CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

[Tempatan] PERKESO kini membuka pemeriksaan kesihatan untuk umur 30-39 tahun.Tidak dinyatakan untuk golongan b40 semata

[Copy link]
Post time 9-7-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperkenalkan penambahbaikan menerusi pelaksanaan Program Saringan Kesihatan Perkeso 2.0 atau HSP 2.0 yang kembali dijalankan bermula 1 Jun lalu.

Antara penambahbaikan program pemeriksaan kesihatan percuma buat pencarum itu adalah pembaharuan parameter saringan kesihatan dengan memperkenalkan saringan kesihatan mental dan penilaian risiko kesihatan keluarga bagi memastikan ia kekal kondusif dan relevan buat golongan pekerja.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, HSP 2.0 kini turut dibuka kepada pencarum yang berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCD).

Menurutnya, kriteria baharu diperkenal itu bertujuan untuk memperluas akses saringan kesihatannya kepada pekerja daripada pelbagai peringkat umur, sekali gus membolehkan lebih ramai pencarum menikmati insentif berkenaan.

"Pelaksanaan semula HSP menerusi versi 2.0 juga adalah sejajar dengan Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (NHSI) yang akan dilancarkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) pada Julai 2022.

"Inisiatif ini bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan berusia 40 tahun ke atas untuk menjalani saringan kesihatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saringan kesihatan adalah penting bagi pengesanan dan pencegahan awal NCD dan selain berperanan mencegah isu hilang upaya dan kematian awal dalam kalangan pekerja.

Berdasarkan statistik Perkeso pada tahun 2021, seramai 16,906 pencarum dilaporkan hilang upaya atau meninggal dunia akibat NCD, dengan purata 46 kes dilaporkan kepada Perkeso setiap hari.

Perkeso juga melaksanakan saringan kesihatan asas melalui Mobile Health Screening and Injury Prevention Unit menggunakan bas HSP bagi memberi peluang kepada lebih ramai pekerja di SDP untuk menjalani saringan kesihatan.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2022/07/859796/perkeso-perkenal-hsp-20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.087130 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list