[size=0.8]Julai 9, 2022 @ 4:23pm
[size=0.8]LONDON: Pemain Kazakhstan, Elena Rybakina menewaskan pemain Tunisia, Ons Jabeur 3-6, 6-2, 6-2 untuk menjadi pemain pertama dari Kazakhstan memenangi kejuaraan perseorangan Grand Slam tenis Wimbledon sebentar tadi.
Jabeur, yang juga pemain nombor dua dan turut mempunyai misi besar pada aksi final itu untuk melakar sejarah menjadi pemain Afrika dan Arab pertama memenangi kejuaraan Grand Slam, bermula baik dengan memenangi set pertama. Tetapi Rybakina, 23, yang juga pilihan ke-17 bangkit daripada kegugupan dengan memperagakan servis dan aksi bertenaga dalam dua set berikutnya untuk memenangi perlawanan itu. - REUTERS