CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 6

[Tempatan] Benarkah 2022 tahun dijangkiti semula COVID-19, pakar jelaskan

[Copy link]
Post time 7-7-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Benarkah 2022 tahun dijangkiti semula COVID-19, pakar jelaskan


Foto fail NSTP



PUTRAJAYA: Pakar kesihatan menyifatkan 2022 sebagai tahun dijangkiti semula dengan wabak COVID-19 berikutan pengesanan varian membimbangkan Omicron BA.4 dan BA.5.

Pakar Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya, Prof Dr Noran Naqiah Mohd Hairi, berkata terdapat ramai individu dijangkiti semula kali kedua atau ketiga.

Katanya, jumlah itu akan terus bertambah terutamanya dengan penularan Omicron varian BA.4 dan BA.5 dan berkemungkinan untuk dijangkiti semula dengan salah satu varian Omicron bagi setiap dua hingga tiga minggu boleh berlaku.

"Omicron varian BA.4 dan BA.5 adalah lebih berjangkit daripada varian dan subvarian COVID-19 sebelumnya. Malah ia lebih berupaya mencegah pertahanan imun yang disebabkan oleh vaksin atau oleh jangkitan semula jadi.

"Disebabkan itu, walaupun seseorang itu sudah dijangkiti oleh Omicron sebelum ini, mereka masih boleh dijangkiti sekali lagi dengan Omicron varian BA.4 atau BA.5.

"Penularan COVID-19 bukan seperti selesema kerana setiap jangkitan boleh menjejaskan sistem imun seseorang individu. Malah, risiko long COVID juga meningkat dengan setiap jangkitan.

"Jangkitan semula memudaratkan sistem imun badan dan meningkatkan risiko kemasukan ke hospital serta kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil ringan jangkitan akibat wabak COVID-19 memandangkan dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 kini merebak dengan pantas.

Beliau berkata, kini lebih 110 negara sudah merekodkan peningkatan kes COVID-19 yang didorong oleh dua subvarian berkenaan.

Katanya, selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia turut mengalami peningkatan kes.

Dalam pada itu, Dr Noran berkata sekiranya bilangan kes terus menunjukkan peningkatan, ia akan menyebabkan kemasukan ke hospital dan berkemungkinan jumlah kematian turut meningkat.

"Berapa banyak kemasukan ke hospital atau kematian yang akan berlaku, ia tidak dapat dipastikan. Tetapi adakah ianya akan menjadi seperti gelombang Delta (2021) atau gelombang Omicron pada awal tahun ini?

"Apa yang dilihat kini juga adalah, dengan setiap jangkitan COVID-19, ianya tidak memberikan imuniti. Bukti terkini menunjukkan bahawa jangkitan kedua akan menggandakan risiko kematian, pembekuan darah dan kerosakan paru-paru.

"Ia juga meningkatkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak tiga kali ganda, dengan kemungkinan gelombang kes baharu yang semakin meningkat, saya menggesa orang ramai untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga.

"Elakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti. Pastikan pelitup muka sentiasa digunakan. Pengudaraan dan penapisan yang lebih baik di sekolah dan tempat kerja. Elakkan dari berada di kawasan yang sesak. Pastikan vaksinasi anda lengkap. Sekiranya tidak sihat lakukan ujian COVID-19," katanya.

Tambahnya, penularan COVID-19 bulan seperti selsema kerana setiap jangkitan boleh menjejaskan sistem imun seseorang individu. Malah, risiko long COVID juga meningkat dengan setiap jangkitan.

"Jangkitan semula memudaratkan sistem imun badan dan meningkatkan risiko kemasukan ke hospital serta kematian," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... d-19-pakar-jelaskan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes semua negara naik..malaysia pon sama kes naik saing saing dgn harga barang
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:23 PM | Show all posts
semua kita pasti 6 kaki ke bawah jua suatu hari nanti ataupun eosk hari xpun minggu depan , bulan depan , atau di tahun tahun mendatang


harap kita semua masih bersyumul berforum di alam barzakh kelak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:24 PM | Show all posts
kepada siapa yang so called pakar sangat tuuuuuuuuuuuuuuu


Diknah ciskan saja kata-kata mereka dengan cissssss  kebabian


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:33 PM | Show all posts
serabut la segala jadah virus ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:35 PM | Show all posts
Raya di rumah aje la kalau tiada apa-apa urusan di luar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 05:23 PM | Show all posts
oo ye ke...entah la labu...tawakkal pda Allah sajah...
kalau kena...kuarantin je la dalam ghumah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077927 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list