View: 1060|Reply: 7
|
[Tempatan]
'...sampai ke puncak tiada pokok balak'
[Copy link]
|
|
'...sampai ke puncak tiada pokok balak'
Kolam takungan ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas yang dirakamkan oleh penduduk kampung pada penghujung tahun 2021. - Foto ihsan penduduk
KULIM: Syarikat yang membangunkan ladang di puncak Gunung Inas, Baling, berkemungkinan tidak membuat laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) sebelum melaksanakan projek tanaman durian Musang King.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kelulusan EIA adalah ketat termasuk terdapat syarat bahawa projek pembangunan di paras ketinggian lebih 300 meter dari aras laut adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Jelasnya, kerajaan negeri ketika ini juga tidak pasti bagaimana projek terbabit mendapat kebenaran dilaksanakan menyebabkan beliau mengarahkan agar ia diberhentikan segera pada Julai 2020.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
"Saya rasa setiap ladang hutan sepatutnya ada (laporan) EIA, macam mana EIA boleh lepas? Dulu ada ketetapan dalam undang-undang bahawa mana-mana tanah yang lebih 1,000 kaki (304 meter) pokok tidak boleh tebang atau disentuh.
"Tetapi dalam lawatan saya semalam, sampai ke puncak tiada pokok balak, yang ada pokok biasa. Penerokaan itu berlaku sampai ke atas, perkara ini perlu dijelaskan jabatan terbabit.
"Saya tidak tahu (bagaimana kelulusan) diberi pada ladang hutan, patut kena ada EIA. Macam-macam syarat ditetapkan dalam kelulusan itu sepatutnya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Meletak Batu Asas Pembinaan Kilang Infineon Technologies di sini, hari ini.
Muhammad Sanusi memaklumkan, kerajaan negeri pada 2007 memberi kelulusan kepada Aman Mega Sdn Bhd bagi membangunkan tanaman getah, namun syarikat terbabit gagal meneruskan projek berkenaan pada 2008.
"Ketika itu, Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) berpendirian syarikat terbabit tidak berhak ke atas kayu balak yang ditebangnya maka menyebabkan dia (Aman Mega) lari sebelum Kedah Agro sempat tanam getah seluas 161 hektar.
"Pada 2013 kerajaan negeri berubah lagi dan tanaman getah dihentikan dan pemilikan tanah bertukar-tukar dengan syarat ia dibangunkan secara usaha sama bersama Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang mendapat bayaran tertentu.
"Kita perlu periksa terlebih dahulu nama syarikat terkini yang memiliki tanah dan membuat ladang durian Musang King kerana ini benda lama dan berubah-ubah," katanya.
Mengulas mengenai cadangan agar kerajaan negeri menubuhkan suruhanjaya siasatan bencana kepala air Gunung Inas, beliau berpendapat ia tidak perlu dibuat kerana agensi dan jabatan berkaitan sedang menyediakan laporan mereka.
"Kita ada agensi dan jabatan yang sedang buat laporan kejadian, kena tunggu laporan dahulu. Contoh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah kemuka laporan taburan hujan sangat tinggi, tetapi perkara teknikal ini orang ramai tidak faham.
"Ini menyebabkan timbul banyak andaian dan spekulasi sehingga mengaitkan perkara ini kepada isu politik. Kejadian ini sebenarnya adalah isu alam sekitar, pengurusan dan kelulusan yang tidak ambil kira (aspek) keselamatan," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... k-tiada-pokok-balak
|
|
|
|
|
|
|
|
gitula..nyawa rakyat diperjudikan..yang kenyang orang berkuasa. rakyat menunggu masa ditimpa bencana |
|
|
|
|
|
|
|
PAS dan balak berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Ok MB Nusi.
I'm with you. |
|
|
|
|
|
|
|
Main rasa2 pulak dia
Bodo betul |
|
|
|
|
|
|
|
syarikat yg lari tu ko x cari pulak ye...ade bukti kan???biaq p lh kes lama ke |
|
|
|
|
|
|
|
Menuju ke puncal gemilang cahaya yang akhirnya sirna.
|
|
|
|
|
|
|
|
xy_daen replied at 7-7-2022 04:15 PM
PAS dan balak berpisah tiada
Sama gak boksit ngan balak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|