CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1267|Reply: 9

[Tempatan] 'Saya reda tidak dapat tunaikan haji, tapi pulangkan pasport segera'

[Copy link]
Post time 8-7-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Sepang: Segelintir bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, tidak berpuas hati dengan sikap agensi yang belum memulangkan pasport mereka.

Bakal jemaah, Abdul Laziz Ghani, 56, berkata dia dan rakan jemaah berkenaan kecewa menunggu berjam-jam di Balai Polis Main Terminal Building (MTB) KLIA kerana pihak agensi berjanji akan memulangkan pasport.

Beliau yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata, mereka berharap dapat menyelesaikan hal berkaitan pasport segera kerana ingin balik ke kampung hari ini.

Wartawan turut menyaksikan ketegangan yang berlaku ketika Abdul Aziz berhubung dengan wakil agensi melalui panggilan telefon.

Sambil 'mengajar' wakil agensi itu yang digelar ustaz, Abdul Aziz meminta jasa baik sebagai kawan senegeri supaya membantunya mendapatkan pasport miliknya segera.

Beliau dan isteri Ratna Hussain, 56 adalah antara 380 bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA sejak pagi semalam dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Menurutnya, pasport berkenaan dijanjikan akan diberikan di Balai Polis MTB KLIA, namun selepas menunggu sejak semalam dan hampir seharian hari ini, bayang wakil agensi itu tidak kelihatan.

"Berapa lama saya nak duduk di sini! Saya bukan orang pendatang asing.

"Ambo (saya) nak balik rayo (raya) Kelate (Kelantan)," katanya.

Apa yang lebih dikesalkan, katanya, pemilik agensi pelancongan berkenaan juga sudah tidak menjawab talian telefon.

Menurutnya, dia agak rapat dengan wakil agensi pelancongan yang dapat dihubungi itu dan percaya 100 peratus namun apa yang terjadi amat mengecewakan.

"Masuk hari ini sudah enam hari saya tiba dari Kelantan, tunggu dan terus menunggu," katanya.

Apa pun, katanya, dia reda dengan ketentuan Ilahi, tidak dapat menunaikan haji tahun ini.

Katanya, dia dan isteri membayar RM35,000 tunai setiap seorang kepada agensi berkenaan untuk menunaikan haji.

Menurutnya, jemaah dijanjikan penerbangan sejak beberapa hari lalu namun kononnya tangguh dengan pelbagai alasan termasuk didakwa muktamad semalam.

"Pada 2 petang semalam dia (wakil agensi) kata penerbangan batal, saya kata terima kasih, saya reda, saya nak balik kampung.

"Tetapi sampai 12 tengah malam membawa ke 1 pagi hingga sekarang (3.30 petang hari ini) tiada jawapan mengenai pasport," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/859707/saya-reda-tidak-dapat-tunaikan-haji-tapi-pulangkan-pasport-segera


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Redha dan ingat lain kali jgn diulang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la amek visa furada ke..intifada ke
Amek melalui th
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya la mangsa2 semua ni
maybe ada antara diorg yg mmg tak penah dgr psl kes visa furada ni
sbb dr zmn sblm kobid lg akak ada baca psl kes visa furada ni where ms tu kes visa yg yg diorg dpt, bila scan kat system, bukan muka diorg yg keluar
tp muka ummah aprika,indon yg keluar
so diorg kene deport blk ke KL ms tu
kes ni keluar dlm sokkabar mana tah..x ingat.metro kosmo or utusan mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:19 PM | Show all posts
Tahun depan aku yakin pasti ada cerita yang sama berulang
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:22 PM | Show all posts
Anak2 semua please enlighten parents2 kat kg yach pasal visa furada ni. Diorang dah pencen memang dah tak kejar pape, tunggu turn naik haji je. Ada plak travel agency yang hamlau dok edar flyer2 kat surau2 jadi org tua cepat lah terpengaruh. Jadi camni, lesap 30-70k
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2022 12:23 PM | Show all posts
Perangai tidak apa + lembut hati ni laa punca penipuan terutama melibatkan ugama berleluasa..

Musti tahu & kenal puak2 celaka wakil penipu tu... p serbu kaa bantai kaa pedajal jer laa ... cari sampai dapat... kalo hati kering lagi.. p masok negara jiran.. upah jaa hitman sana.. puas hati + bagi amaran pada puak2 penipu yang masih ada..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:41 PM | Show all posts
"Berapa lama saya nak duduk di sini! Saya bukan orang pendatang asing.

"Ambo (saya) nak balik rayo (raya) Kelate (Kelantan)," katanya.


timbalan mb xnk bantu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntri agama tak nak bantu ke? Sepatutnya paspot boleh dipulangkan semalam jugak kerna jemaah2 tu seharusnya dah berangkat pada hari kamis....wakil agen mesti dah di airport pada hari kamis tu..

Semuga yg teraniaya dapat pertolongan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:55 PM | Show all posts
Betullah tu dah tak dapat pergi duit tak dapat dipulangkan sekarang.  Kurang2 pulangkanlah dulu passport mereka tu.  Simpan pun nak buat apa kalau info semua dah ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070803 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list