View: 1704|Reply: 15
|
Tawar Diri Untuk Berperang, Model Cantik Mati Terkena Bedilan Misil
[Copy link]
|
|
KIEV – Seorang model Brazil yang menawarkan diri untuk berperang bersama tentera Ukraine dilaporkan mati akibat serangan peluru berpandu Russia, lapor laman berita Wion News.
Thalita do Valle yang merupakan seorang bekas model berusia 39 tahun, baru berada di Ukraine selama tiga minggu untuk menyertai skuad penembak tepat.
Pada 30 Jun lalu, sebuah peluru berpandu Russia mengenai rantau Kharkiv iaitu lokasi di mana Thalita bersama-sama sekumpulan askar Ukraine sedang dalam misi untuk menyelamatkan penduduk di sebuah kampung.
Foto: IG
Peluru berpandu itu mengenai kubu mereka, lapor akhbar The Sun.
Serangan peluru berpandu itu turut membunuh bekas anggota tentera Brazil, Douglas Burigo, 40, yang kembali ke kubu untuk mencari wanita itu.
Thalita ialah satu-satunya orang yang tertinggal selepas serangan peluru berpandu pertama, kata beberapa pejuang lain.
“Dia ialah seorang wira dan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan nyawa dalam misi kemanusiaan,” kata abang Thalita, Theo Rodrigo Viera kepada saluran berita Brazil, UOL.
Thalita yang sebelum ini menetap di kota raya Sao Paulo adalah seorang bekas pelakon kanak-kanak dan bekerja sebagai model pada usia 18 tahun.
Dia juga belajar dalam jurusan undang-undang selain menjadi aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif mempertahankan hak haiwan, kata keluarganya.
Thalita mendapat latihan sebagai penembak tepat semasa menyertai pasukan Pashmerga iaitu militia puak Kurdis di wilayah Kurdistan, Iraq, demikian menurut laman news.com.au. Dia pernah menyertai misi kemanusiaan di seluruh dunia dan turut berperang menentang militan Daesh di Iraq. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kalau islam mati syahid dah |
|
|
|
|
|
|
|
Terpelajar ada kerjaya tapi nak juga ke medan perang untuk tolong orang. Memang ada manusia yang sukar difahami.. |
|
|
|
|
|
|
|
plywood: Terpelajar ada kerjaya tapi nak juga ke medan perang untuk tolong orang. Memang ada manusia yang sukar difahami..
sebab position dia kat maskman. maskman ni duduk diam diam je nyorok x gerak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Igt senang ke nk jadi askar..ni bukan main polis sentri One 2jaga.. minah ni salah faham..
Klu keje bidang lain..stay ajala kt situ..ni bukan kepakaran kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 8-7-2022 12:27 PM
Igt senang ke nk jadi askar..ni bukan main polis sentri One 2jaga.. minah ni salah faham..
Klu keje ...
Dia ada pengalaman kan kat iraq sebab tu nak join bantu ukraine |
|
|
|
|
|
|
|
Dia terkorban demi mempertahankan negara UKRAINE. pejuang sejati. GOD bless you. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia terkorban demi mempertahankan negara UKRAINE. pejuang sejati. GOD bless you. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 8-7-2022 04:27 AM
Igt senang ke nk jadi askar..ni bukan main polis sentri One 2jaga.. minah ni salah faham..
Klu keje ...
Ko tak baca perenggan akhir ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bio la dia mati buat bende yg dia suka, which is menolong org. Tak sia2 hidup yah beauty inside out. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa n baik hati..
Patut jadi miss world
Yg miss world sedia ada buat apa skrg?
Misi keamanan la misi tlg org miskin la sume on paper ja..reality nya senduuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Huh! Org buat benda baik pun kena kecam
Dah malas membaca, setakat baca tajuk je pastu xsabo2 nak komen |
|
|
|
|
|
|
|
Retis2 pompuan Mulayu Melesia ttap lh dgn crita khwin, laki & ank. |
|
|
|
|
|
|
|
Suke baca ttg dia.. lebih lagi suke tolong binatang.. wpun ko kapirun tp aku tetap suke akan pengakhiran mu.. baiknya hatimu.. |
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 8-7-2022 11:28 AM
kalau islam mati syahid dah
Tu diaaaaa allah dah turunkan wahyu kat rosedemon dekkkk….. aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan allah, aku naik saksi rosedemon adalah pesuruh-Nya, dekkkkkk. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah serang russia. Putin punca harga minyak masak,ayam dan telur naik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|