CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 11

[Dunia] Elon Musk secara rasmi 'tarik diri' beli Twitter

[Copy link]
Post time 9-7-2022 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 9-7-2022 03:49 PM

San Francisco: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk yang juga individu terkaya dunia membatalkan perjanjian $44 bilion bagi pembelian Twitter Inc.

Pengumuman dibuat semalam mendakwa syarikat media sosial itu melanggar beberapa terma perjanjian penggabungan.

Susulan itu, Pengerusi Twitter, Bret Taylor berkata, lembaga syarikat merancang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menguatkuasakan perjanjian penggabungan berkenaan.

"Lembaga Twitter komited untuk menutup transaksi pada harga dan terma yang dipersetujui dengan Musk," katanya.

Saham Twitter naik kepada AS$51.70 (RM229) seunit pada April lalu apabila Musk mengumumkan hasratnya mahu membeli syarikat itu.

Namun, harganya jatuh kepada AS$35.76 (RM158) seunit sebulan selepas itu apabila komitmen Musk mula dipertikaikan dan semalam, saham Twitter jatuh lagi kepada AS$37 (RM164) seunit.

Dalam pemfailan, peguam Musk berkata, Twitter telah gagal atau enggan menjawab pelbagai permintaan berkaitan maklumat akaun palsu atau spam di platformnya yang merupakan asas kepada prestasi perniagaan syarikat.

"Twitter melanggar banyak peruntukan perjanjian, membuat representasi palsu dan mengelirukan yang mana Musk bergantung padanya apabila memasuki perjanjian penggabungan," kata pemfailan itu.

Musk juga menarik diri kerana Twitter memecat eksekutif berpangkat tinggi dan satu pertiga daripada pasukan pemerolehan bakat, yang dianggap melanggar kewajipannya untuk "memelihara komponen material organisasi perniagaan semasa".

Keputusan Musk berkemungkinan mengakibatkan pertelingkahan undang-undang berpanjangan antara jutawan itu dan syarikat berusia 16 tahun yang berpangkalan di San Francisco.

https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2022/07/859906/elon-musk-batal-perjanjian-beli-twitter



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengada2 lah.


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Elon musk patut dihalang dari menggeletis di alam maya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Elon Musk - Seorang troll yang dapat paling ramai pengikut di twitter
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:10 PM | Show all posts
Misi berjaya buat apa nak beli lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar.lah..
Janji perfume white musk masih ada di body shop
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik la dia tak de plan invest kt sini...sbb aku rs akan jd sekadar angan2 je la...tetiba scrap ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis lapar perhatian jgk mas elon ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama queen!
In other news…Elon Musk's net worth hits 11-month low, drops below $200 billion.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 03:20 PM | Show all posts
Dia dah tak tau nak buat apa dah... orang yang kepala ligat macam dia ni macam2 nak buat & tak reti duduk diam... dan dia boleh buat pasal duit banyak & his previous success buatkan orang ramai percayakan kebolehan dia.  Steve Jobs jenis macam dia jugak tapi pendek umur dan later in his life dia fokus pada hasilkan produk dalam apple.  Elon ni hasil produk totally different.. electronic payment, space, EV, boring machine etc..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 10:33 PM | Show all posts
Twitter saman sbb Elon Musk dah sign binding agreement nak beli. kelakar pulak guna alasan spam dan bot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup duit simpanan tunai lettewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053492 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list