View: 716|Reply: 6
|
[Tempatan]
SPRM siasat projek durian Musang King di Kedah
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam projek tanaman durian musang king di Gunung Inas di Baling, Kedah selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air.
Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap berkata, setakat ini tiada mana-mana individu atau pihak yang tampil membuat laporan rasmi kepada pihaknya.
“Pihak kami sendiri ada membuat tinjauan dan siasatan awal untuk mengenal pasti kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM.
“Sekiranya ada kesalahan dikesan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa lain, SPRM akan serahkan untuk tindakan pihak berkuasa berkenaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, SPRM juga akan bertemu dengan beberapa pihak lain bagi tujuan pengesahan.
Shaharom Nizam turut menggesa individu atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah berkaitan isu terbabit untuk tampil bagi tindakan lanjut SPRM.
Isnin lalu, tiga nyawa terkorban manakala beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir lumpur melanda di Kampung Iboi, Baling.
Kejadian itu turut menyebabkan lebih 80 rumah terjejas.
Dua hari kemudian, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai kepentingan terhadap projek tanaman durian musang king di Gunung Inas, yang didakwa antara penyebab bencana Isnin lalu.
Sebaliknya, tegas beliau, arahan supaya menghentikan penanaman durian itu dikeluarkan pada Julai 2020, iaitu selepas dua bulan beliau menjadi Menteri Besar yang turut melibatkan arahan kerja penanaman tanaman tutup bumi.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/09/sprm-kedah-siasat-projek-musang-king-di-baling/
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama kuattt...
Mat Kilau tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
selama ni Sprm buat apa tak siasat? kau tido ye? dah ada insiden kamatian baru terhegeh2? alasan kau takde laporan dibuat. jilake, raya haji pun aku kena maki2 ye??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tukang ambik rasuah ni elok tembak mati je la. Lagi bahaya dari penagih dadah. Habis orang lain pun dirosakkannya. Sprm pun macam tak guna. Siap boleh lari dalam tahanan lagi sebelum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Hasil siasan boleh diteka ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Hihihi...nak kenasakan sanusi ler tu sbb dia uncontrollable. Walau i meluat kat dia tp projek ni sebenarnya bermula dr zaman arwah ust azizan lagi dan niat awal tu mmg murni...tak tau mcm mana blh jd mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Siasat je… hasil nya mcm karipap angin |
|
|
|
|
|
|
| |
|