View: 679|Reply: 1
|
Laki Bini Tak Menyempat Rempuh Penghadang Jalan Untuk Bercerai
[Copy link]
|
|
Tindakan suami isteri di timur China yang melanggar penghadang di susur keluar lebuh raya kerana mahu bergegas pulang ke kampung untuk bercerai, sebelum pengesahan ujian Covid-19 luput masa, menjadi bahan senda netizen negara itu.
Lelaki bernama Yang dan isteri yang duduk di sebelahnya menggunakan van merempuh penghadang untuk kembali ke kampung halaman lelaki itu di selatan China.
Gambar hiasan
Yang berkata, dia bimbang peraturan ujian Covid-19 yang ketat di China hanya membenarkan mereka dengan keputusan saringan negatif boleh melakukan perjalanan rentas negeri.
Dia berbuat demikian kerana bimbang tempoh kesahihan ujian Covid-19 akan tamat, sebelum sempat sampai ke kampungnya.
Ini kerana dia mahu menceraikan isterinya sebaik tiba di kampung.
Disebabkan tertekan, Yang membuat keputusan untuk melanggar peraturan lalu lintas dan meneruskan pemanduan.
Lelaki itu juga dilaporkan bergaduh dengan isterinya di sepanjang jalan.
Mereka bagaimanapun ditahan di pusat pemeriksaan apabila kakitangan dihubungi polis tempatan yang memaklumkan kejadian.
Tindakan itu mengundang padah apabila Yang terpaksa bekerja di pusat pemeriksaan selama lima jam sebagai hukuman kerana melanggar undang-undang jalan raya.
Yang dilaporkan tenang ketika ditahan, dan selepas kejadian, kembali berbaik semula dengan isterinya dan memutuskan untuk tidak bercerai.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
so sweetnya. mcm drama romantic comedy pula |
|
|
|
|
|
|
| |
|