CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 584|Reply: 3

[Dunia] Hungary tolak perkongsian gas, samakan dengan dasar komunis

[Copy link]
Post time 9-7-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Terminal penerimaan Gas Luar Pesisir TurkStream di Kiyikoy, Turkey. - Agensi Berita Anadolu

Hungary tolak perkongsian gas, samakan dengan dasar komunis

BUDAPEST – Kerajaan Hun­gary mengecam Kesatuan Eropah (EU) kerana  mencadangkan bahawa simpanan gas asli negara-negara anggota perlu dikongsi sama rata, lapor laman RT kelmarin.

Cadangan itu diutarakan ketika EU bergelut dengan krisis bekalan gas.

Menteri Luar Hungary, Peter Szijjarto mengkritik usul  ‘perikatan perpaduan tenaga’ tersebut yang dikemukakan oleh Parti Rakyat Eropah (EPP).

“Kemudahan penyimpanan gas Hungary akan kekal sebagai harta rakyat Hungary dan kami akan menggunakan gas di kemudahan penyimpanan gas Hungary yang dibeli dengan wang pembayar cukai Hungary di Hungary,” tegas Szijjarto.

Presiden EPP, Manfred Weber memberitahu akhbar Jerman,  Tagesspiegel awal bulan ini bahawa EU memerlukan mekanisme perikatan bagi menangani kekurangan bekalan  gas asli secara solidariti.

Menurut Webber, langkah itu bertujuan supaya negara-negara anggota tidak mementingkan diri sendiri semasa saat genting tersebut.

“Cadangan Webber mengingatkan kita kepada komunisme,” kata Szijjarto.

Hungary menandatangani kontrak 15 tahun dengan syarikat gergasi gas Russia, Gazprom tahun lepas untuk menerima gas asli melalui saluran paip TurkStream dan saluran paip gas lain di tenggara Eropah.

Benua Eropah berdepan  krisis gas asli yang sebahagian besarnya disebabkan oleh sekatan Barat sendiri ke atas Russia.

Sekatan itu mengakibatkan kekurangan ketara bekalan gas Russia ke Jerman, yang sete­rusnya menyebabkan harga  komoditi itu melambung tinggi. Krisis itu juga mencetuskan amaran kekurangan gas untuk sistem pemanas pada musim sejuk tahun ini. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ngan-dasar-komunis/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kena kt negara sendiri, laju je minta kongsi2. Kena tang org lain, senyap2 pandai2 la korg hidup gituh la perangai eropah yg ajet2 negara maju.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ikut sgt agenda hijau dajjal besar
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:33 PM | Show all posts
kesian hungary, nanti kena pulau dengan negara lain kalau tak nak kongsi...
lagi parah bila, badut dah rosak kan negara, lepas tu mungkin, kerosakan nya kena tanggung oleh semua EU + rampasan harta Rusia di EU.

EU elok2 aman, kenapa la biar badut rosakkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055831 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list