CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3307|Reply: 58

[Tempatan] Ekonomi negara beransur pulih....kata Tengku Zafrul.

[Copy link]
Post time 9-7-2022 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Prestasi ekonomi negara dilihat beransur pulih dan mula mengembang berdasarkan pelbagai indikator termasuk data terkini bagi bulan Mei 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

"Susulan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022, landasan pemulihan negara kekal kukuh dengan pelbagai indikator ekonomi terkini, terutamanya jumlah perdagangan borong dan runcit yang terus meningkat," katanya.

Justeru, tambah beliau ini mencerminkan perkembangan yang memberangsangkan serta menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK pada suku kedua tahun ini akan terus diperkukuhkan.

Dengan perkembangan terkini, negara bakal mencapai unjuran pertumbuhan 5.3 - 6.3 peratus bagi tahun 2022, selari dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, iaitu masing-masing sebanyak 5.75 peratus dan 5.5 peratus, kata Menteri Kewangan dalam satu kenyataan di sini.

Bergerak ke hadapan, Tengku Zafrul berkata untuk memperkukuhkan lagi momentum pemulihan semasa dan bagi sepanjang tahun ini, kementerian sudah memulakan sesi libat urus dalam usaha menggubal langkah-langkah yang akan mengambil kira keperluan pelbagai pihak berkepentingan.

Katanya, Bajet 2023 akan memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi.

Bertemakan "Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia", kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, perniagaan serta ekonomi.

Dalam pada itu, indikator terkini data bagi bulan Mei 2022 menunjukkan jumlah penganggur terus mencatatkan penurunan kepada 637,700 orang, berbanding 649,300 orang pada bulan sebelumnya, dengan kadar pengangguran yang kekal di paras 3.9 peratus berbanding April 2022.

Pemulihan pasaran buruh pada Mei 2022 terus stabil seiring dengan peningkatan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan.

"Ini juga telah memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan bagi menjana semula pendapatan, seperti yang dicerminkan oleh jumlah perdagangan borong dan runcit baru-baru ini," kata Tengku Zafrul.

Sementara itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 4.1 peratus tahun ke tahun, didorong oleh pengeluaran produk elektrik dan elektronik (E&E) yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.5 peratus.

"Ini adalah selari dengan jualan sektor pembuatan yang berjumlah RM142.0 bilion, meningkat 15.7 peratus tahun ke tahun," katanya.

Dalam pada itu, prestasi dagangan negara kekal kukuh dan terus mengekalkan momentum pertumbuhan. Jumlah dagangan meningkat 33.6 peratus tahun ke tahun kepada RM228.4 bilion, pertumbuhan dua digit yang ke-16 berturut-turut sejak Februari 2021.

Selain itu data terkini bulan Mei 2022 juga menunjukkan catatan jualan tertinggi bagi perdagangan borong dan runcit sejak tahun 2013, dengan jumlah RM129.8 bilion dan kadar pertumbuhan sebanyak 19.9 peratus tahun ke tahun (April 2022: 15.2 peratus).

Antara yang menggambarkan pemulihan permintaan domestik yang terus mengukuh ialah perdagangan runcit meningkat sebanyak 29.9 peratus tahun ke tahun (April 2022: 20.9 peratus) kepada RM56.3 bilion (April 2022: RM53.6 bilion), manakala perdagangan borong meningkat sebanyak 11.7 peratus bagi tempoh yang sama (April 2022: 11.5 peratus kepada RM59.6 bilion (April 2022: RM59.0 bilion).

Penjualan kenderaan bermotor pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 20.1 peratus tahun ke tahun (April 2022: 11.3 peratus) kepada RM13.9 bilion (April 2022: RM15.4 bilion).

Secara keseluruhan, nilai perdagangan borong dan runcit yang telah dicapai semenjak Oktober 2021 (RM116.2 bilion) telah pun jauh melebihi nilai purata yang direkodkan semasa prapandemik (2018 – 2019) iaitu RM106.3 bilion, jelas beliau.

Harian Metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur nikmat malaysia maju rakyat selamat alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 11-7-2022 09:45 AM

Kepala hotak kau!  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:56 AM | Show all posts
Ye lah tu.. cukuplah memperbodohkan orang kampung....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.

Akak pun nak mengutuk.

Tontolou ko la Zafrul. Mentang2 nak PRU sana la kau membongak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:12 AM | Show all posts
iols harap betullah ...sian bdk2 muda x de peluang kerja berkualiti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Selagi ko Zafrul & ikut telunjuk sifu ko si Yiddin tu so membongak lah sampai malaikat Izrail mengintai hang   
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
400 org boleh berbelanja smpi rm76k nk pegi haji tapi tersadai camtu je. Org dok kecoh kemelesetan ekonomi la ape la tp bleh plak pegi haji mahal-mahal mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 11:24 AM | Show all posts
tahniahh tengku zafrul, satu2 nye MK yang bagus takde terlibat langsung dgn politik, i like
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 10-7-2022 11:19 AM
400 org boleh berbelanja smpi rm76k nk pegi haji tapi tersadai camtu je. Org dok kecoh kemelesetan e ...

Properties transaction bertingkek2 last year and this year... legal firm pun sampai "terpaksa" expand sbb nak cater transaction makin banyak..

Used car market sampai tak cukup keta nak jual, kes new car makin byk delayed delivery skang ni...

Rakyat ada lebihan cash masa moratorium.. so ramai lah shopping rumah dan kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 10-7-2022 12:40 PM
Properties transaction bertingkek2 last year and this year... legal firm pun sampai "terpaksa" exp ...

Agak2 keadaan berterusan ke kaedah berbelanja mcm ni? Sana sini sedara mara keje gomen sekeliling iols gi coti2 berootd..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 10-7-2022 12:52 PM
mejaputih replied at 10-7-2022 12:46 PM
Agak2 keadaan berterusan ke kaedah berbelanja mcm ni? Sana sini sedara mara keje gomen sekeliling  ...


So far masih rancak, so inflation is good... 2-3% range... kita nak rakyat berbelanja... jangan sampai jadi mcm japan yang tak dpt keluar dari prolonged stagnant deflation sejak crisis 1990s sbb rakyat minimalist & takut berbelanja and buat loan..   

Cuma come this Jan 2023, Takut lepas pru inflation naik banyak, some "investors" nak recoupe balik duit... nnti OPR ada naik lagi skali hujung tahun ni.. spekuan weols lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau lah aku ada M16A2 dgn grenade launcher...dah lama si zafrul boneka hancur berkecai
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai sungguh zafrul buat lawak
U must be joking
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk bodoh2 kan penyokong jibun dgan statement sebegitu boleh la……
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 04:59 PM | Show all posts
hairan aku, apasal korang jaki sgt dgn dia, so what u all expected?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
#bankerjagabanker tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 11-7-2022 09:58 AM
kakikuDibibirmu replied at 11-7-2022 09:48 AM
#bankerjagabanker tersenyum sinis {:m ...


Kannnn......
Kipas dinding industri yang tak boleh mati akan menggangguk-angguk dan telan apa saja kata2 hikmah si Zafrul
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 09:55 AM | Show all posts
korang cakap je la korang nak mat maslan jadi MK kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekonomi negara bertambah baik khabarnya. Tp ekononi rakyat hancus nak bayar harga brg keperluan yg mahal. Apa la suwey pg naikkan harga keperluan asas.

Nak naik harga pg la naikkan harga kereta ka, tiket kapal terbang ka, beg gucci ka, handphone ka atau brg2 lain yg bkn keperluan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.086648 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list