View: 912|Reply: 8
|
[Politik]
Bekas ketua pengarang akhbar Harakah meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Bekas ketua pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman dilaporkan meninggal dunia di Hospital UiTM Puncak Alam pada 2.10 pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Bekas ketua pengarang akhbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman meninggal dunia di Hospital UiTM Puncak Alam, awal pagi tadi.
Berita duka itu dimaklumkan oleh isteri Siti Hawa Samsam.
“Dukacita dimaklumkan suami Ahmad Lutfi Othman telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2.10 minit pagi tadi,” katanya di Facebook.
Beberapa pemimpin politik turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham iaitu Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Mohamad berkata, pemergian Ahmad Lutfi dianggap sebagai sebuah kehilangan besar kepada partinya.
Katanya, Ahmad Lutfi juga menghembuskan nafas terakhir pada hari kelahirannya yang ke-59 dan pada hari Arafah.
“Kehilangan besar kepada Parti Amanah Negara.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengurniakan syurga yang tertinggi buatnya, mengampunkan segala dosa dan khilafnya serta diterima semua amal ketaatan dan kebaikannya sepanjang hayatnya yang penuh dengan kebaikan,” katanya di Facebook.
Menurut Harakahdaily, sepanjang kerjaya beliau sebagai wartawan, Ahmad Lutfi pernah dua kali menerajui akhbar itu dan ketika itu pernah mencatat sejarah apabila akhbar dicetak lebih 300,000 naskhah bagi satu edisi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi waiina ilaihi rojiun.
Teringat majalah Tamadun dikendalikan oleh arwah masa reformasi dulu....masa tu pun arwah dah ada masalah diabetes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara penulis yg aku folo buku2 dia zaman aku di bangku sekolah dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi waiina ilaihi rojiun
Ahmad Lutfi juga menghembuskan nafas terakhir pada hari kelahirannya yang ke-59 dan pada hari Arafah.
Meninggal on birthday. Muda lagi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengurniakan syurga yang tertinggi buatnya, mengampunkan segala dosa dan khilafnya serta diterima semua amal ketaatan dan kebaikannya
Ameen
|
|
|
|
|
|
|
|
Harakah ni bnyk buat fitnah dulu...hopefully dia tak involve ler... |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiunn |
|
|
|
|
|
|
|
Lista replied at 9-7-2022 02:58 PM
Inna lillahi waiina ilaihi rojiun.
Teringat majalah Tamadun dikendalikan oleh arwah masa reformasi ...
Innaa lillah..
Betul tu..zaman takde tenet,harakah dan tamadun memang sumber informasi bagi kelompok pembangkang...kini dah jadi sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|