CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1934|Reply: 24

Nak Suruh Diam, Bagi Anak Main Gajet Tak Berhenti Sampai Mata Juling- Sekarang Baru Ibu Menyesal

[Copy link]
Post time 7-7-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Penggunaan gajet di usia kanak-kanak ternyata memberi pelbagai kesan sampingan termasuk mengakibatkan masalah juling kronik.


Berdepan dengan situasi tersebut, Nurul Afeizah berkata, dia sama sekali tidak menyangka anak sulungnya yang baru berumur lima tahun akan mengalami masalah akibat penggunaan telefon bimbit.


Menurutnya, Luth Harraz Mohamad Fazrin sudah didedahkan dengan gajet seawal usianya dua tahun.




Foto: mStar




“Luth normal seperti kanak-kanak lain sejak lahir. Tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kebanyakan masa berada di rumah... jadi dia hanya bermain telefon dan menonton televisyen sahaja,” ujar anak kelahiran Ipoh, Perak itu.


Mengakui kesilapannya kerana memberikan telefon terlalu awal pada anak, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bertindak sedemikian bagi membolehkan anaknya duduk diam dan tidak mengganggu dirinya serta suami yang sibuk bekerja.


Tambahan pula katanya, semasa PKP, suaminya antara individu yang hilang pendapatan kerana tidak dapat bekerja.


“Saya dan suami terlampau sibuk nak cari duit masa tu, jadi terabaikan anak... dan begitulah kesannya kepada Luth,” luahnya sedih.


Foto: mStar









Bercerita tentang keadaan anaknya itu, dia pada awalnya menyangka Luth hanya bergurau dengan membuat mata juling.


“Bermula tahun lepas lagi, tapi saya tak perasan yang matanya juling kerana menyangkakan Luth hanya bermain. Pada masa itu, memang selalu marah dia sebab buat mata juling.


“Disebabkan selalu dimarah, dia jadi stres dan nyatakan ia bukan sengaja dilakukan sebaliknya memang mata seperti itu.


“Semasa balik ke rumah nenek dia pun, ramai yang tegur tentang matanya sebab nampak juling. Sebagai ibu, saya rasa tak selesa apabila ramai yang tegur mata anak seperti itu.


“Mula tahun ini, apabila dia kembali bersekolah... mungkin banyak fokus guna mata kerana banyak menulis dan sebagainya, julingnya menjadi semakin teruk sehinggakan mata hitam boleh hilang di sebalik pangkal hidung,” luahnya yang kemudian meneruskan rawatan mata untuk Luth.




Foto: mStar









Menurutnya yang juga penghidap kanser, dia tidak mahu anaknya berdepan dengan masalah kesihatan atau perkara memudaratkan apabila sudah dewasa.


Bayangkan apabila dia masuk sekolah, mesti rakan-rakan akan mengejek mata juling kepadanya.


“Doktor pun ada menyatakan bahawa jika tidak dirawat dari awal, matanya akan kekal juling.


“Jadi, rawatan bermula awal Januari lalu. Disebabkan Ipoh tidak mempunyai pakar mata bagi kes juling, kes berkaitan Luth dirujuk pada Kuala Lumpur sehingga mendapat pengesahan untuk melakukan pembedahan.


“Walaupun dimaklumkan bahawa ia tidak akan pulih 100 peratus seperti asal, namun saya bersyukur yang mata Luth masih boleh dirawat. Tapi Luth perlu sentiasa memakai cermin mata untuk menonton televisyen mahupun belajar untuk tempoh tiga tahun,” jelasnya yang mempunyai tiga orang anak.




Foto: mStar







Enggan nasib sama menimpa kanak-kanak lain, Afeizah meminta ibu bapa supaya tidak mempunyai sikap penting diri seperti yang pernah dilakukannya kepada Luth.


Malah katanya, sikap yang diamalkan itu tidak memberi kesenangan pada dirinya sebaliknya hanya memudaratkan anak-anak.


“Bila saya kongsikan kisah berkenaan Luth di media sosial, rupanya ramai ibu bapa yang menyatakan perkara sama berlaku terhadap anak mereka... jadi saya rasa, ibu bapa tidak sepatutnya penting diri kerana anak akan menjadi mangsa.


“Saya harap ibu bapa yang lain boleh ambil pengajaran dengan apa yang berlaku pada saya dan anak.


“Biar anak nak nakal atau menyepahkan rumah, yang penting tidak memudaratkan. Sebelum ini saya bimbang rumah bersepah dan perkara buruk kepadanya jadi memilih untuk memberi gajet kepada anak... iyalah, apabila dia main telefon, saya tidak perlu menjerit marah dia serta tidak penat,” katanya lagi.


Afeizah juga berharap anak-anak diberikan gajet pada usia yang sesuai bagi mengelakkan mereka ketinggalan zaman berikutan era sekarang menggunakan teknologi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 12:26 PM | Show all posts
husband selalu gak bg tepon kat anak,a alasan x nak anak ketinggalan.. iols jwb, dia kecik lagi ape yg di ank belajar dari gajet? bila tiba masa, dia akan belajar guna laptop, telefon, etc. now x perlu sb usia mcm dia buka npenting pandai tekan youtube atas alasan belajar spt yg dibanggakan mak pak now.

so anak x tertarik ngn fon utk masa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 12:50 PM | Show all posts
padan muka si ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:00 PM | Show all posts
susah sgtke nak bg anak kertas, crayon utk dia conteng? bagi 2 benda tu nanti dia sibuk sendiri la xyah gajet2
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:16 PM | Show all posts
Edited by Pixie902 at 7-7-2022 01:18 PM

Jadi ibu bapa ni jgn lah taksub sgt nak rumah kemas sentiasa...sampai anak tak boleh buat apa dlm rumah.
Biar la anak bermain permainan sesuai, melukis ke dsb...pantau jer la...
Yg penting jaga kebersihan bukan kekemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:17 PM | Show all posts
Edited by Pixie902 at 7-7-2022 01:19 PM

Kesian sampai juling teruk budak tu...
Harap boleh pulih...walau pun kata dr tak sepenuhnya..
Menyesal pun tak guna...nasi dah jadi bubur.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm...mmg skang gitu lah
Nak makan..suap utube
Nak diam..suap utube...
Tak salah tapi berpada2 ya ...
Kesian kat anak tu nnt
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:26 PM | Show all posts
Dah kita pun dok hadap gajet depan anak2 kan, tu dia pun ketegaq nak benda sama. I bagi jah dia casing fon tu hah. Senyap juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
alahaii kesiannye bdk ni. sampai mcm tu jadinye. hrp dpt la kembali pulih mcm biase.

kalau pegi kedai makan. mcm majority bebdk dlm tu pegang tepon. ermm tahla.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:35 PM | Show all posts
kesian sungguh....tp i paham la jugak mak bapak bz..bukan senang WFH sambil jaga anak...penat..bukan sekadar bg crayon anak tak kacau...kita meeting nk buat report lg...mmg takdan nak layan...staunya yg buat dia diam adalah bg phone and tv...

kita as mak pun,mulut kita kena mcm murai la...eh dah sejam..stop3...psg parental ctrl etc...yg ade duit ckit, amik maid better...or buat bisnes je mcm jual2 food, before anak bangun dah kene setel semua..

Not easy tp tiap mende ada cara to solve.apepun kita kena amik teladan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:42 PM | Show all posts
Edited by She-Ra at 7-7-2022 01:44 PM

alaahaiii.. moga Allah kurniakan kesembuhan

iols kalau kt kg, mmg anak2 buah ngadap fon skali sekala je kecuali yg dh beso panjang (form uni collage) dh ada fon sendiri khen
byk ajak & ajar dorg main permainan luar & dlm rumah
waktu pagi/ptg kalau dh tak panas sgt, main la baling selipar ke, galah panjang ke, tengteng ke, panjat pokok ke, mancing, main basikal dll

waktu panas tengahari, dlm rumah main nyorok2, saidina, sahibba, game dam ular

dorang pun ok je.. lg suka main luar rumah

kalau takde benda nk buat atau dh bosan sgt.. layan la movie yg sama sampai lebam.. frozen, annabelle, conjuring, spiderman, upin ipin, agent ali dll..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 7-7-2022 01:26 PM
Dah kita pun dok hadap gajet depan anak2 kan, tu dia pun ketegaq nak benda sama. I bagi jah dia casi ...

Sian anak ko.. juling menekan u tube tetap takvkuar.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:14 PM | Show all posts
kalau kau tak ready nak hadap kerenah budak, tak payah la beranak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank si dianz ponder terpaling tu pon juling gini gk

Akibat mak 24/7 asik main gadget je
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:16 PM | Show all posts
hmm dah sampai strabismus. bahay ni. tak palah , dah dirawat kan, so semoga dimudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:39 PM | Show all posts
didedahkan dengan gajet seawal usianya dua tahun


tudia... smapi mata pun leh juling, parent nowdayskan, bkn boleh tegur...

ptt budak besar tu mak kena layan, biar dia meneroka sndiri, baru motor skill dia kuat.. bkn bg henpon .. yg mak tu bz sgt ke nk layan anak, kening sempat pulak buat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mau plak nioh ank dia hadap nset 24/7..senang reja lagu tu...mata ank terkeluaq pun xdak Hal yaa dak...janji ank xbising..xmelalak..xsepahkan rumah..xbergaduh..bercekau
Ank aii bukan tgk nset..dia bukak ja yt tu..janji ada suara..kerja sepah rumah..conteng dinding..begaduh jalan mcm biasa
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 7-7-2022 01:00 PM
susah sgtke nak bg anak kertas, crayon utk dia conteng? bagi 2 benda tu nanti dia sibuk sendiri la x ...

tnak anak conteng dinding rumahhhh.. gitu agaknya..btw, dah ada anak kecik, cat rumah kena tukar, anak-anak boleh conteng kat dinding.. nanti,gotong royong la cuci sama-sama dengan anak.. tapi,dh memasing pun malas bg la gadget
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau x di bagi dorang mana reti...subscribe je Astro Ceria bukak sepanjang hari...aku dulu mmg spent byk beli DVD siri2 Ultraman...dan segala mak nenek superhero power rangers etc mainan lagi berbakul2.
mmg dorang occupied...dari tgk tv...dvd..toys...buku warna2...parents skrg semua nak short cut...akhirnya sendiri juga susah




Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols anak dah umo 10 tahun x bagi hp. Tapi tu la atok dia bijak pandai pi bagi...addicted ya. Gedebak gedebuk meols nego guna hp sabtu ahad je. Alhamdulillah dgr ckp (wpon drama air mata la seblum tu).
Kalau pegi mkn kat kdai....dari dia bebel bila la makanan nak siap...meols ajak dia baca buku. Lantak la skema ke apa ke kan...meols mmg nak jaga anak cara lama. Sayang...Allah bagi anak tu sempurna kejadian nya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.243873 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list