CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 936|Reply: 3

[Tempatan] Visa Furada bukan jaminan tunaikan haji | Bakal jemaah haji dinasihat berhati-hati...

[Copy link]
Post time 8-7-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode
MAKKAH: Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penawaran visa furada dengan pakej yang boleh mencecah lebih RM50,000, namun tiada sebarang jaminan visa haji diluluskan kepada pemohon.

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperoleh Tabung Haji (TH).

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sehingga kini, Arab Saudi tidak memaklumkan mengenai pengeluaran visa furada musim haji 1443H/2022M dan mereka yang telah membuat pembayaran perlu lebih berhati-hati.

Beliau menegaskan, TH sering mengingatkan risiko haji furada, apatah lagi dengan senario musim haji tahun ini yang menyaksikan pelbagai syarat ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi juga mengehadkan hanya sejuta umat Islam menunaikan ibadah haji, iaitu 85 peratus jemaah dari luar negara itu dan 15 peratus lagi khusus untuk mereka yang tinggal di negara berkenaan, namun perlu mendapatkan permit serta melanggan pakej disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

"Arab Saudi menawarkan dua pakej kepada rakyat tempatan untuk menunaikan ibadah haji. Pakej ini dalam lingkungan harga RM11,000 hingga RM14,000.

"Saya harap kita faham situasi ini dan Kerajaan Arab Saudi juga telah menyatakan supaya kita harus berhati-hati kerana memang ada pihak tertentu yang menawarkan pakej haji palsu.

"Ini berlaku secara peringkat antarabangsa dan di Malaysia, kita juga dapati ada agensi yang bukan dilesenkan dan tidak diiktiraf TH yang menawarkan pakej kononnya visa furada. Jadi saya harap umat Islam di Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan iklan-iklan yang dikeluarkan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat TH dan jemaah haji Malaysia.

Syed Saleh turut mengingatkan individu atau syarikat yang menawarkan visa furada tanpa lesen bahawa mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta TH, iaitu kesalahan mengiklan atau mengendalikan haji tanpa mempunyai lesen daripada TH.

"Kita dapati ramai yang terpedaya dengan skim dan iklan terbabit, jadi berhati-hatilah," katanya turut menyarankan rakyat Malaysia memilih dalam kalangan 20 agensi pelancongan atau dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk mengendalikan ibadah haji secara pakej.

Syarikat PJH menyediakan pelbagai pakej dengan harga RM35,000 ke atas dan ia kuota yang sememangnya diperoleh untuk TH dan Malaysia.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA menerusi media sosial mendapati promosi berkaitan visa furada semakin rancak dilakukan oleh pihak tidak bertanggungajwab yang menjanjikan bakal jemaah berlepas ke Tanah Suci pada 5 Julai.

Promosi itu agak meragukan kerana Arab Saudi telah menetapkan penerbangan terakhir bagi haji adalah pada 4 Julai, apatah lagi ia semakin hampir dengan Hari Wukuf.

Pihak itu yang dihubungi menerusi WhatsApp juga memaklumkan menyasarkan 80 orang dengan pakej RM38,000 hingga RM56,000 serta meminta bayaran pendahuluan RM15,000 pada kadar segera kononnya untuk urusan visa di Kedutaan Arab Saudi.

Meskipun meminta deposit, wakil syarikat itu menegaskan bahawa peluang ke Tanah Suci hanyalah 50-50 dan sekiranya gagal, wang akan dikembalikan dalam tempoh yang tidak dapat dipastikan atau pemohon boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa berdasarkan resit yang akan diserahkan. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 11:55 PM | Show all posts
Visa Kelopak Melangkawi cenggane?
Siap leh buat pinjaman peribadi lg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Berhati-hati di jalanraya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Desa Surada? @kechikchomel tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.150097 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list