CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1797|Reply: 18

[Tempatan] Bekas calon bebas DUN Sabah mengaku tidak bersalah hina PM

[Copy link]
Post time 7-7-2022 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Bekas calon bebas DUN Sabah mengaku tidak bersalah hina PM

https://www.utusan.com.my/nasion ... k-bersalah-hina-pm/

Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN
7 Julai 2022, 2:05 pm


Jufazli Shi Ahmad dibawa oleh anggota polis selepas ditahan dengan empat pertuduhan pertuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan termasuk membuat komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO menggunakan aplikasi Tiktok dan Youtube.

Jufazli Shi Ahmad, 33, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak.

Mengikut dua pertuduhan, bekas ahli DAP itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik, telah memuat naik dua video dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker Politik’ pada 23 dan 27 Jun lalu, pukul 3 petang.

Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bagi dua pertuduhan lain, dia didakwa gagal memberi capaian kepada data berkomputer yang disimpan dalam telefon bimbit iaitu gagal memberi kata laluan kepada laman profil Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker’ Politik yang diminta oleh pihak polis.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi pada 5 Julai lalu pukul 12.10 tengah hari dan 3 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah Seksyen 242 akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd. Izhar mencadangkan supaya Jufazli diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira kes itu berkepentingan awam.

“Kami juga memohon perintah larangan kepada OKS supaya tidak membuat kenyataan atau komen berkaitan kes ini, sama ada menerusi media sosial atau cetak, sehingga kes selesai,” katanya.

Bagaimanapun, peguam mewakili Jufazli, Rajsurian Pillai merayu supaya anak guamnnya diikat jamin pada kadar rendah kerana tiada pendapatan tetap.

“Dia mempunyai kes yang sama di Mahkamah Sepang dan prosiding ini masih berlangsung sejak dua tahun lalu,” katanya.

Hakim Nor Hasniah kemudian membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan dia dikehendaki memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan, setelah mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos depan untuk sebutan kes bagi kesemua pertuduhan itu. –UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi. Sampai PDRM pun takleh korek password tiktok heolsz.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Trump tu sebanyak pasir kat dunia ni orang kutuk depan belakang tak pernah dengar siapa2 kena hangkut dek polis mereka yang kena tuduh ganas tu.

Negara ni..... tak boleh langsung nak kritik pemimpin. Ingat nabi ke insan kamil?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 02:45 PM | Show all posts
PM jerrrrr pun... baideway sejak2 abahcow n mael penyu jd piyem iols dh x rs dah jawatan piyem Malaysia ni something yg exclusive n sapa2 yg jd piyem tu kita patut look up to, abahcow n mael penyu buat jawatan piyem tu mcm nothing jah.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:19 PM | Show all posts

Jufazli bebas dengan ikat jamin sebanyak RM14 ribu selepas gadai emas

Edited by FOTHER-MUCKER at 7-7-2022 06:21 AM

Hina PM, aktivis politik dibebas dengan ikat jamin RM14,000[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]Aktivis politik, Jufazli Shi Ahmad didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seorang aktivis politik, Jufazli Shi Ahmad dibebaskan dengan ikat jamin RM14,000 hari ini.

Jufazli yang merupakan bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat, Sabah dituduh atas kesalahan membuat komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan terpaksa menggadai emas kerana tidak cukup wang untuk membayar wang jaminan.

Menurut laporan, peguam mewakili Jufazli, Rajsurian Pillai memaklumkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan anak guamnya diikat hamin dan sudah keluar daripada lokap pukul empat petang tadi setelah penjamin yang juga adiknya menyelesaikan bayaran berkenaan.

Rajsurian berkata, penjamin menyelesaikan bayaran dengan terpaksa menggadai barang kemas selain wang tambahan daripada ahli keluarga setelah nilai gadaian tidak mencapai kadar ikat jamin ditetapkan.

“Jurubahasa mahkamah sahkan Jufazli sudah diikat jamin dan keluar petang tadi. Pagi tadi, adik dia pergi pajak gadai emas. Selepas itu, bakinya penjamin minta dengan ahli keluarga lain.

“Lewat petang semalam pegawai-pegawai penyiasat daripada Bukit Aman maklum Jufazli dituduh hari ini.

Jadi, saya suruh ahli keluarganya sediakan antara RM10,000 hingga RM15,000 duit jaminan.

“Buat masa ini, pihak pembelaan menunggu dokumen daripada pihak pendakwa raya dahulu dan akan memikirkan tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Utusan.

Pagi tadi, Jufazli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan termasuk membuat komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO menggunakan aplikasi Tiktok dan Youtube.

Mengikut dua pertuduhan pertama, bekas ahli DAP itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik, telah memuat naik dua video dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker Politik’ pada 23 dan 27 Jun lalu, pukul 3 petang.

Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bagi dua pertuduhan lain, dia didakwa gagal memberi capaian kepada data berkomputer yang disimpan dalam telefon bimbit iaitu gagal memberi kata laluan kepada laman profil Tik Tok atas nama ‘King Maker’ dan YouTube ‘King Maker Politik’ yang diminta oleh pihak polis.

Pada 2019, Jufazli pernah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung ‘serangannya’ terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menuduh melakukan pelbagai jenayah termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pemuda berasal dari Semporna itu pernah menyiarkan videonya secara langsung di Facebooknya menunjukkan empat anggota polis cuba menahannya pukul empat pagi di Cheras.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts

Video 23 Jun 2022

Edited by tumpanglalu74 at 8-7-2022 07:58 AM

Oh rupenye Pak Mael hati tisu tak tahan kene kutok..  Nah ye warge forum, korang pulak tonton:


https://youtu.be/n-oDFGJnNMo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2022 01:41 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 7-7-2022 08:25 AM
Oh rupenye Pak Mael hati tisu tak tahan kene kutok..  Nah ye warge forum, korang pulak tonton:

Terima kasih!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 01:49 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 7-7-2022 08:25 AM
Oh rupenye Pak Mael hati tisu tak tahan kene kutok..  Nah ye warge forum, korang pulak tonton:

Di Sebabkan ramai sangat menteri jadi politicians hanya untuk kayakan mereka sendiri dan menggunakan status vvip untuk di hormati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-7-2022 02:25 AM
Oh rupenye Pak Mael hati tisu tak tahan kene kutok..  Nah ye warge forum, korang pulak tonton:



Patut senyap lately..rupanya kena tangkap..Sian julpadli ni..nk tegakkan kebenaran punyala pyh...

Smpi kena bgolok gadai..

Semoga Allah melindungimu...

We need more julpadli in our politics..

Klu ada donation link bgtau..kaka nk derma..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Betulla apa dia ckp

Itu hari ayam gemok2 tetibe byk lps harga naik

Nk tunggu org politik ckp kebenaran mmg taklaaaa

Semoga julpadli ni dipmudahkn urusan sbb berani tgkkn kebenaran..aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
  dulu Trump berbakul bakul hinaan dan kritikan..meme pun banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:01 AM | Show all posts

Memang Kesian

Normabaru replied at 8-7-2022 03:29 AM
Patut senyap lately..rupanya kena tangkap..Sian julpadli ni..nk tegakkan kebenaran punyala pyh...
...

Video2 27 Jun 2022:


https://www.youtube.com/watch?v=rfamAD1M-Cs


https://www.youtube.com/watch?v=yX9imBUz2FA

Yang bawah ni tak payah tengok le dia tak berbaju, pasang audio je cukop.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-7-2022 10:01 AM
Video2 27 Jun 2022:



Kaka kagum dia boleh ckp fakta n cakap panjang berjela berulang2 kali



Kalau dh menteri sume xguna..dia naik jadi pm pon kaka sokong.lols
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kawen rupanya dia nih.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp mahal sgt ikat jaminnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg tak paham. Kita kene bayar mahal brg keluaran negara sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:07 AM | Show all posts
When exposing a crime is treated as committing a crime, you are being ruled by criminals
Tq.

Bagus ni untuk difikir bersama. Cuma barangkali orang boleh kata fitnah jer semua tu, terus saman fitnah ...

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 11:03 AM | Show all posts
apa yang julpadli cakap ni selari dgn penganalisis ZRA ni..
[youtube]extY2jLLzG0[/youtube]

yang kaya akan menindas org miskin kaw2 lepas ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.100742 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list