental dan fizikal akibat tekanan yang berpanjangan, seterusnya menyebabkan seseorang sering ‘bad mood’ atau mudah marah. - Gambar hiasan

RUNGUTAN letih dan penat menjadi ucapan harian yang keluar daripada mulut seorang rakan penulis yang membesarkan dua cahaya matanya yang baru berusia dua dan empat tahun.

Dia yang terpaksa membesarkan anak bersendirian kerana suami bekerja di Jepun sejak lima tahun lalu sering kelelahan dan adakalanya hati kecil wanita itu terdetik rasa menyesal kerana menjadi seorang ibu.

“Hendak berhenti kerja dan mengikuti suami, dia bukanlah kaya mana untuk menampung kehidupan kami anak-beranak.

“Malah, kos hidup di Jepun juga cukup tinggi menyebabkan saya memilih untuk terus me­netap dan bekerja dalam negara bersama anak-anak. Namun, saya sering menangis seorang diri akibat terlalu penat,” ujarnya.

Pakar psikiatri yang juga Pensyarah Kuliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Rozanizam Zakaria berkata, golongan ibu khususnya yang tinggal berjauhan daripada suami lebih cenderung me­ngalami masalah keletihan akibat tugas menjaga anak-anak yang dipikul seorang diri.

“Tekanan yang dihadapi oleh golongan ibu bapa ini adalah di­sebabkan oleh masalah ‘parental burnout’.

“Ia merujuk kepada keletihan mental dan fizikal akibat tekanan yang berpanjangan, seterusnya menyebabkan seseorang sering ‘bad mood’ atau mudah marah, keadaan kesihatan yang merosot dan juga rasa sepi dan kesunyian yang berpanjangan.

“Sama seperti simptom kesihatan mental yang lain, jika ­dibiarkan, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih buruk,” jelasnya.

Mereka yang berisiko untuk mendapat parental burnout adalah golongan ibu muda atau ibu baharu, mereka yang mempu­nyai anak-anak yang masih kecil, ibu bapa dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan yang berbeza dan juga golongan ‘perfectionist’.

Ketiadaan sokongan emosi daripada suami, ahli keluarga dan rakan-rakan juga berpotensi menyebabkan keadaan mental si ibu bertambah buruk dan boleh mengakibatkan golongan itu bertindak luar kawalan.

Contoh paling sering dilihat adalah si ibu yang mengamuk dan memarahi anak di kawasan awam.

Netizen mungkin melihatnya sebagai satu bentuk tindakan yang menjengkelkan, namun ia sebenarnya mungkin adalah je­ritan meminta tolong daripada si ibu.

“Jika anda seorang ibu dan anda sedar bahawa anda sedang burnout, jangan takut untuk meminta bantuan daripada orang sekeliling.

“Cuba perbaiki perspektif terhadap masalah yang dihadapi, sebagai contoh, lihat hikmah dan kebaikan yang datang daripada setiap ujian hidup.

“Selain itu, sebagai orang awam pula, kita perlu memainkan peranan dengan menjadi pendengar dan memberi ruang kepada si ibu untuk berkongsi bebanan mereka,” ujar Rozanizam.

Sebagai netizen juga, usah terlalu cepat menghukum atau mengeji apabila melihat si ibu yang memarahi anak-anak mereka, cuba dekati dan ambil tahu punca si ibu berkelakuan sedemikian dan meninggikan sifat empati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 01:19 PM | Show all posts
sapa suh beranak tiap2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-7-2022 01:19 PM
sapa suh beranak tiap2 tahun

Oh sis kitty. Akak baharu je nak komen yang sama sis. Kau dah komen dulu sis. Kohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:25 PM | Show all posts
pooh~key replied at 7-7-2022 01:23 PM
Oh sis kitty. Akak baharu je nak komen yang sama sis. Kau dah komen dulu sis. Kohkohkohkoh.

kannnn... sila jahit puhkey deme tu hakak pookey oiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg iye pung...
Sebab tanggung sorang2 kan.laki jauh plak tu...
Tu yang ada guru dukalara tu   
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-7-2022 01:25 PM
kannnn... sila jahit puhkey deme tu hakak pookey oiii

Kohkohkohkohkohkoh sis…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-7-2022 01:26 PM
Mmg iye pung...
Sebab tanggung sorang2 kan.laki jauh plak tu...
Tu yang ada guru dukalara tu

Cikgu2 lemah. Nk quit kjer gomen x berani , so desak2 gov jela
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena jarak kan kehamilan..
Itu terbaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 ni patut diberi kesedaran dari ibu bapa kita sendiri yg tanggungjawab bukan benda senang. Then kita boleh decide sanggup ke tak jadi mak bapak. Tapi sebaliknya org lain yg menyibuk bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak, anak kau tak kawin lagi ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:29 PM | Show all posts
mayakaren replied at 7-7-2022 02:03 PM
Benda2 ni patut diberi kesedaran dari ibu bapa kita sendiri yg tanggungjawab bukan benda senang. The ...

Yang takut sangat kata kata orang tu kenapakah?
tanya balik pada mereka "bila nak mati?"
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 7-7-2022 01:47 PM
Cikgu2 lemah. Nk quit kjer gomen x berani , so desak2 gov jela

Mcmana nak quit
Personal loan dah berapa dah.
Kete lagi..
Loan lppsa lagi..

Terpaksa mengadap juaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak itu pilihan. Bila dah rasa nak ada anak, kenalah fikir akan segala consequences nya. Buat anak ni sekejap sahaja, tanggungjawabnya sepanjang hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau buat anak jaga elok2 sister2 oiii…. Jangan nanti dah besar anak tu jadi macam landak obses jubo dekkkk….. yihh dekk!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mayakaren replied at 7-7-2022 02:03 PM
Benda2 ni patut diberi kesedaran dari ibu bapa kita sendiri yg tanggungjawab bukan benda senang. The ...

I x pernah ditanya org..hehe. agaknya air muka cengeh..org pun x berani tanya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lempang aja laki
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat anak2 jadi mangsa. Kalau rasa x mampu kawal emosi jgn sibuk nak ada anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau single parent, anak 2 3 orang memang letih la. My friend single parent anak 2. Tapi mungkin sebab dia pun berjawatan tinggi, gaji pun dah besar, so tiada kekangan dari segi kewangan. She workaholic and enjoy cooking, and bila balik lewat, order makanan delivery. So pada I, kalau tiada masalah kewangan, even single mom or dad pun boleh rileks besarkan anak anak sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:44 PM | Show all posts
jgn beranak ramai2..lepas tu 10 thn sorg sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 05:25 AM | Show all posts
Memang penat anak kecil, lagi jika suami, isteri kerja dan merantau jauh, tiada family rapat boleh tolong
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 12-7-2022 05:25 AM
Memang penat anak kecil, lagi jika suami, isteri kerja dan merantau jauh, tiada family rapat boleh t ...

Family tukang tanya je..bila ko nk tambah anak joyah? 2 org je ke anak ko? Tgk adik ko dah 6 org anak dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.127100 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list