CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 894|Reply: 16

[Tempatan] PM ajak rakyat ‘berjihad’ pulihkan ekonomi

[Copy link]
Post time 9-7-2022 11:20 PM | Show all posts |Read mode

Ismail Sabri

PM ajak rakyat ‘berjihad’ pulihkan ekonomi

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjihad bersama kerajaan bagi memastikan kehidupan harian Keluarga Malaysia kembali pulih.

Katanya, usaha menangani impak inflasi itu memerlukan kerjasama erat Keluarga Malaysia.

“Hari ini, seluruh dunia berdepan cabaran ekonomi antara lain berpunca daripada konflik geopolitik dan perubahan iklim global. Namun, kerajaan sentiasa mendengar dan memahami denyut nadi Keluarga Malaysia.

“Kerajaan kini berusaha menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Ia berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan dengan segera,” katanya sempena Perutusan Khas Hari Raya Aidiladha sebentar tadi.

Susulan itu, Ismail Sabri berkata, seluruh Keluarga Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu ke arah memulihkan prestasi ekonomi kerana usaha tersebut merupakan satu jihad.

“Justeru, seluruh Keluarga Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu menanganinya. Ini adalah jihad kita bersama untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih,” katanya.

Dalam perkembangan lain,Perdana Menteri menjelaskan, lebih 14,000 jemaah Malaysia sedang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

“Saya mendoakan kesemua mereka dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji mabrur.

“Perbezaan fahaman politik antara kita juga harus diketepikan, buktikan keinsafan dan kesyukuran dengan bersama-sama meningkatkan martabat agama serta memupuk hubungan baik bersama keturunan dan agama yang lain,” jelasnya.

Ismail Sabri turut meminta rakyat untuk sama-sama berdoa agar semangat pengorbanan yang diamalkan Keluarga Malaysia mampu menjadikan tanah air kalis cabaran, kukuh dan terus maju. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... d-pulihkan-ekonomi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jihad apa lahanatttttt ko tu jihad ekonomi menantu je
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
princessmiang replied at 10-7-2022 10:22 PM
Jihad apa lahanatttttt ko tu jihad ekonomi menantu je

Bawa mengucap, kita patut bersyukur dpt pm sebegini baik tak naikkan harga petrol lagik
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm kan sound orang suruh jihad ekonomi...
Ni kira suruh orang sabar lah, tahan jer minyak masak mahal, barang semua naik harga.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab menghabiskan duit takde pulak kau ingat rakyat marhaen ni... Bab susah ekonomi merudum kemain jommmm kita sama-sama berjihad. Puihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut kau pun nasihat gk menteri2 kabinet kau tu utk berjihad sama ikat perut dr makan duit haram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape tauke minyak masak jenama Keluarga?


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jihad???
tak cukup lagi ke diperah2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut letteww lps tgk apa dah jadi kt sri lanka sana
Rakyat reramai serbu rumah presiden and bakar rumah PM....Keter2 yg angkut ummah elit kat sana berlumba2 lari ke airport..siap ada vvip tu ada yg tarik luggage nak naik ke kapal kt pelabuhan
Akak tgk bideo news td
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik bukan ke zafrul kata ekonomi kita bertambah baik?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:58 AM | Show all posts
Orang tua2 kata elok mulakan dengan diri sendiri dan terdekat dulu.  MJ kata man in the mirror.  Benar2 buktikan kesungguhan bukan hanya kata2. Kalau seadar berkata2 ramai dah malas nak melayan.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 10:58 AM | Show all posts
president umno pe citer sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya cakap kan. Makan kacang lagik susah kena kopek2 kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Pm malaysia suh jihad ekonomi, ssjkp arah tutup semua kedai masa raya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:53 AM | Show all posts
mulakan dengan potong gaji menteri dan pecat saja mana mana menteri  yang tak berguna...yang tak pernah pun kelihatan....tu langkah pertama..kepimpinan melalui teladan,,bukan suruh rakyat yang buktikan..bagaimana Mail...setuju ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak follow rakyat sri lanka berjihad?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 12:00 PM | Show all posts
eh eh why rakyat yang kene sama-sama pulihkan..menteri2 banyak2 bergaji besar tu lahh kene dok bawak berdiscuss what to do
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.045682 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list