CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 11

Pembunuhan Bekas PM Jepun - Tahap Perlindungan, Keselamatan Abe Dipersoal

[Copy link]
Post time 9-7-2022 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Insiden menimpa bekas perdana menteri, Shinzo Abe yang ditembak dari jarak dekat oleh suspek, Tetsuya Yamagami yang didakwa merupakan bekas tentera mencetuskan pelbagai persoalan mengenai tahap perlindungan yang diberikan kepada figura berprofil tinggi di negara ini.


Ahli politik di Jepun sering melakukan perjalanan ke pelbagai tempat dengan iringan pasukan keselamatan yang ‘tidak terlalu ramai’ berbanding individu kenamaan di Amerika Syarikat dan negara lainn yang kadar jenayahnya adalah tinggi.




BBC




Stesen penyiaran Nippon Television yang memetik polis Nara melaporkan, Abe dilindungi oleh seorang pegawai polis yang pakar menggunakan senjata dan sejumlah anggota keselamatan yang lain ketika berkempen di wilayah tersebut.


Namun, polis Nara enggan mengulas berapa ramai anggota polis yang ditugaskan untuk melindungi Abe.


Ketika Abe ditembak, beliau berdiri di persimpangan di luar stesen kereta api dan berhadapan dengan orang ramai ketika kenderaan melintas di belakangnya, lapor Reuters.




Abe (tengah) terbaring selepas ditembak/Japan Times




Keadaan yang terdedah itu memberi ruang dan peluang kepada suspek untuk melepaskan tembakan.


Sejumlah pengkritik menyatakan kawalan keselamatan terhadap Abe perlu diketatkan kerana lokasi terbuka.





Yamagami ditahan selepas menembak Abe/Japan Times


Forbes






“Abe perlu dilindungi dari semua sudut dan jika perkara itu tidak dilakukan 100 peratus, maka risiko bahaya adalah tinggi,” kata pakar keselamatan, Koichi Ito.


Media tempatan melaporkan, hanya 10 insiden membabitkan senjata api berlaku di negara ini pada tahun lalu dan melibatkan satu korban jiwa.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 02:56 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga..

lepaih ni kempen kat tepi jalan lagi ke dak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagilah muntri kita troma nak turun padang....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
First shot fired sekoq pn xdak yg tarik abe utk take cover. Masing2 terpinga2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:21 PM | Show all posts
Edited by matamata at 10-7-2022 12:23 PM

Selalu bangga2 sgt kalau pemimpin jalan tanpa proper escort....thing is...kalau dah jadi mcm ni nak kata apa lagi?....tak semestinya pemimpin tu baik di mata kita akan sentiasa selamat
Pada aku kalau dah level2 menteri atau perdana menteri mmg kena proper escort...
The best pun kalau benda ni dah jadi cuma ucap takziah....thats it

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 05:09 PM | Show all posts
Bila terbaca detik detik kritikal penembakan Mendiang Shinzuo Abe ni, teringat kisah  pembunuhan JFK, and Robert Kennedy juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia x nak dtg msia ke…i got numbers…gittew
Utk x ot, takziah kepada keluarga mendiang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Secret Service Jepun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh jd org penting, risiko tggi, first thing first korg xtfikir ke nk pakai baju kalis peluru.. At least kurg sikit risiko nk mati melainkan kena headshot la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:11 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 10-7-2022 12:07 PM
First shot fired sekoq pn xdak yg tarik abe utk take cover. Masing2 terpinga2.

aspek keselamatan tertinggi mungkin tidak dipraktik di negara matahari terbit ini, mungkin mengambil kira negara dan rakyat yang majoritinya sopan dan ingin mengekalkan mood baik dalam kalangan masyarakat mereka.  tapi realiti sebenar tidak dapat lari dari wujudnya orang2 liar, jahat dan kejam.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 11-7-2022 12:11 AM
aspek keselamatan tertinggi mungkin tidak dipraktik di negara matahari terbit ini, mungkin mengamb ...

Great Yakuza tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 12:26 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 11-7-2022 12:14 AM
Great Yakuza tersenyum sinis {:mlwa ...

Tak bagus juga gelakkan orang dalam musibah.  Aku personally tak suka abe kerana sikap dia terhadap muslim dan suara dia dalam conflict  di Middle East. Tapi kita letak tepi sementara sentimen tersebut.  Tunjukkan simpati kpd rakyat jepun yang majoritinya baik dan sopan.  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.610625 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list